Mari baca

Julai 12, 2009

Pengurusan Masa Menurut Islam (2000)

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah — Mohd Riduan Khairi @ 6:18 am
Tags: ,

Pengurusan-Masa-MenurutPenulis : Yusuf Al-Qaradhawi

Penerbit : Pustaka Al-Hidayah (2000)

Penterjemah : Khairul Anuar b Ahmad

Beli : Badan Cemerlang, Plaza Angsana JB

Pengurusan masa adalah topik yang sangat popular. Pertama kerana ia sangat asas kepada kehidupan baik peribadi, keluarga, pelajaran atau korporat. Ia dibincangkan dimana-mana. Dari urusan menunggu bas hinggalah ke temu janji.

Umat Islam hari ini, punya masalah yang kritikal dengan masa. Berbanding masyarakat yang majoritinya belum Islam seperti Jepun dan Eropah, ternyata mereka lebih teliti mematuhi masa. Padahal Islam melalui Kitab dan hadits begitu jelas menyebut tentang masa. Buku sarjana besar mutakhir ini banyak memberi panduan dan pedoman. Ia tentang tanggapan Islam tentang masa.

untitled

Konten

1. Penegasan Allah dalam Al-Quran terhadap masa. Allah beberapa kali bersumpah dengan masa. Antaranya dalam Surah Al-Asr (bermaksud masa atau waktu asar), Al-fajr (waktu fajar/subuh ), Al-Lail (malam) dan Ad-Dhuha (waktu pagi).

2. Sifat-sifat masa. Jarang (bahkan mungkin tidak pernah) saya jumpa, mana-mana buku atau tulisan yang merincikan sifat-sifat masa. 3 sifat masa yang disebut penulis ialag

a) Sangat pantas berlalu.

b) Masa yang berlalu tidak boleh diputar kembali.

c) Sangat bernilai, tidak boleh dimiliki oleh manusia.

Perincian ini penting supaya kita faham realiti masa. Apabila kita faham, barulah kita akan berusaha untuk memanfaatkannya sebaik yang mungkin. Benar bagai dikata, ‘yang paling jauh dalam hidup kita ialah masa yang sudah berlalu’.

3. Tanggapan manusia terhadap masa. Bahagian ini juga penting. Ada orang yang sepanjang hidupnya bersedih atas sesuatu yang berlaku pada masa lalu. Ada orang yang sangat teliti dan obses dengan masa depan. Sehingga ada yang bekerja bersungguh-sungguh mengumpul harta dan kekayaan tanpa mahu beribadat. Ini semua dipengaruhi oleh tanggapan dan faham mereka terhadap masa.

Penulis juga menyambung perbincangan untuk membetulkan persepsi kita terhadap masa. Semua orang setuju masa itu penting. Melayu kata menyamakan dengan emas. Arab menyamakan ia dengan nyawa.

Walaupun penulis tidak membincangkan teknik dan tips mengurus masa dengan detil. Namun secara prinsip naskah Qaradhawi ini sangat baik kupasannya.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: