Mari baca

November 16, 2009

Al-Fayyadh Enterprise, Kluang

Filed under: Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 3:48 am
Tags: , ,

Kluang. Sebuah banday yang agak terpencil. Namun aktiviti ekonominya nampak rancak.

Jika diukur dari jumlah banyaknya sahaja saya kira jumlahnya mengkagumkan. Maybank sahaja ada 2 cawangan, tidak termasuk Busines Centre dan Auto Finance Centre. Selain bank-bank utama, terdapat juga OSK Inverstment Bank, OCBC dan Alliance Bank. Tentu banyak duit yang bertaburan di Kluang sehingga banyak bank berkerumun di sini.

Saya masih membuat pemerhatian dan kajian.

1Selain Kedai Buku Popular di Kluang Mall (yang sungguh tidak mesra buku Melayu, dihujung sudut kedai. Bahkan majalah Korea dan Jepun diletak di depan pintu.), ada kedai buku City Bookworm dan Al-fayyadh Enterprise.

Al-Fayyadh

Al-Fayyadh menjual banyak buku-buku agama tradisional. Saya sebut tradisional kerana buku-buku dari penerbit moden seperti Pts belum banyak 9atau tidak ada langsung). Juga buku-buku agama dari penerbit Indoesia juga hampir tidak ada. Yang ada beberapa judul dari Penerbit Imam As-Syafie dan tulian Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawwas.

Manakal judul-judul lain mewah. Lihat sFoto 0056ahaja susun aturnya mengalahkan perpustakaan.

Naskah-naskah besar juga banyak terdapat di sini seperti Al-Umm (Imam Syafie), Nailul Authar (As-syaukani) dan kitab-kitab himpunan hadis.

Namun satu kekurangan kedai buku ini ialah kawal-selia yang agak lemah.

Kedai bukunya tidak ber’air corn’. Justeru itu buku-buku yang dipamer berhabuk. Walaupun buku baru, apabila berhabuk maka daya tariknya pudar.

Saya tak beli apa-apa dari kedai ini melainkan sebuah buku oleh Ustaz Hakim Abdat. Namun saya syak buku ini dicetak rompak, kerana nama penerbitnya meragukan. Halaman dalam ditulis Pustaka Imam Syafie, manakala halaman pertamanya tertulis Pustaka An-Noor. Dan kualiti kulitnya berbeza dari buku-buku Pustaka Imam As-Syafie yang lainnya.

 

6 Komen »

  1. Salam. Kami menjual buku-buku Indonesia🙂

    Komen oleh nowfara — Disember 1, 2009 @ 10:50 pm | Balas

  2. blh bg sy no tel kedai al-fayyadh enterprise,kluang…sy mencari buku bertajuk ”1000 hikmat”

    Komen oleh syed — Mac 14, 2010 @ 5:42 am | Balas

  3. HARGA MAHAL GILA, CEKEK DARAH!!!!

    Komen oleh MASALAH PENGGUNA — Mac 18, 2010 @ 8:40 am | Balas

  4. saya mencari buku dengan tulisan jawi sepenuhnya-‘kitab idaman penuntut’ Pada Menghuraikan Yang Khusus Ilmu Fiqh, tulisan Haji Abdul Ghani bin Hj Yahya. terdapat 3 buku iaitu penggal 1, 2 & 3 diterbitkan d johor.

    TQ

    Komen oleh hazizan sapiee — Mei 5, 2010 @ 12:12 am | Balas

  5. Salam..Pergilah kedai buku Pustaka MUda dekat ipoh,Perak..Jalan Maxwell..banyak buku dari indonesia dan buku-buku agama…pts ke macam-macam la….

    Komen oleh HambaAllah — Mac 9, 2012 @ 1:46 am | Balas

    • Saya pernah berkunjung ke kedai buku yang dimaksudkan. Ia berdekatan dengan Mahkamah Syariah Ipoh.

      Komen oleh Mohd Riduan Khairi — Mac 9, 2012 @ 9:04 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: