Mari baca

Oktober 28, 2009

Pustaka Asma, Segamat

Filed under: Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 2:00 am
Tags: , ,

DSCN2534Pustaka Asma terletak berselebah Dataran Segamat, lot kedai bumiputra.

Saiz kedainya kecil dalam 15 kaki persegi sahaja, atau mungkin kurang.

Namun jangan terkejut, seluruh sudut dan dinding kedai ini dipenuhi dengan buku dari lantai ke siling.

Saya percaya kedai ini sudah lama beroperasi kerana sebahagian koleksi buku yang dipamerkan adalah dari terbitan lama.

Antara buku yang dipamerkan termasuk dari penerbit Hidayah, Pustaka Imam As-Syafi’i, Telaga Biru dan Jasmin Enterprise. Selain memamer buku agama berjilid besar seperti Tafsri Jalalain, Tafsir di Bawan Naungan al-Quran, Pustaka Asma juga menjual akhbar, majalah dan n0vel-novel cinta Islami.

Walaupun kecil, kedai buku ini sepertinya sudah dikenali ramai. Ketika saya melawat, terdapat beberapa orang pelanggan sedang membelek-belek dan berunding dengan peniaga. Lagak gayanga seperti ustazah, bertanyakan buku itu dan buku ini. Sehinggakan saya terpaksa menunggu giliran untuk memilih kerana kecilnya ruang pejalan kaki.

Maka bolehlah kita gagaskan satu pepatah baru. Kalau sebelum ini kita katakan ‘dimana ada gula disitu ada semut’. Maka kini, ‘dimana ada kedai buku, maka disitu ada ulat buku’.

Selamat membeli buku.

Advertisements

2 Komen »

  1. saya mencari buku dalam tulisan jawi sepenuhnya ‘Kitab idaman Penuntut’ Pada Menghuraikan Yang Khusus Ilmu Fiqh, Tulisan Haji Abdul Ghani bin Haji Yahya. terdapat 3 jilid penggal 1, 2, & 3

    pls respon

    TQ

    Komen oleh hazizan sapiee — Mei 5, 2010 @ 12:16 am | Balas

    • Tuan Hazizan yang dihormati,

      Saya bukan pemilik toko yang tuan maksudkan. Saya merupakan salah seorang pengunjung toko tersebut.

      Komen oleh Riduan Khairi — Mei 5, 2010 @ 2:23 am | Balas


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: