Mari baca

Disember 13, 2009

Bagaimana mahu menulis karya yang baik?

Filed under: Pendidikan — Mohd Riduan Khairi @ 6:54 pm

Soalan ‘bagaimana mahu menulis karya yang baik?’, sama seperti ‘bagaimana mahu mengetik foto kamera yang baik’.

Ada sesiapa yang pernah melihat sesi fotografi pelakon popular ataupun menyaksikan majlis sidang akhbar parti politik. Begitu ramai jurugambar yang mengetik kamera berpuluh-puluh kali. Sirna dengan limpahan lampu ‘flash’. Bahkan ada yang menghabiskan bergulung-gulung filem (untuk kamera manual), sedangkan yang akan diterbitkan dalam akhbar (dan majalah) hanya satu ataupun beberapa keping sahaja.

Kita sering teruja dengan foto-foto pemandangan yang cantik, juga foto model yang fotogenik. Hasilan yang menarik dan terbaik itu datangnya dari puluhan bahkan mungkin ada yang menjangkau ribuan ketik kamera. Dan dari ‘snap’ yang banyak itulah, karya terbaik dipilih.

Begitu juga menulis. Jarang sekali seseorang penulis itu diberikan anugerah karya yang dipuji untuk beberapa percubaan pertamanya. SN A Samad Said mungkin antara yang dikurniakan rezeki yang baik oleh Allah untuk menulis Salina sebagai karya pertama dan menjadi magnum opusnya. Begitu juga Orhan Pamuk, Andrea Hirata (Laskar Pelangi) dan Bapak Pram (Perburuan). Selebihnya mencuba beberapa (bahkan banyak) kali sebelum berjaya memenui ‘master piece’nya.

Untuk satu artikel yang saya tulis, sebenarnya sudah didahului dengan 5 draf yang buang. Kebiasaannya begitu. Tidak sedikit juga penulis-penulis tersohor yang memeram manuskrip kerana tidak yakin akan kualiti naskah yang ditulis. Bahkan banyak karya sasterawan yang ditolak oleh penerbit, atas alasan kualiti. Namun mereka terus menulis.

Yang lebih penting ialah memulakan langkah pertama. Tidak kira di mana langkah pertama itu perlu dimulakan. Tulisan pertama boleh sahaja bermula pada bahagian penutup, kalau itu yang terlintas terlebih dahulu. Mungki sahaja pada bahagian isi. Tidak semestinya pendahuluan. Yang lebih penting ialah mula menulis.

Bisnes pun begitu. Rm satu juta bermula dengan rm satu. Atau bermula dengan rm kosong.

Tips yang ke-1 : Berani mencuba. Jangan berhenti mencuba. Jatuh, bangun semula. Gagal, dan berusaha lagi. Lamaran ditolak, cuba dengan gadis yang lain.
Tips yang ke-2 : Jangan takut gagal. Kerana gagal itu adalah kos untuk berjaya. Semakin banyak kali kita gagal, maksudnya semakin dekat kita dengan kejayaan.

1 Komen »

  1. Tips yg bagus

    Komen oleh David — Disember 14, 2009 @ 12:31 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: