Mari baca

Disember 12, 2009

Kunci-Kunci Rezeki Menurut Al-Quran & As-Sunnah

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah — Mohd Riduan Khairi @ 3:30 am
Tags: , , ,

Penulis : Dr. Fadhl Ilahi

Penterjamah : Muhammad Huzaifah

Penerbit : Pustaka Shafa (2002)

Halaman : 128 mukasurat

Penulis mengeluarkan 10 perkara apabila dilakukan, menyebabkan turunnya rezeki.

Konsep rezeki dan harta dalam agama

Hari ini ‘mencari rezeki’ sering diertikan sebagai ‘sesuap nasi’ atau makan-pakai. Dek kerana banyak perkara memerlukan wang, maka wang menjadi makna kepada rezeki.

Dalam agama rezeki konsepnya sangat luas.Wang, makanan, pakaian dan harta yang lainnya itu juga rezeki. Kesihatan juga rezeki. Kebahagiaan juga rezeki. Tidak sedikit dari kalangan manusia yang kaya-raya, dari sudut harta dan wangnya, namun banyak juga makanan yang tidak boleh dijamahnya.

Prof Hamka menceritakan, seorang pemimpin besar Indonesia menaiki kereta melawat kawasang perkampungan. Dalam perjalanan beliau melihat petani sedang menjamah makan tengahhari di tepi sawah. Lalu beliau berkata, “Alangkah berseleranya petani itu makan, walau dengan lauk yang biasa”.

Tambah pemimpin itu lagi, “Seumur hidup aku, belum pernah aku makan dengan penuh selera seperti petani itu”.

Allah Maha Adil. Dia meletakkan selera itu pada tekak, bukan pada makanan. Dia juga meletakkan bahagia itu pada hati, bukan pada material yang mengelilingi.

Kunci-kunci rezeki

Penulis membawakan 10 kunci rezeki.

Saya kongsikan satu daripadanya. Dari Surah Nuh ayat 10 hingga 12.

“Sehingga aku berkata : Pohonkanlah ampun (istighfar) kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu. Dan Dia akan memberi kamu harta yang banyak dan anak-anak, dan mengadakan kamu kebun-kebun tanaman serta sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”

Tips yang pertama ialah istighfar. Ia nampak ringkas dan mudah. Namun Allah menjanjikan balasan yang lumayan kepada sesiapa yang sanggup melakukannya.

Para ulama mengeluarkan beberapa manfaat dari istighfar :

  1. Diampunkan dosa-dosa.
  2. Diturunkan hujat yang lebat. Umar al-Khattab hanya bersitighfar ketika memohon hujan. Sehingga orang ramai bertanya, “Kami tidak mendengar engkau berdoa meminta hujan”. Lantas Umar membaca ayat dari Surah Nuh ini.
  3. Allah akan menambahkan harta dan anak-pinak
  4. Allah akan menjadikannya kebun-kebun
  5. Allah akan menjadikannya sungai-sungai

Manakala Al-hafidz Ibnu Kathir dalam kitab tafsirnya mengulas ;

“Maknanya, jikakamu bertaubat kepada Allah, meminta ampun kepadanya dan sentiasa mentaatinya, nescaya Allah akan membanyakkan rezeki kamu dan menurunkan air hujan serta keberkatan dari langit, mengeluarkan reseki dari bumi, menumbuhkan tumbuhan untuk kamu, melimpahkan air susu ternakan untuk kamu, memperbanyakkan harta dan anak-anak, menjadikan kebun-kebun yang di dalamnya terdapat bermacam buah-buahan serta mengalirkan sungai-sungai di atara kebun-kebun”.

Demikian khasiat dan fadhilat istighfar, lafaz yang semua orang Islam tahu dan sangat mudah untuk dilafazkan.

Ada 9 lagi tips yang ditampilkan oleh penulis. Bacalah dan ambil manfaat darinya. Semoga kalian beroleh rezki yang mudah.

Dua lagi buku tentang rezeki dan tips-tips murah rezeki.

1. Abdullah Al-Qari Salleh

2. Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni

2 Komen »

  1. Salam..
    Di mana boleh dibeli buku2 Dr. Tariq Ramadan?
    Boleh saudara ulas serba sedikit mengenai buku beliau(jika ada).

    Komen oleh nakula sadewa — Disember 13, 2009 @ 4:53 pm | Balas

    • Tuan Nakula Sadewa pengendali republiksuara yang saya hormati,

      Saya bukan pembaca buku-buku Dr Tariq Ramadhan. Pertama kerana saya membaca lebih pantas dalam bahasa Melayu. Beluam ada (banyak) buku sarjana ini diterjemah ke dalam Bahasa Melayu (atau Bahasa Indonesia). Justeru tidak adil (layak) saya mengulas sesuatu yang saya belum baca.

      Mengenai ‘dimana boleh dibeli buku-buku Tariq Ramadan?’

      Saya ingin mohon maaf juga kerana tidak dapat memberikan jawapan yang tepat tentang ini. Namun saya mendapat maklumat buku-buku beliau boleh di dapat di kedai buku Kinokunia, Klcc.

      Komen oleh Riduan Khairi — Disember 15, 2009 @ 4:10 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: