Mari baca

September 1, 2009

Syaitan Tak Mampu Menjamah Anakku

syaitan tak mampu menjamah anakmuPanduan Melindungi Buah Hati menurut Sunnah Nabi saw
Penulis : Abu Abdurrahman Ar-Rifa’i
Penterjemah : Abu Ihsan Al-Atsari
Penerbit : Daar An-Naba, Surakarta
Halaman : 172 muka surat

Naskah ini bertitik-tolak dari hadits nabi berkaitan gangguan iblis dan syaitan terhadap bayi.

Tiada ada seorangpun dari anak Adam yang lahir, kecuali dijamah oleh syaitan ketika lahir, sehingga bayi itu menangis dan menjerit akibat jamahan syaitan tersebut, kecuali Maryam dan anaknya (Nabi Isa a.s)”.

(Hadits dari rekos Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Juteru, buku ini membincangkan jenis-jenis gangguan yang berlaku kepada anak-anakkecil dan kaedah merawatnya menurut Islam.

Hai ini sangat penting diambil perhatian, kerana tidak sedikit manusia terjebak ke dalam hal yang dilarang keras oleh agama untuk mengubati gangguan syaitan. Antara yang menjadi pilihan ialah tangkal, azimat dan mantera. Perbuatan-perbuatan ini boleh menjatuhkan seseorang itu ke dalam lembah syirik.

Sesuai dengan kata nabi :
Sesungguhnya mentera, jimat dan tangkal itu adalah perbuatan syirik”.

(Hadith sahih menurut Albani).

Sesuatu yang amat membimbangkan apabila tidak sedikit dari ibu bapa yang mengalungkan tali yang dijampi pada lengan atau leher bayi untuk mengubati gangguan.

Konten

Buku ini membincangkan masalah gangguan syaitan dalam beberapa fasa.

1.Sebelum masa hamil
2.Semasa hamil
3.Ketika melahirkan
4.Ketika menyusukan
5.Setelah baligh

Penyakit a’in

Selain sihir dan gangguan syaitan secara langsung, satu lagi bentuk penyakit @ gangguan ialah penyakit ‘ain. Penyakit ;ain ialah gangguan yang bermula dengan pandangan mata yang dengki. Ini jelasmenurut sebuah hadits ketika Jibril merawat nabi saw :

Dengan nama Allah aku merawatmu dari segala sesuatu yang mengganggumu dan dari segala kejahatan diri atau pandangan mata yang dengki. Semoga Allah menyembuhkanmu dan dengan nama Allah, aku merawatmu

(Hadits rekod oleh Muslim, Tirmidzi, Ibn Majah dan Ahmad)

Dalam teks yang lain pula nabi berkata :

Ain itu hak dan didatangkan oleh syaitan serta kedengkian yang dilakukan oleh anak Adam

(Hadits rekod oleh Ahmad)

Naskah ini selanjutnya menghuraikan beberapa bentuk gangguan ain dan cara mengubatinya. Semua kaedah yang diberikan adalah sabit dari petunjuk Rasul.

‘Parenting’

Secara tidak langsung juga, penulis melihat sisi lain prinsip ke-ibubapa-an (parenting). Sepeti yang dicontohkan oleh Nabi Yaakub dalam surah Yusuf. Nabi Yaakub menasihati supaya tidak mendedahkan mimpi yang dialami kepada abang-abangnya. Nabi Yaakub khuatir abang-abang Nabi Yusuf akan dengki dan melakukan khianat.

Oleh yang demikian seorang ibu atau bapa tidak boleh memuji satu kelebihan seorang anak didepan adik-beradik yang lain kerana bimbang perasaan hasad dan cemburu. Melainkan pujian itu bertujuan untuk memberi contoh dan tauladan. Pun begitu pujian mahupun kritikanhanya akan menjadi sesuatu yang baik apabila betul dan kena pada caranya.

Bacaan pelindung yang diajar oleh Rasul

Pada setiap larangan dalam Kitab dan Sunnah, nescaya Allah akan mendatangkan alternatif. Ketika Allah mengharamkan zina, kemudian menghalalkan hubungan jenis dengan ikatan pernikahan. Haramnya riba secara tega diganti dengan jual-beli yang adil untuk mendapat keuntungan perniagaan. Sedangkan riba’ adalah keuntungan dengan cara menindas.

Begitu juga dengan rawatan dari gangguan syaitan.

Antara amalan yang disarankan oleh Nabi Muhammad saw ialah :

1.Ayat Kursi (Al-Baqarah : 255) dibaca pada setiap kali selepas solat dan sebelum tidur.

“Sesiapa yang membaca ayat kursi pada malam hari, Allah sentiasa menjaganya dan syaitan tidak akan mendekatinya sehingga subuh”.

2. Surah Ikhlas, Surah Falaq dan Surah Nas tiga kali pada setia kali selepas solat, dan dibaca 3 kali pada waktu pagi dan petang. Ini menurut hadits rekod oleh Abu Dawud, Tirmidzi dan Nasa i.

3. Membaca dua ayat terakhir dari Surah Al-Baqarah ayat 285 – 286 pada permulaan malam. Seperti yang disebut oleh Nabi :

Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir dari Surah Al-Baqarah pada malam hari, maka cukupkan baginya”.

(Hadits rekos Bukari dan Muslim)

Rujukan : Risalah Tentang Hukum Sihir dan Dukun oleh Abdul Aziz b Abdullah b Baz, bekas Mufti Arab Saudi.

Demikian sebahagian kutipan dari buku yang say abaca. Ia ringkas namun tepat dan bermanfaat.

Buku terbitan penerbit dari Indonesia memang agak sukar didapati. Namun boleh dibeli secara online melalui galeriniaga.blogspot.com.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: