Mari baca

Ogos 6, 2009

Bagaimana Memahami Al-Quran (2006)

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah — Mohd Riduan Khairi @ 4:51 pm
Tags: , ,

Bgaimana_memahami_quranPenulis : Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu

Penterjemah : Abu Ridho

Penerbit : Pustaka Al-Kautsar

Halaman : 270 mukasurat

Syaikh Muhammad Jamil Zainu

Lahir pada tahun 1930 di Syria. Beliau berpengalaman menjadi pengajar di Darul Hadith Al-Khairiyah, Mekah. Beliau dikenali di negara barat dengan naskah-naskah tulisan yang dilengkapi dengan hujah dan dalil yang autentik.

Buku ini mengupas kaedah memahami Al-Quran. Seimbas pandang beberapa bab awal terlihat seperti kaedah-kaedah mentafsirkan Al-Quran. 1. Mentafsirkan Al-Quran dengan Al-Quran. 2. Mentafsrikan Al-Quran dengan hadith yang sahih. 3. Mentafsrikan Al-Quran dengan perkataan sahabat. 4. Mentafsirkan Al-Quran dengan perkataan tabiin. seterusnya perbincangan tentang nasikh mansukh, ayat muhkamat – mutasyabuhat dan seterusnya.

Walaupun secara sepintas, ia nampak seperti buku yang membahas ilmu-ilmu al-Quran atau ilmu-ilmu tafsir. Jika ia benar, tentu naskah ini akan menjadi seperti buku-buku teks yang membosankan. Namun buku Syaikh Muhammad Jamil Zainu ini sebaliknya. Bab-bab dalam buku ini dibahas dengan ringkas. Penulis hanya memuat beberapa dalil dan contoh sebenar. Cara ini saya fikir lebih menarik dan bermanfaat terutama buat pembaca umum.

Antara lain yang dibicarakan ialah, beberapa golongan yang disebutkan dalam Al-Quran. 2 golongan yang mewakili 2 sikap berbeza terhadap ayat mutasyabihat (1) Ar-Rasikh (2) Az-Zaighun. Ini disebutkan dalam surah Al-Imran ayat 7.

Buku ini bolehlah saya katakan sebagai maklum balas kepada Naskah Dialog dengan Al-Quran oleh Muhammad Al-Ghazali. Penulis memanjangkan perbincangan dengan topik cakupan yang lebih luas. Antaranya termasuk sifat Allah, menyerupai orang kafir,¬† khauf dan raja’, metod berdakwah dan beberapa lagi.

Satu kelebihan buku-buku karangan Syaikh Muhammad Jamil Zainu ialah, karangan beliau sangat ringkas dan berdasarkan fakta. Beliau sedaya upaya untuk menimimakan huraian dan perincian dalam satu-satu topik.

1 Komen »

  1. […] agama, islam, Muhammad Jamil Zainu, pustaka al-kautsar Bahagian pertama buku ini sudah saya ulas sebelum ini. Bahagian pertama mengutarakan prinsip asas memahami dan mentafsir […]

    Ping balik oleh Bagaimana Memahami Al-Quran (ii) « Mari baca — Ogos 18, 2009 @ 5:06 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: