Mari baca

Disember 8, 2009

Anakku Tak Suka Bohong

Filed under: Keluarga,Pendidikan — Mohd Riduan Khairi @ 3:14 am
Tags: , , ,

Penulis : Dr M. Fahd Ats-Tsuwaini

Penterjemah : Arif Munandar

Penerbit : Mumtaza, Surakarta

Halaman : 100 mukasurat

Harga : RM 8.00

Buku ini terbahagi kepada 2 bahagian.Pertama ‘pembangkangan’ anak-anak terhadap perintah ibu bapa. Kedua ; bohong.

Walaupun buku ini kecil, namun kandungannya padat dan bermanfaat. Penulis membawakan beberapa analisi tahap perkembangan kanak-kanak. Antaranya jenis-jenis pembangkangan dan jenis pembohongan kanak-kanak.

Walaupun, judulnya khusus untuk anak-anaka kecil, terdapat juga beberapa bahagian yang memberi manfaat kepada orang dewasa. Terutama bahagian bohong. Hari ini, sukar menilai yang mana satu benar yang manasatu bohong. Justeru buku kecil ini akan membantu.

Antara bahagian menarik ialah tingkatan bohong. Ada 6 jenis bohong disenaraikan. Ada bohong keseluruhan, ada penyembunyian fakta, ada menokok tambah, dan beberapa yang lain.

Pembahagian ini membantu kita menilai sesuatu fakta. Yang mana fakta dan yang mana manipulasi atau ulasan.

Integriti asas autentik ilmu

‘Berkata benar’ merupakan perkara asas yang besar dalam agama. Dalam Surah Al-Asr antara yang ditekankan ialah berpesan-pesan kepada kebenaran. Tahap benar inilah yang membentuk ‘tahap kepercayaan’ seseorang individu.

Sehinggakan dalam ilmu hadith ada satu cabang khusus untuk mengkaji latar belakang seseorang periwayat hadith. Kayu ukur paling utama ialah tahap kepercayaan. Begitu agama teliti dalam urusan ini, sehingakan disebut seorang perawi ditolak kesaksiannya hanya kerana menipu haiwan.

Begitulah Islam, satu-satunya sistem, agama dan pegangan hidup yang benar. Hingga akhir zaman.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: