Mari baca

Disember 16, 2009

Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad b Abdullah

Filed under: Bisnes & Kewangan — Mohd Riduan Khairi @ 6:47 am

Seorang teman saya, bekas pegawai bank yang kini menjadi jurulatih kepimpinan dalam sebuah organisasi korporat antarabangsa menasihatkan, “Berhenti membaca buku, dan turun ke padang belajar melalui pemerhatian dan pengalaman”.

Hampir menangis saya menelan nasihat itu. Saya seorang peniaga. Susahnya menjadi peniaga berbangsa Melayu hanya Tuhan saja yang tahu. Bukan kerana karenah mendapatkan pembiayaan (kerana pada saya itu antara perkara mudah dalam bisnes), sebaliknya mahu mencetuskan budaya baru dalam diri orang dan masyarakat Melayu tentang keusahawanan.

Tidak banyak tunjuk ajar yang dapat saya warisi. Mujur sekali Tuhan menemukan saya dengan beberapa individu yang sangat banyak dan besar jasanya kepada saya dan bisnes yang saya sedang bina. Salah seorang darinya ialah buku!

Judul : Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad b Abdullah

Penulis : Muslim Kelana

Penerbit : Pts Pubslication

Ulasan saya

Pada diri Nabi Muhammad itu satu satu suri teladan yang baik. Beliau seorang bisnesman yang cemerlang sebelum diangkat menjadi Rasul. Setelah menjadi Rasul, di sisi beliau ialah sahabat-sahabat yang sebahagiannya ialah bisneman yang cemerlang juga. Antara yang terkenal kaya dan bijak berniaga termasuk Abdul Rahman b Auf dan Abu Bakar as-Siddiq. Abu Bakar as-Siddiq berhenti menguruskan bisnesnya apabila dilantik menjadi khalifah.

Pengajaran : Khalifah kaya sebelum menjadi khalifah. Sebaliknya hari ini, ramai pemimpin politik menjadi kaya selepas mendapat jawatan.

Dakwah dan binses

Pendakwah dan bisesman mesti jalan bergandingan. Dakwah memerlukan tajaan material dan wang. Manakala bisnes yang banyak melakukan infak akan Allah tambah untung dan berkat perniagaan. Ia saling lengkap-melengkapi.

4 Komen »

  1. […] 2. Menjadi Usahawan Sehebat Rasulullah. Baca rebiu, klik. […]

    Ping balik oleh Bisnes Cara Nabi (Islami) « Setiap yang berjaya, berusaha — Januari 5, 2010 @ 3:56 am | Balas

  2. Terima kasih Tuan Riduan untuk ulasan buku ini.

    Komen oleh smartzulfadli — November 8, 2011 @ 3:23 pm | Balas

    • Sama-sama Tuan Zulfadli yang budiman dan bijak bestari. Semoga Allah selalu memberkati usaha, harta dan keluarga tuan. Amin.

      Komen oleh Mohd Riduan Khairi — November 9, 2011 @ 5:25 am | Balas

  3. […] Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad b Abdullah disalin dengan izin dari encikbaca.wordpress.com […]

    Ping balik oleh Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad b Abdullah « Setiap yang berjaya, berusaha — September 5, 2012 @ 11:24 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: