Mari baca

Ogos 26, 2009

Pembuka 10 Kunci Mudah Kaya (2008)

Filed under: Fiqh & Syariat,Keluarga — Mohd Riduan Khairi @ 11:16 am
Tags: , , , , ,

pembula 10 munci mudahkayaPenulis : Dr Fadhl Ilaahi

Penterjemah : Abdullah Al-Qari Salleh

Kalau ada orang mencadangkan apa-apa jampi atau serapah supaya dimurahkan rezeki, maka tinggalkan.

Andai ada sesiapa berniaga dan menginginkan apa-apa azimat atau tangkal supaya perniagaan laris, eloklah dilupakan.

Sesiapa yang percaya kepada jampi selain Al-Quran dan hadits, percaya kepada objek atau tangkal untuk melariskan perniagaan atau mengantung gambar wali atau sesiapa dengan harapan untung berniaga ; maka telah sabit dari nabi perbuatan itu syirik. Dan duduknya orang yang melakukan syirik adalah di dalam neraka. Allah menjanjikan tempat yang kekal buat orang yang syirik kepadanya.

Buku ini memberi tawaran yang sangat lumayan kepada umat manusia untuk kaya selain ikhtiar secara fizikal. Ia ringkas menitipkan 10 petua yang disandarkan kepada ayat Al-Quran dan hadits-hadits yang sahih.

Saya kongsikan :

1. Istighfar dan taubat

2. Taqwa

3. Berserah a.k.a tawakal

4. Menumpukan ibadat kepada Allah

5. Susul menyusul haji dan umrah

6. Menjaga hubungan keluarga

7. Infak di jalan Allah

8. Berbelanja kepada penuntut ilmu

9. Berbelanja kepada orang miskin

10. Berhijrah ke jalan Allah

Pada setiap petua itu disandarkan kuat pada dalil Quran dan hadits.

Ulasan

Sungguh saya terhenyak dengan hujah dan fakta yang dikemukakan oleh pengarang.

Betapa Allah sangat menghendaki hambanya kebaikan. Betapa Allah itu maha Luas Kurnianya dan Maha Kaya mahu memberi pahala dan kekayaan sebanyak-banyaknya kepada hambanya. Dengan amalan yang ringan, Allah menjamin ganjaran yang sangat besar.

Baca buku ini, Insya Allah apabila diamalkan dengan iman, kita akan kaya. Kaya dala erti kata kaya yang sebenar, kaya harta, kaya jiwa.

3 Komen »

  1. IT IS VERY SAD TO SEE OUR MUSLIM MALAY COMMUNITIES ARE TOO CORRUPT TO ACCEPT A DECENT ISLAMIC TEACHING..

    Komen oleh erika fitra izara — September 29, 2009 @ 7:01 am | Balas

  2. […] 1. Abdullah Al-Qari Salleh […]

    Ping balik oleh Kunci-Kunci Rezeki Menurut Al-Quran & As-Sunnah « Mari baca — Disember 12, 2009 @ 4:30 am | Balas

  3. […] 1.Pembuka 10 Kunci Mudah Kaya […]

    Ping balik oleh Abdullah Al-Qari di ITNM « Ikatkata — September 30, 2010 @ 9:22 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: