Mari baca

Ogos 19, 2009

Surah Luqman ; Mendidik Anak Cemerlang (2003)

Kredit kepada sahabat dan saudaraku yang telah menghadiahkan buku ini. Kita kongsi pahala membaca dan memanfaatkan buku ini sama-sama.

surah luqmanAl-Quran merupakan wahyu yang menjadi mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad. Sebagai sebuah buku panduan kehidupan atau manusia kehidupan bab pendidikan mendapat tempat yang utama dalam Al-Quran.

Sekian banyak ayat-ayat tentang pendidikan, Surah Luqman menghimpunkan beberapa ayat khusus tentang mendidik anak-anak. Allah merakamkan wasiat seorang insan terpilih Luqman Al-Hakim kepada putranya.

Al-Quran tidak memuatkan kisah Luqman melainkan beliau memiliki ‘oustanding achievement’ yang boleh dikongsi bersama umat manusia.

Latar belakang Luqman

Kendapitun Al-Quran meriwayatkan sekian banyak perkataan Luqman, namun yang memerikan peribadi Luqman hanya satu sahaja. Dalam ayat 12 Allah berkata “Telah kami berikan Luqman hikmah, maka bersyukurlah kepada Allah. Barang siapa yang bersyukur, maka faedahnya adalah untuk dirinya sendiri, manakala sesiapa yang kufur, sesungguhnya Allah Maha Kaya dan Terpuji“.

Justeru menggali latar belakang Luqman lebih dari apa yang disebutkan oleh Al-Quran dan hadis tidak memberi manfaat. Bagi orang yang beriman, cukuplah apa yang telah Allah dan Rasul khabarkan.

Intipati pesan Luqman Al-Hakim

1. Aqidah (Larangan syirik)

2. Berbuat baik kepada ibu bapa

3. Ibadah (Solat, seru makruf dan cegah mungkar)

4. Ihsan (perbuata sekecil biji sawi akan tetap dihitung oleh Allah)

5. Akhlak (Rendahkan suara, sederhana langkah dan jagan bersikap sombong)

Ulasan

Buku ini merupakan kupasan terbaik tentang pendidikan anak melalui metod Luqman berbanding beberapa buku yang saya baca sebelum ini. Huraiannya lengkap dengan sumber rujukan. Walaupun idea meletakkan noto hujung agak memenatkan pembaca untuk menyelak-nyelak.

Namun saya masih belum berpuas hati.

1. Buku ini masih boleh diperbaiki. Huraian Surah Luqman boleh difokuskan kepada wasiat Luqman, namun dengan tidak mengabaikan ayat-ayat lain dalam surah ini. Tentu sahaja ia berkait rapat dengan intipati pesanan Luqman.

2. Saya masih mencari kajian berkaitan metod yang diguna pakai ketika Luqman berkata-kata dengan anaknya. Di dalamnya ada perumpamaan, ada panggilan yang baik, dan pemilihan perkataan dan beberapa aspek lain.

3. Struktur susu atur bab masih boleh diperbaiki. Saya selalu hilang poin ketika membaca. Mungkin berikan sedikit ruang kosong antara satu sujtajuk dengan subtajuk yang baru.

Pun begitu buku tulisan pensyarah Universiti Malaya ini bermanfaat dan bagus dibaca dan diamalkan.

Lagi buku mengupas wasiat Luqman. Klik gambar untuk baca ulasan.pts_menjadi_ibu__49b02f1d4cdcb

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: