Mari baca

Ogos 18, 2009

Bagaimana Memahami Al-Quran (ii)

bgaimana_memahami_quran Bahagian pertama buku ini sudah saya ulas sebelum ini. Bahagian pertama mengutarakan prinsip asas memahami dan mentafsir Al-Quran.

Pada bahagian kedua, Syeikh Muhammad Jamil Zainu seorang guru di Masjidil Haram, Mekah membahaskan beberapa ayat Quran yang menarik perhatian ahli tafsir.

Ujian Nabi Allah Daud

Salah satu darinya ialah kisah ujian Allah terhadap Nabi Allah Daud yang dikunjungi oleh dua orang pemuda. Mereka mengadu tentang kezaliman salah seorang dari mereka. Ini terakam dalam Surah Shad ayat 21-26. Sebehagian kitab tafsir memuatkan tafsir tidak sabit dengan nas. Sebahaginnya mempunyai unsur-unsur merendahkan kedudukan Nabi yang dipelihara Allah dari sebarang kesalahan dan dosa.

Kisah Nabi Sulaiman membersihkan kuda  (Shod 30-33)

Ibn Hazm telah silap melakukan tafsiran beberapa perkataan dari ayat ini dengan mengatakan bahawa Nabi Sulaiman menyembelih kudanya kerana terlewat menunaikan solat.

Pandangan yang lebih tepat ialah, Nabi Sulaiman membersihkan kudanya selepas pulang. Pendapat ini dipilih oleh Ibn Jarir At-Thobari dengan memetik tafsiran pakar tafsir zaman Nabi iaitu, Abdullah bin Abbas.

Nabi Isa diangkat ke langit

Pengarang juga membincangkan isu Nabi Isa yang diangkat kelangit. Sebahagin berpendapat Nabi Isa, rohnya diangkat kelangit. Sebaliknya yang lebih tepat Nabi Isa diangkat kelangit roh dan jasad dan masih hidup sehingga hari ini. Inilah tafsiran yang dipilih oleh Al-Alusi dalam Ruhul Ma’ani, Ibn Qutabiah dan At-Thobari. Ini berdasarkan keterangan yang diberikan oleh Abdullah b Abbas.

Antara perbincangan lain ialah poligami.  Seringkali Islam dicemuh dan dikritik kerana membenarkan poligami. Pengarang menitipkan dua kes dari perspektif barat tentang poligami.

1. Anne Besannt, seorang aktivis hak asasi dari London berbangsa Irish. Beliau pernah menyuarakan betapa hanya Islam yang paling adil dalam perhubungan lelaki dan perempuan. Menurut Anne poligami melindungi wanita berbanding ajaran Barat. Rujuk [Annie Besant, The Life and Teachings of Muhammad (Madras:1932), hal. 25-26]

2. Manakala ke di Jerman pula pada tahun 1947 berlangsung satu konferen bagi membincangkan masalah wanita-wanita yang kematian suami akibat perang. Antara satu cadangan dari perwakilan ialah membenarkan poligami.

Ini merupakan sebahagian dari argumen yang dibawakan oleh Syeikh Muhammad Jamil Zainu. Sebuah buku yang disusun dengan cara yang ringan, mudah dan santai tetapi sangat bermanfaat.

Penulis : Syeikh Muhammad Jamil Zainu

Penterjemah : Abu Ridho

Penerbit : Pustaka Al-Kautsar

Halaman : 270 mukasurat

3 Komen »

  1. […] Bagaimana Memahami Al-Quran (Kaifa Nafhamu Al-Quran) […]

    Ping balik oleh Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu « Mari baca — April 17, 2010 @ 8:20 am | Balas

  2. […] Bagaimana Memahami Al-Quran, Syaikh Muhammad Jamil Zainu, Terjemahan Abu Ridho, Pustaka Kautsar. Klik. Tinggalkan […]

    Ping balik oleh Risalah-risalah Liberal « Mari baca — Julai 8, 2010 @ 7:03 am | Balas

  3. […] cadangkan juga sebuah buku lain dalam subjek yang sama. Bagaimana Memahami Al-Qur’an. Tinggalkan […]

    Ping balik oleh Sebaik-baik Kamu Yang Mempelajari Al-Qur’an dan Mengajarkannya « Mari baca — Oktober 17, 2010 @ 3:55 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: