Mari baca

Julai 16, 2009

Dahsyatnya Sedekah

Filed under: Fiqh & Syariat — Mohd Riduan Khairi @ 7:17 am
Tags:

Dahsyatnya_Sedekah__Kunci_Sukses_Kaya_dan_Berkah_Judul : Dahsyatnya Sedekah : Kunci Sukses Hidup Kaya dan Berkah

Penulis : H. Akhmad Sangid

Sedekah ialah ibadah membelanjakan harta pada kebaikan dengan niat ikhlas hanya kerana Allah. Ia boleh sahaja di masjid, surau, rumah anak yatim, institusi agama mahupun sedekah dengan belanja orang makan atau minum.

Sabit dari hadits yang sohih, sedekah diberi pahala yang berpanjangan selagi mana sedekah itu dimanfaatkan alias digunakan. Sedekah orang untuk membuat masjid akan kekal mendapat pahala sekalipun orang yang bersedekah itu telah mati.

Selain dari janji Allah dan Nabi melalui Quran dan hadits, sedekah juga memberi impak ketara ketika kita masih hidup. Ternyata peribadi yang subur dalam jiwanya semangat ‘memberi’ hidup mereka jauh lebih baik dari orang yang dalam dirinya kebal sifat kikir dan kedekut.

Buku sedekah ini memuat beberapa hikmah dan kelebihan orang yang bersedekah. Banyak ayat Quran dan hadits disisipkan menjadi dalil kelebihan sedekah.

Pun begitu dek kerana keghairahan mengutip dalil dan bukti kelebihan sedekah, penulis memetik juga beberapa kisah dan cerita yang tidak sabit dari hadits nabi. Saya mengesan 2 kisah yang sering sekali digunapakai oleh penulis dan penceramah agama. Iaitu kisah Tha’labah dan kisah Abdul Rahman b Auf.

Saya kepilkan bantahan terhadap dua kisah ini.

Justeru itu, buku ini saya tidak rekomen untuk dibaca oleh orang awam.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: