Mari baca

September 4, 2009

Aidh Al-Qarni : Panduan Mencari Rezeki Halal

Filed under: Adab & Akhlak — Mohd Riduan Khairi @ 11:10 am
Tags: , , ,

qarni - panduanrezeki halalPenulis : Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni

Penerbit : Pustaka As-Shafa (2009)

Penterjemah : Mujahidin Muryadi

Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni merupakan sarjana Islam yang beraliran salafussoleh. Beliau giat menulis buku-buku motivasi berasaskan Al-Quran dan Sunnah. Karya beliau yang paling dikenali ialah “Jangan Bersedih”.

Satu kelebihan karya beliau ialah bahasa dan pendekatan kontemporari yang beliau gunakan. Bab-bab dalam buku beliau pendek. Gaya tulisan beliau ringkas memuat dalil Quran dan Sunnah beserta contoh perbuatan sahabat tabi’in dan generasi awal.

Antara perbincangan buku ini termasuk

1. Kasih sayang, cinta dan rahmat Allah yang maha luas. Rezeki yang Allah kurniakan kepada makhluk ciptaannya meliputi tumbuhan, haiwan dan ciptaan di langit dan bumi. Semuanya memberi manfaat kepada manusia.

2. Perkara-perkara yang memudahkan urusan mendapatkan rezeki. Dan juga perkara yang menyebabkan rezeki berkurangan. penulis memetik ayat Al-Quran yang memberitahu ‘maksiat akan mengurangi hasil tumbuhan’.

3. Naskah ini juga membetulkan konsep rezeki yang dipahami oleh kebanyakan manusia hari ini. Rezeki melewati takrif wang dan makanan semata. Rezeki meliputi rasa tenang, zuriat, kesihatan dan kebahagiaan.

4. Islam menyuruh umatnya menjadi kaya dan berharta. Islam sama sekali tidak melarang berbelanja dengan harta yang dimiliki. Namun Islam membetulkan semula sikap manusia terhadap harta dunia dan wang. Sikap yang paling baik ialah manusiayang punya banyak wang, dan tidak pernah berasa gusar untuk menginfakkan harta itu pada jalan Allah.

Pada bahagian akhir, penulis menitipkan peri pentingnya sikap zuhud dan fakir.

Saya sangat gembira dan berpuas hati dengan kupasa buku ini. Sesuai dibaca oleh :

1. Orang kaya

2. Orang yang mahu kaya

3. Orang yang sedang berusaha untuk menjadi kaya.

1 Komen »

  1. […] Islam mengajarkan beberapa tips untuk murah rezeki. Saya sarankan dua buah buku ini. Panduan Mencari Rezeki Halal oleh Al-Qarni dan Pembuka 10 Kunci Mudah Kaya oleh Abdullah Al-Qari Salleh. Hujah dan bukti dari 2 […]

    Ping balik oleh Menyingkap Mukjizat Surah Al-Waqiah : Koreksi « Mari baca — September 22, 2009 @ 4:03 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: