Mari baca

September 2, 2009

Tips Membaca

Filed under: Tips membaca — Mohd Riduan Khairi @ 12:09 pm

Demi mengekalkan mood dan motivasi untuk membaca, saya sarankan supaya dapatkan rekomendasi sebelum membaca sesebuah buku.

1. Carta buku paling laris. Akhbar perdana ada memuatkan carta buku-buku baru terlaris. Lazimnya buku yang laris adalah buku yang sedap dibaca.

2. Rebiu buku. Akhbar dan majalah secara berkala memuatkan rebiu buku. Dapatkan maklumat secara rambang tentang buku yang ingin dibaca, kemudian baru buat keputusan.

Pun begitu rebiu di akhbar perdana dan majalah selalunya menyebut yang baik-baik sahaja. Rebiu yang lebih jujur dan terbuka boleh didapati dari laman-laman blog.

3. Saranan dari kawan-kawan. Kaedah ini paling dipercayai dan lebih berkesan. Berkawan dengan pembaca buku, dan dapatkan rekomendasi bubu-buku yang bermanfaat.

4. Buku tentang buku. Untuk kategori buku agama saya boleh sebutkan beberapa buah buku yang memberi saranan buku-buku yang baik untuk dibaca.

– Peringatan Buat Para Pendakwah – Prof Dr. yusuf Al-Qaradhawi

– Junddulah : Thaqofatan wa Akhlaqan (sudah diterjemah) – Said Hawwa

– Etika Pelajar Cemerlang – Dr A’idh Abdullah Al-Qarni

Selamat membaca

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: