Mari baca

Julai 10, 2009

Kaedah Mendidik Isteri dan Anak (2008)

Filed under: Akidah & Manhaj,Keluarga,Pendidikan — Mohd Riduan Khairi @ 12:49 pm
Tags:

Mutakhir ini semakin banyak buku-buku pendidikan secara islami diterbitkan. Saya mengambil peluang ini untuk mengkaji. Salah satu buku yang saya siap baca ialah naskah ini.

Naskah ini memberi lebih fokus kepada metod rotan dalam mendidik anak-anak. Ternyata ia merupakan satu dari kaedah yang diajarkan oleh generasi salaf. Peri pentingnya rotan dalam mendidik anak sehingga Nabi sendiri menyebutkan dalam satu hadis,

“Allah mengasihi hamba yang menggantung di rumahnya rotan untuk mendisiplinkan keluarganya” (Rekod Imam Ahmad)

Dalam naskah ini juga pengarang menukilkan tatacara merotan. Antara yang disebutkan ialah merotan yang tidak mencederakan. Merotan hanya untuk tujuan mendidik, bukan melepaskan geram dan dendam.

Nota saya

Pun begitu, buku ini secara teknikalnya tidak ditangani dengan baik. Editingnya jauh dari buku-buku yang standard. Penggunaan warna dan ‘bold’ tulisan dilihat keterlaluan dan mengganggu pembaca.

Terdapat juga beberapa fakta dan perbincangan yang perlu dibahas semula. Antaranya ketika pengarang membincangkan soal sabar. Katanya, ‘sabar yang keterlaluan’ boleh merosakkan. Sedangkan para nabi sabar sehingga tahap paling maksima, hingga nyawa jadi taruhan. Benarkah ada sabar yang keterlaluan?

Dan beberapa bahagian lain.

Untuk melengkapkan kajia, buku ini perlu dibaca. NTB_Kaedah_Mendid_4975eee315c55amun untuk dijadikan panduan dan rujukan, beberapa bahagian boleh dipertimbangkan semula. Saya berani katakan begini, kerana saya merupakan salah seorang tim penyelidik ‘Pendidikan Islami menggunakan Teknik Surah Luqman’. Kami mengkaji puluhan buku-buku berkaitan pendidikan. Baik dari Eropah dan Barat, juga tidak sedikit buku-buku pendidikan anak-anak menurut Islam.

Saya akan tampilkan lagi, buku-buku yang lain.

Penulis : Abdul Rahman Mohamed

Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd (2008)

Harga : RM 17.00

Halaman : 159 mukasurat

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: