Mari baca

September 2, 2009

Hikmah Terapi Puasa ; Puasa Kerana Allah

Filed under: Fiqh & Syariat — Mohd Riduan Khairi @ 9:40 am
Tags: , , ,

scan0001Penterjemah : Mohd Basri Yusof

Penerbit : Al-Hidayah (2008)

Tujuan utama satu ibadah dilaksanakan ialah untuk menunaikan perintah Allah. Puasa yakni satu dari tuntutan rukun Islam, dilaksanakan semata-mata untuk mengharapkan keredhaan Allah dan mendapat balasan syurga.

Inilah manhaj yang sahih di sisi ahlus sunnah wal jama’ah. Walaupun tidak sedikit kajian dan penyelidikan menunjukkan puasa sangat baik kepada kesihatan dan proses menyembuhkan penyakit. Pun begitu umat Islam berpuasa bukan kerana kesihatan dan kesembuhan itu.

Hikmah

Namun peranan hikmah pada setiap perintah dan larangan Allah adalah untuk mengukuhkan iman dan keyakinan umat Islam.

Buku kecil ini menampilkan hikmah puasa dari sudut kesihatan.

Puasa bukanlah sesuatu yang asing bagi manusia. Sebelum Nabi Muhammad menerima perintah berpuasa dari Allah, umat terdahulu sudah pun menjalani ibadah puasa. Begitu juga dalam ajaran agama-agama lain selain agama samawi (Kristian dan Yahudi). Hindu dan Budha juga berpuasa mengikut kaedah tersendiri.

Dari sekelian kajian dan fakta yang dikemukakan saya tertarik dengan satu dapat.

Puasa dapat meningkatkan antibodi tubuh. Ini bermakna orang yang berpuasa punya keupayaan yang lebih tinggi untuk mencegah penyakit.

Saya ingin memetik perbincangan Prof Dr Muhaya dari Pusat Perubatan Prime Court, KL. Menurut beliau orang yang punya antibodi yang tinggi dapat mengelak dari dijangkiti virus H1N1. Justeru orang-orang yang berpuasa dapat mengurangkan risiko dijangkiti H1N1.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: