Mari baca

Oktober 7, 2009

Kedai Buku Nur, Parit Raja

Filed under: Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 11:35 pm
Tags: , ,

12Petang semalam saya sempat singgah di sebuah kedai buku di pekan Parit Raja, Batu Pahat. Walaupun pekan ini tidak sebesar bandar Batu Pahat, namun aktiviti ekonominya tidak kurang rancak. Memandangkan terdapat beberapa institus pengajian tinggi di kawasan ini. Antaranya  UTTHO, Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan Koleh Jururawat Masyarakat.

Justeru, pasaran untuk buku-buku agak luas. Kedai Buku Nur memamerkan buku-buku dalam Bahasa Melayu. 1/4 dari ruangan kedainya adalah ruang untuk buku-buku umum. Manakala 1/4 yang lain untuk buku rujukan dan sekolah. Dan 1/2 ruangan lain adalah untuk alat tulis.

Oleh yang demikian ruangan kedai menjadi sempit. Laluan untuk memilih buku sangat tidak selesa, dan tidak boleh berselisih. Walaupun ada banyak juga judul buku umum yang menarik, namun saya kurang selesa untuk memilih. ditambah pula susun atur buku yang tidak mesra pembeli.

1Lokasi

Kedai buku ini terletak berhampiran dengan lampu isyarat utama pekan Parit Raja. Dari arah selatan ia terletak sebelum lampu isyarat di sebelah kiri. Satu baris dengan Public Bank.

Koleksi buku

Antara koleksi buku yang dijual termasuk dari penerbit PTS, AnBakri Publication (buku karangan TG Nik Aziz dan TG Abdul Hadi Awang), Penerbit As-Shafa.

Tidak ketinggalan juga beberapa judul baru termasuk Tips Penulis Bestseller dari Zamri Mohamad, Travelog Haji oleh Prof Kamil dan Hikayat Amir Hamzah.

2 Komen »

  1. Alhamdullillah… terima kasih kepada saudara Riduan Khairi kerana sudi melawat dan menjadi pelanggan di kedai kami… Saya berterima kasih kepada komen dan pendapat tuan tentang kedai kami serta secara tidak langsung telah mempromosikan kedai kami. segala pendapat dan pandangan tuan amat kami hargai dan kami akan berusaha memperbaiki setiap kelemahan kami.. Sekian.

    Assalamualaikum

    Komen oleh Nur Hishamuddin — Februari 24, 2010 @ 11:19 am | Balas

    • Wa alaykumussalam.

      Sama-sama. Memang tujuan saya untuk promosi kedai-kedai buku yang gigih menjual buku Islami. Semoga perniagaan tuan diberkati oleh Allah.

      Ada kesempatan saya datang ziarah perniagaan tuan.

      Komen oleh Riduan Khairi — Februari 24, 2010 @ 1:40 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: