Mari baca

Oktober 18, 2009

Protokol Pergi dan Berada di Masjid

Filed under: Fiqh & Syariat — Mohd Riduan Khairi @ 5:45 pm
Tags: ,

Judul : Adab dan Keutamaan Menuju Masjid dan di Masjid
Penulis : Dr Sa’id ‘Ali Wahf al-Qahthani
Penterjemah : Mukhlisin Abdurrohim
Penerbit : Irsyad Baitus Salam
Halaman : 247 mukasurat
Harga : RM 9.00 (MPH MIdvalley)

Masjid

Masjid ialah rumah Allah. Justeru masjid mempunyai keutamaannya sendiri. Semua masjid mempunyai darjat yang sama di sisi Allah melainkan 3 masjid.

“Tidak boleh menggemarkan perjalanan kecuali ke tiga masjid, iaitu Majidil Haram, Masjid Rasul saw dan Majid al-Aqsa” (Rekod Bukhari dan Muslm)

Masjid lebih tinggi darjatnya dari rumah perdana menteri atau istana sultan. Sekiranya rumah pembesar punya adab dan protocol, maka lebih-lebih lagi masjid yang diisytiharkan sebagai rumah Allah. Saya kutipkan beberapa peringatan tentang adab (protocol) ketika berada di rumah Allah.

Adab menuju ke masjid

1. Berwudhu sebelum ke masjid. Ini berdasarkan hadith nabi, “Tidaklah seseorang yang bersuci dengan sempurna, lalu menuju masjid, melainkan Allah akan catat untuknya satu kebaikan, meninggikan satu tingkat darjat, dan hapuskan satu dosa”. (Rekod Muslim)

2. Berjalan dengan tenang. Walaupun sudah terlewat, hinggakan muazin sudah melaungkan iqamah. Perintah ini tercatat dalam hadith rekod Bukhari dan Muslim.

3. Memilih masjid yang terdekat. (Hadith Rekod Thabrani)

Adab di masjid

1.    Tidak melintas orang yang sedang salat.
2.    Tidak mengkhususkan satu tempat khas untuk solat.
3.    Menemani solat orang yang tertinggal solat jemaah

Ulasan saya

Topik masjid sesuatu yang ‘common’. Namun dalam naskah ini saya menemui banyak pesan nabi yang tidak pernah diperdengarkan kepada khalayak umum.

Penulis kitab kecil ini menghimpunkan hadith-hadith berkaitan masjid, kemudian memberikan sedikit catatan dan ulasan dari para ulama. Sangat ‘straight to the point’, ringkas dan tepat pada maksud.

Dr Said Ali Wahf Al-Qahthani banyak menulis buku-buku ilmu Islam yang asas (namun masih  ramai uamt Islam yang melalaikannya). Antara judul yang sempat saya tatap ialah :

1.    Hisnul Muslim. Himpunan doa-doa dari ayat Quran dan hadith yang shohih. Ia mirip Al-Mathurat oleh Hassan Al-Banna. Namun Al-Ma’thurat dikoreksi oelh bebera[a ulama kemudia, kerana sebahagian dari zikirnya tidak sahih dari nabi.
2.    Bersuci cara Nabi.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: