Mari baca

Ogos 23, 2009

Salahuddin Al-Ayubi : Penakluk Jerusalem

Filed under: Sastera,Sejarah — Mohd Riduan Khairi @ 9:02 am
Tags: , , ,

Nama Salahuddin Al-Ayubi cukup dikenali bukan sahaja di dunia Islam bahkan dunia Barat dan Eropah juga. Beliau merupakan wira Islam yang bertanggung jawab memebus semula Baitulmaqdis (Jerusalem) selepas ditawan oleh pihak Yahudi.

Dalam sejarah peradaban Islam, kota suci umat Islam ini ditawan sebanyak 3 kali oleh pihak Yahudi. Kali pertama ia ditebus semula oleh Khalifah Islam yang kedua, Umar Al-Khattab. Dan kali kedua oleh Salahuddin Al-Ayubi. Kali ketiga ia ditawan ialah 50 tahun yang lalu, dan kini masih belum ada mana-mana wira dari kalangan umat Islam yang berjaya menebus kota suci itu.

salahudin-coverKelahiran novel sejarah mengenai Salahuddin Al-Ayubi tulisan Abdul Latip Talib mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Dalam masa beberapa tahun sejak pertama kali diterbitkan, naskah ini telah diulang cetak sebanyak 9 kali. Satu pencapaian yang luar biasa bagi karya genre ini.

Bertempat di Bilik Interaksi, Kompleks Bitara UPSI, telah berlangsung satu sesi diskusi memerikan naskah ini. Selain Pak Latib sendiri selaku penulis, turut serta ialah seorang sarjana sejarah dari UPSI sendiri, En Mohamad Kamal.

Adalah tidak adil bagi saya mengulas naskahnya, kerana saya belum membacanya. Menurut Pak Latip, novel ini mengisarkan kehidupan Salehuddin bemula dari zaman remaja, sehingga menjadi Sultan.

AbdulLatipTalibPak Latip menitip beberapa perkara menarik untuk dikongsi :

1. Kesemua pahlawan Islam yang Pak Latip kaji termasuk Salahuddin Al-Ayubi dan Sultan Muhammad Al-Fatih berkongsi ciri yang sama. Selain tegas dan perkasa mereka mempunyai akhlak yang paling mulia.

2. Sebaliknya pahlawan kafir tidak ada satu pun dari mereka mempunyai akhlaq yang mulia. Mereka kesemuanya hebat di medan perang dan pada masa yang sama ganas dan zalim terhadap mangsa perang. Bahkan ada yang zalim terhadap tentera pasukan sendiri

3. Salahuddin seorang yang patuh dan taat pada ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi.

4. Sebahagian kehebatan tentera dan pahlawan Islam masih misteri sehingga kini. Antaranya kemampuan teknologi Sultan Muhammad Al-Fatih memindahkan 7 buah kapal perang melalui jalan darat.

cik_kamal_-_CopyManakala sarjana sejarah En Mohamad Kamal melihat novel Salahuddin menepati fakta sejarah. Beliau memuji gaya penyampaian yang berkesan. Antara lain beliau menyebut :

1. Jerusalem atau Baitulmaqdis merupakan kota suci bagi 3 agama. Justeru itu tidak hairanlah ia menjadi rebutan sepanjang sejarah.

2. Konsep pahlawan Islam berbeza dengan bukan Islam. Islam membela sesiapa sahaja yang ditindas baik Islam mahupun bukan Islam.

Pahlawan Islam mematuhi peraturan perang untuk tidak membunuh wanita, kanak-kanak dan orang tua. Juga tidak memusnakha tanaman dan ternakan. Sebaliknya perang konvensional ala-barat memusnahkan hampir apa sahaja di atas muka bumi.

Ulasan saya

Saya sangat berpuas hati dengan pembentangan kedua-dua belah pihak. Sambutan pelajat juga sangat menggalakkan. Buat pertama kali saya melihat majlis berkaitan dengan buku dihadiri sedemikian ramai pelajar. Hampir 100 (mungkin lebih) memenuhi bilik Interaksi.

Saya akan terus membaca novel ini.

 

 

Foto dari blog Pak Latip

Foto dari blog Pak Latip

Eksplorasi Buku

 

Tempat : Bilik Interaksi, Kompleks Bitara UPSI

Masa : 10 : pagi

Tarikh : 21 Ogos 2009 (Jumaat)

7 Komen »

  1. Boleh beritahu saya tentang teknik peperangan tokoh perang salib itu?

    Riduan Khairi : Saya pun baca novel ini. Saya hanya sempat mengikuti ‘bedah buku’ nya sahaja.

    Komen oleh makhluk tuhan — September 29, 2009 @ 12:02 pm | Balas

  2. setahu saya ianya jerusalem ditawan olih pihak kristian bukan yahudi
    sila komen keran dalam sejarah barat ianya juga adalah tentangan pihak kristian bukan yahudi jadi saya keliru dengan maklumat dari pihak tuan

    Komen oleh fuad — April 4, 2010 @ 2:56 am | Balas

    • 3 pihak yang merebut Jerusalem : Islam, Yahudi dan Kristian. Hari ini Jerusalem dikuasai oleh Kristian.

      Saya cuba semak semula fakta yang saya beri. Terima kasih.

      Komen oleh Riduan Khairi — April 4, 2010 @ 3:49 am | Balas

      • perbetulkan fakta anda, bukan kristian tapi Yahudi. jangan ikut emosi anda

        Komen oleh sam — November 20, 2012 @ 11:36 am

    • perbetulkan fakta anda.Jerusalem adalah kepunyaan orang Palestine terdiri daripada kristian, islam dan yahudi) tetapi ditakluki zionis.jangan terlalu emosi bila menyalahkan agama.kristian. Jerusalem bukan kepunyaan kristian seorang. Anda salah ia adalah kepunyaan ketiga-tiga agama tersebut.

      Komen oleh sam — November 20, 2012 @ 11:46 am | Balas

  3. sesungguhnya, islam pernah menguasai dunia dengan 2/3 miliknya, namun kita yang menjatuhkannya. Menjatuhkan tamadun islam! sedangakan islam itu suci namun kita yang mengotorinya,

    Komen oleh khaleeda abdul karim — April 4, 2010 @ 4:09 am | Balas

  4. pengorbnan salahuddin al ayubi sgt bsar dalam islam dan sye amt kagum trhdpnya….truskn pnuisan anda

    Komen oleh ain khafidz — Januari 25, 2011 @ 2:50 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: