Mari baca

November 21, 2009

Intelektual Masyarakat Membangun

Filed under: Dakwah,Pendidikan — Mohd Riduan Khairi @ 1:43 am
Tags: , , ,

Gambar dari blog mzakio.blogspot.com

Judul : Intelektual Masyarakat Membangun
Penulis : Syed Hussein Alatas
Penterjemah : Jaafar Abdul Rahim
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Halaman : 159 mukasurat
Harga : RM 18.00 (DBP – KL)

Panjang lebar pengarang mengutip makna intelektual. Saya simpulkan manusia intelektual ialah orang yang punya ilmu pengetahuan dan berfikir dengan jelas-benar untuk menghadapi situasi manusia.

Justeru orang yang punya ilmu pengetahuan yang banyak lagi bergelar doktor falsafah atau professor, jika tidak, malar atau kurang berfikir tidak dipanggil intelektual. Syed Hussein menamakan orang yang malas berfikir sebagai bebal. Manakalan gejala ini beliau namakan sebagai bebalisme.

Bebalisme

Syed Huseein Alatas dikenali dengan karya magnum opusnya, ‘Mitos Peribumi Malas’. Kemudian beliau dikenali dengan mencipta istilah bebalisme.

Bebal tidak bermaksud bodoh. Lama sebelum ada sekolah dan universiti manusia tidak tahu menulis dan membaca. Namun kehidupan seharian mereka serba-serbi tersusun dan terancang. Mereka tidak tahu menulis-membaca kerana sistem tidak mewujudkan suasana itu.

Nabi Muhammad seorang yang tidak pandai tulis-baca. Namun beliau seorang yang sangat cerdas otanya. Beliau mengetuai kafilah pedagang syarikat milik tokoh perniagaan Khadijah Khuwailid ra. Beliau juga menjadi orang kepercayaan menyelesaikan masalah masyarakat di Mekah. Buktinya seperti dalam kisah perletakan ‘batu hitam’ (hajarul aswad) di Kaabah.

Bebal merujuk kepada orang yang sudah diajar namun masih tegar menersukan legasi kebodohan. Ini yang dimaksudkan dengan bebal.

Bebal juga ialah orang-orang yang punya ilmu pengetahuan, namun malas berfikir memanfaatkan ilmu yang dimiliki untuk bertindak mengatasi situasi dan masalah. Akhirnya tindakan mereka tidak berbeza dengan orang-orang yang tidak berilmu.

Pengarang membuat analogi orang yang bebal ialah orang yang membuka payung selepas basah dengan hujan. Bertindak selepas kejadian.

Bebal dan Islam

Islam anti kepada bebal. Islam menuntut setiap dari anggota umat nya untuk menuntut ilmu. Ia wajib bagi setiap orang yang mengucap dua kalimah syahadah.

Islam juga mewajibkan penganutnya untuk mengikut sesuatu dengan bukti dan hujah. Tidak membabi-buta – semberono. Larangan mengikut sesuatu tanpa mengetahui punca dan sebab dirakam dalam Surah Luqman, ketika Luqman menasihati anaknya.

Syed Hussein dalam naskah in menyebut beberapa contoh kegiatan bebal yang dilakukan umat Islam. Antanya beliau sebut (hal 107) orang bebal percaya kepada sihir, animisme, tahyul, guna-guna dan perkara yang berkaitan dengannya. Dapat disimpulkan semua aktiviti ini tidak dapat dan perlu difikirkan.

Boleh juga saya katakan orang-orang yang gemar kepada tahyul mahyul, hantu, dan menonton filem-filem hantu termasuk dalam ciri-ciri orang bebal yang dimaksudkan olah Sye Hussein. Bagaimana pula dengan tim The Seekers, Misteri Nusantara dan pengarah-pengarah filem hantu dan seram?

Intelektual Islam

Banyak kupasan bernas dari tulisan buku ini.

Namun saya ingin menarik perbincangan sudut intelektual Islam. Islam merupakan agama yang mementingkan ilmu, bukti, hujah dan kegiatan berfikir.

Perinta pertama Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad ialah baca. Dan dalam 5 ayat pertama Allah menekankan soal membaca dan menulis. Begitu juga kegiatan berfikir. Sekelian banyak kali Allah mengingatkan manusia supaya berfikir dan merenung kejadian alam, agam dapat mengambil iktibar. Justeru itu Islam adalah agama yang bersifat intelektual.

Hanya sahaja melalui naskah Syed Hussein Alatas ini, dimensi intelektual Islam yang beliau bawa tidak cukup luas. Pertama mungkin kekangan bahasa. Bacaan dan kajian beliau banyak melalui Bahasa Inggeris. Sedang bahan-bahan ilmu Islam masih banyak yang belum diterjemah ke dakam bahasa Inggeris. Bahkan faktanya, buku-buku agama Islam lebih banyak terbit dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris.

Karya besar dunia Islam

Jika khazanah Eropah-barat angkuh dengan lahirnya kajian berbentuk ensiklopedia yang tebalnya berpuluhan jilid. Maka khazanah Islam sedari lebih 1000 tahun dahulu sudah melahirkan ramai cendekia dan pakar yang mengarang puluhan, bahkan ratusan jilid kajian berkaitan manusia, hukum, kenegaraan dan bidang-bidang lain.

Tarikh at-Tobari oleh Ibnu Jarir at-Tobari (40 volume)

Al-Umm oleh Imam Asy-Syafie

Bidayah waln-Nihayah oleh Ibnu Kathir

Antara yang boleh saya sebutkan ialah Kumpulan Fatwa Ibnu Taimiyah (Majma Al-Fatawa), Siyar A’lam An-Nubala (kitab sejarah dan biografi sarjana Islam oleh Ibn Qayyim Al-Jawziyah) , Tafsir Ibn Jariri At-Tobari, Bidayah wan-Nihayah (kitab sejarah oleh Ibnu Kathir) dan banyak lagi. Begitu juga dalam bidang hadith, sarjana hadith mengumpul dan meneliti ratusan ribu hadith. Bukan sahaja teks hadith itu dikajin, bahkan sumber-sumbernya juga dikaji. Latar belakang, pendidikan dan keboleh-percayaang setiap individu yang melaporkan hadith diteliti benar-benar.

Bebalisme dalam beragama

Bebal atau anti-intelektualisme juga mengjangkiti golongan agama. Dalam ilmu fikah Islam, ada istilah taklid. Taklid bermaksud mengikuti sesuatu hukum tanpa mengetahui sebab atau dalil Quran dan hadith.

Sarjana Islam berbahas dan mengharuskan (ada yang mewajibkan) golongan awam untuk beraklid sahaja. Dan mereka mengharamkan pada golongan yang mampu memahami dalil Quran dan hadith.

Namun apa yang terjadi pada hampir semua golongan dalam Islam mahu bertaklid. Ini termasuk para ustaz dan ustazah yang menghabiskan masa puluhan tahun (dari tingkatan 1 hingga universiti) belajar agama (Quran – hadith). Lebih mengaibkan lagi, gejala ini mengjangkiti sebilangan pensyarah bidang agama di universiti juga. Manakala lebih malang lagi, ada mufti (tidak semua) yang enggan menyemak semula fatwa atau pegangan lama dalam masyarakat yang dikira bertentangan dengan wahyu.

Justeru itu, dengan mudah mereka melabel orang yang berusaha menilai semula pandangan lama dengan neraca wahyu dengan gelar yang jeleklagi huduh. Maka lahirlah istilah anti-establishmen, kaum muda, wahabi dan sebagainya.

Sebagai contoh, kes penahanan bekas mufti Dr Mohd Asri hanya kononnya menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah. Khalayak mengetahui bukan tauliah yang menjadi isu. Sebaliknya ini adalah isu golongan bebal dalam beragama yang mempertahankan kebebalan mereka. Apabila dibawakan hujah, mereka engkar. Alasannya tidak sesuai, tidak berhikmah, menentang arus perdana atau tidak bersesuaian dengan rantau nusantara.

Adakah mereka bermaksud Islam versi Nabi di tanah Arab perlu di edit supaya sesuai di tanah nusantara?

2 Komen »

  1. […] Klik gambar untuk baca rebiu […]

    Ping balik oleh Rebiu buku : Intelektual Masyarakat Membangun « Ikatkata — November 21, 2009 @ 2:00 am | Balas

  2. Salam…

    Saya berminat dengan laman saudara, yang membincangkan mengenai buku-buku dan maklumat toko-toko buku di Malaysia.

    (mendapat penyakit ‘bookaholism’ kadang-kadang memang menyakitkan..saya mengerti itu)

    Cheers!

    Riduan Khairi : Terima kasih atas sokongan. Saya cuba menyumbang sesuatu kepada perkembangan ‘memandaikan masyarakat’. Semoga Allah beri ganjaran.

    Komen oleh nakula sadewa — November 27, 2009 @ 8:28 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: