Mari baca

Disember 3, 2009

Pembudayaan Ilmu : Membina Jatidiri Ketamadunan

Filed under: Akidah & Manhaj,Dakwah,Pendidikan — Mohd Riduan Khairi @ 1:16 am
Tags: , ,

Penerbit : Kolej Darul Hikmah (2009)

Halaman : 252 mukasurat

Penulis :

1. Siddiq Fadzil

2. Mohammad Alinor Abdul Kadir

3. Saharin Mohahad Zain

Di kalangan para pengamat dan penganalisis perkembangan dunia, terdapat golongan yang mempromosikan tafsiran bahawa pada abad ini ekonomi adalah segala-gala, sehingga dunia pun akan kalut dalam persaingan antara negara untuk menjadi kuasa ekonomi. Sementara itu ada pula golongan yang mengusung idea bahawa tamadun adalah segala-gala, sehingga dunia pun akan gawat dengan perbenturan antara tamadun atau clash of civilizations. Terlepas daripada kebisingan polemik tersebut, bagi kita tamadun bukan isu musim-musiman. Pentingnya tamadun tidak hanya pada abad ini. Tamadun adalah misi keinsanan sepanjang zaman. Justeru, manusia sebagai khalifah Allah di bumi adalah pengemban amanah ketamadunan yang meliputi dua fungsi utama: imarat al-ard (membangun, mongolah, mengurus dan memakmurkan bumi dengan menggunakan ilmu dan teknologi), dan islah al-ard (mengislah, membudaya dan menertibkan kehidupan warga bumi dengan melaksanakan nilai-nilai unggul kebenaran, keadilan, kasih-sayang, kedamaian, kebahagiaan dan lain-lainnya).”

Ulasan

Saya beli buku ini. Teruja dengan judul dan penulisnya. Lebih-lebih lagi saya sedang melanjutkan kajian tentang Wasiat Luqman yang Bijaksana dan Generasi Ulil Albab dalam Al-Quran. Antara individu yang banyak bercakap tentang hikmah dan ulil albab ialah seorang penyumpang tulisan dalam naskah ini.

Sayang sekali saya belum mendapat rezeki untuk mengambil manfaat dari naskah ini.

Indeks kabus

‘Readablelity index’ nya sangat tinggi. Ayat-ayatnya panjang-panjang, sehingga saya semput membaca makna penulis. Sehingga nafas saya habis, masih bersisa separuh ayat yang belum sudah. Banyak perkataan abstrak digunakan.

Justeru naskah ini sukar untuk dihadam.

Metod wahyu

Al-Quran tidak menggunakan metod begini. Dalal Al-Quran terdapat banyak ayat yang panjang-panjang sehingga satu muka surat. Namun ayat-ayat pendek jauh lebih banyak.

Al–Quran menggunakan pendekatan dialog dan kaedah bercerita. Begitu juga hadis-hadis nabi. Bukankah sebaik-baik kalam ialah Kitab Allah. Seharusnya metod ini digunakan oleh para sarjana dalam penulisan.

Benar kata seorang mentor saya, orang cerdik sangat takut kepada perkara remeh. Seperti seorang penoreh getah takutkan hujan pagi.

Padahal fungsi sarjana akademia adalah untuk merungkai persoalan hidup dan memudahkan perjalanan hidup manusia. Bukan memayah-mayahkannya.

Beli

1 Komen »

  1. Tapi saya berpandangan bahawa kuasa ekonomi lah yang bisa mengkucar-kacirkan dunia. Seperti mn kuasa imperialis anglo-Amerika menjarah dunia sekarang ini (Islamis di kalangan kita kenal mereka sebagai ajen zionis/dajal) untuk menubuhkan one world goverment/new world order,

    Bagi saya, tamadun memang bisa bertembung tapi yang menjadikan ia berbalah adalah perebutan politk dan ekonomi.

    Riduan Khairi :

    Kata nabi “Sesiapa mahukan dunia, maka ia dengan ilmu. Sesiapa mahukan akhirat, maka ia dengan ilmu. Dan sesiapa yang mahukan keduanya, ia juga perlu dengan ilmu”.

    Politik, ekonomi atau tentera ; semua itu berasaskan ilmu.

    Komen oleh nakula sadewa — Disember 3, 2009 @ 3:38 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: