Mari baca

November 10, 2009

Wisdom of Luqman

Filed under: Akidah & Manhaj,Al-Qur'an & As-Sunnah,Pendidikan — Mohd Riduan Khairi @ 12:16 pm
Tags: ,

c1b74b1d2e097dfcccab6dd1e548a16a

Sebulan sudah saya t’e’nang dan sisip hajat untuk memiliki buku ini. Kupasa wasiat luqman oleh penulis dari Indonesia. Meskipun saya sudah memiliki beberapa naskah berkaitan, namun saya teruja mendapatkan sisi lain dari penulis dari seberang.

Saya tidak nafikan kualiti buku-buku penulis tempatan, hanya mahu mencari perspektif yang lain.

Penulis mengeluarkan 12 tips. Dan kupasan penulis leih fokus kepada konten wasiat luqman. Antara yang dikupas panjang termasuk akidah vs syirik, berbakti kepada kedua ibu bapa, solat dan seterusnya.

Amar makruf, nahi mungkar

Satu yang ekstra, penulis merincikan wasiat ke-7 berkaitan amar makruf nahi mungkar. Antara tips yang dikongsikan termasuk etika dalam menjalankan amar makruf nahi mungkar.

Hari ini, tidak sedikit dari agamawan yang mengaku pendakwah, namun hanya menghukum dan marah-marah pada sasaran dakwah.

Pengarang buku ini membawakan beberapa adab dan etika.

Medium dakwah

Seringkali para pendakwah mengeluh kerana mendapat liputan terhad dalam media arus perdana. Begitu lah dakwah nabi bermula. Juga terhalang.

Dakwah boleh dilakukan dengan menulis, berbicara dan menunjukkan contoh yang baik (qudwah hasanah). Lebih-lebih lagi dengan perkembangan teknologi. Antara media dakwah yang boleh dimanfaatkan termasuk, kaser – cd, akhbar, majalah, laman web, blog dan sms.

Rebiu buku tentang fiq dakwah.

Kupasan naskah ini kemas. Penulis mengutip keterangan dari sumber yang dipercayai berpandukan manhaj salaf.

Namun buku ini tidak membicarakan teknik atau metod yang digunakan oleh Luqman. Belum ada naskah yang membicarakan siri perkataan yang digunakan oleh luqman.

Kualiti fizikal buku ini sangat memuaskan hati saya. Senang dibaca.

Ada sebuah lagi buku bertema wasiat luqman yang saya beli bersama naskah ini, nantikan rebiu saya kemudian.

Laman penerbit Aqwam

Kedai buku City Bookworm, Kluang tepat saya beli buku ini.

Buku-buku lain berkaitan surah luqman :

Surah Luqman Mendidik Anak Cemerlang

Nasihat Luqman Al-Hakim

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: