Mari baca

Disember 20, 2009

Memupuk Bakat dan Minat Penulisan Kreatif

Filed under: Kreatif,Pendidikan,Sastera — Mohd Riduan Khairi @ 6:49 pm
Tags: ,

Penulis : Dr. Fatimah Busu
Penerbit : PTS Publication & Distributor
M/surat : 244
Harga : RN 22.00
Tahun Terbit : 2003

Ini kali kedua saya menulis ulasan buku ini. Kerana tulisan pertama saya terpadam tanpa sempat diselamatkan setelah kawan saya memformat komputernya. Alahai kisah.

Saya tak kenal siapa wanita Fatimah binti Busu sebelum membaca buku ini. Faktor yang mendorong saya memilih buku ini adalah kerana penulisnya ialah seorang wanita dengan gelaran Dr. Juga kerana kerana judlunya yang nampak akademik dan memberi harapan. Sebelum apa-apa kesimpula yang saya nak buat ialah buku ini mungkin boleh dikatakan mampu memupuk bakat dan bukannya minat dalam penulisan kreatif. banyak teori dan sedikit proses. Apapun jujurnya buku ini masih dalam kategori yang baik memandangkan tuisan sebegini amat kurang dalam bahasa melayu.

Menurut Dr. Fatimah Busu buku ini ditulis dalam tahun 1982 lagi dan kemudian dijadikan tesisnya. Dan yang perlu dicatatkan disini ketika buku ini ditulis saya mungkin belum lahir lagi ataupun sedang dilahirkan.

Antara beberapa bahagian sub topik yang saya kira perlu saya catitkan disini antaranya ialah sumber dan bahan inspirasi, teknik penulisan, stail penyampaian, plot, latar, nada dan mengenal fiksyen. Saya suka bahagian terakhir. Dalam bahagian mengenal fiksyen, Dr. Fatimah Busu sempat titipkan secara ringkas mengenai karya-karya yang bagus-bagus.

Saya sempat mencatat beberapa karya yang disebut dalam buku ini. Antara yang sempat saya ingat dan kerap kali disebut oleh Dr. Fatimah ialah Iakah Salamah : Ahmad Rashid Talu, Anak Mat Lela Gila : Ishak Haji Muhamad, Hari-hari Terakhir Seorang Seniman : Dr. Anwar Ridhwan, Salina, Langit Petang : A. Samad Said, juga beberapa karya sasterawan kegemaran saya, Tunggul-tunggul Gerigis : Shahon Ahmad dan banyak lagi.

Saya puas membaca buku ini. Saya berazam untuk membaca lebih banyak karya kreatif. Saya hendak cari novel-novel dari Indonesia terutamanya Iwan Simatupang dan akan menghabiskan membaca novel Atheis (juga disebut dalam buku ini ).

Akhirnya, banyak benda yang saya pelajari (secara teori) dalam buku ini. Sukar untuk saya praktiskan semuanya seklaigus. Apapun saya akan berusaha untuk belajar dan belajar lagi untuk memperbaiki mutu tulisan saya.

(dipindahkan dari catatan blog lama saya tahun 2007)

1 Komen »

  1. aku sedang tulis satu buku fiksyen yang belum siap tetapi di peringkat akhir. cuma belum sempat habiskan kerana kesibukkan dengan hal-hal lain. tersentuh dengan buah fikiran SN shahnon Ahmad bahawa apabila kita mahu menulis, terus sahaja menulis tanpa rangka. biarkan idea-idea berlegar dalam kotak fikiran dan akupun mulalah menulis. susah juga, tapi bak kata pepatah sehari selembar benang lama-lama jadilah kain, kalau Allah izinkan ia akan terbitlah dipasaran. kalau tidak aku akan terus lagi menulis fiksyen yang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya supaya aku berasa puas biarpun orang tidak mahu mengiktiraf karyaku. bukan syok sendiri cuma mencari kepuasan hati dengan menulis kerana aku minat menulis. blog? tak minatlah…

    Komen oleh sastro — Ogos 9, 2010 @ 1:25 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: