Mari baca

Ogos 16, 2009

Pesanan Allah dan Para Nabi kepada Anak-anak (1998)

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah,Keluarga,Pendidikan — Mohd Riduan Khairi @ 8:48 am
Tags: , ,

Bagaimana membina motivasi untuk membaca buku?

Ini pengalaman peribadi saya. Ia berguna kepada saya dan mungkin juga bermanfaat kepada orang lain.

1. Membaca buku-buku nipis dan kecil.

Lagi lekas kita selesai membaca sesebuah buku, maka ghairah kita akan melinjak untuk mencapai buku baru. Sambil-sambil itu disulamkan dengan bacaan buku-buku berat dan tebal.

2. Baca banyak buku dalam satu-satu masa.

Baca 4 atau 5  buah buku dalam satu masa. Sebaik-baiknya variasikan genre bacaan. Campurkan yang nipis dan tebal, buku tema berat dengan tema santai. Ia seperti memujuk anak makan sayur, dicampur-campur dengan lauk ikan dan ayam.

scan0004Buku ini adalah satu contoh buku nipis yang saya baca. Walaupun ringkas dan nipis, ia memuat kutipan ayat Al-Quran dan hadis berkaitan tema.

Dalam siri ini ada lagi naskah lain ; Pesanan Para Sahabat dan Tabi’in kepada Anak-anak, Pesanan Khalifah kepada Anak-anak dan Pesanan Ilmuwan dan Para Salihin kepada Anak-anak.

Sayang sekali naskah cetakan tahun 1998 ini hanya tinggal Pesanan Allah dan Nabi sahaja. Ini kerana saya sedang melanjutkan kajian metod mendidik cara rasul.

Antara anak-anak kecil yang membesar pada zaman Nabi Muhammad termasuklah Anas bin Malik, Abdullah Ibn Abbas, Abdullah Ibn Masud dan anak Nabi sendiri yang dipanjangkan umur Fatimah.

Pada bahagian kedua naskah ini, penulis Abdullah Al-Qari Salleh membawakan pesan Luqman kepada anaknya. Bermula dengan kutipan dari ayat Quran, hadis nabi dan riwayat-riwayat yang lain.

Abdullah Al-Qari Salleh merupakan Tokoh Hijrah Ar-Rasul, Tokoh Buku dan Tokoh Guru Serambi Mekah, Tokoh Maulid Ar-Rasul Malaysia, Tokoh Penulis Buku Islam Malaysia dan Tokoh Sunnah (I.Q) Nusantara.

Beliau aktif melakukan kerja-kerja terjemahan buku dan menyusun buku-buku agama berdasarkan teks Al-Quran dan hadis yang sahih.

1 Komen »

  1. […] 3. Pesan Allah dan Para Nabi kepada Anak […]

    Ping balik oleh Abdullah Al-Qari di ITNM « Ikatkata — September 30, 2010 @ 9:23 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: