Mari baca

Ogos 31, 2009

Menghantar Orang Tua Ke Surga (2007)

Filed under: Keluarga,Pendidikan — Mohd Riduan Khairi @ 8:01 am
Tags: , , ,

mengatar_org_tua_ke_syurga_rm10-editPenulis : Dr. Muhamamd Fahd Ats-Tsuwaini
Penerbit : Daar An-Naba
Halaman : 104 mukasurat

Judul buku ini agak mengelirukan. Seolah-olah ia bermaksud apa yang perlu dilakukan oleh anak untuk membantu orang tuanya ke syurga. Sebaliknya buku ini membincangkan peranan otang tua dalam mendidik anak-anak. Lamtas dengan didikan itu akan memudahkan jalannya senditi ke surga. Kerana anak merupakan asset yang paling berharga.

Sabit dari hadits nabi :

Apabila mati anak Adam, maka putus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan kedua iorang tua”

(Rekod Muslim)

Penulis naskah secara kreatif menyusun 28 tips secara alphabet. Bemula dari Aif  (adab) hingga ke Ya (yassir : memudahkan).

Beberapa perkara menarik yang disinggung oleh penulis termasuklah :

1. Bayyin : Memberi penjelasan

 Acapkali kita melihat orang tua kurang memberi penjelasan kepada anak-anak mereka terutama pada setiap perintah dan larangan mereka. Anak yang meningkat dewasa fikiran mereka juga berkembang dan penuh tanda tanya. Luqman al-Hakim menerusi kata-katanya yang dirakam dalam Al-Quran tidak lepas memberi penjelasan pada setiapperintah dan larangan nya.

2. Didik anak Memiliki Wawasan

Penulis menyarankan beberapa kaedah membina wawasan dalm diri anak-anak. Antaranya termasuk membaca buku, mendengar ceramah-seminar, menonton rancangan televisyen yang bermanfaat, cerita-cerita semagat dan melayari laman internet yang berfaedah.

3. Kata-kata yang indah

Orang tua perlu memberi contoh teladan dalam berkata-kata. Sekurang-kurangnya perkataan yang baik merupakan sedekah. Gunakan bahasa yang positif. Hiasi percakapan dengan ayat Quran, hadith dan kata-kata hukama’. Sesungguhnya bahasa menggambarkan peribadi. Inilah yang dicontohkan oleh Rasulullah. Beliau sentiasa bercakap dengan bahasa yang fasih walaupun dengan kanak-kanak mahupun hamba.

4. Tebarkan salam

Menebarkan salam dapat meyuburkan kemesraan. Kata nabi :

Mahukah kalian aku tunjuk satu hal yang jika kalian lakukan kalian akan mencitai satu sama lain? Tebarkan salamantara kalian

(Rekod Bukhari,Muslim dan Tirmidzi)

Itu 4 perkara dari 28 tips yang disebut dalam naskah ini. Sebahagian besar tips yang diberi, nampak remeh dan mudah. Namun ia signifikan dalam mewujudkan keharmonian dalam berkeluarga.

Pemilik kitab mencadangkan beberapa teknik untuk melaksanakan saranan itu.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: