Mari baca

Jun 30, 2009

Perjalanku Sejauh Ini : Sebuah Autobiografi

Filed under: Sastera — Mohd Riduan Khairi @ 6:45 am
Tags: ,

shahnon - perjalankuPenulis : Shahnon Ahmad (2006)

Seingat saya Shahnon sudah menulis tentang dirinya beberapa kali. Satu darinya Detik-detik Diri di Daerah Dhaif (1995). Yang keduanya naskah ini.
Dalam naskah ini Shahnon seakan memberi justifikasi tentang keputusan-keputusan besar yang dibuat dalam hidupnya. Antara yang dihurai dengan panjang lebar ialah penglibatan beliau dalam Al-Arqam (bab 7). Juga perjuangan beliau dalam Parti PAS sehingga beliau dipilih mewakili PAS menjadi Ahli Parlimen Sik (bab 8). Seterusnya beliau menceritakan semula saat-saat beliau diuji dengan penyakit Myasthenia Gravis.

Bahagian-bahagian penting ini memberikan Shahnon ruang koreksi yang besar.

Ketika fasa Shahnon aktif dalam politk secara langsung, lahir karya-karya yang pedas dan lantang terhadap pemerintah seperti Shit dan Maha-maha dan Nurul Anak Papa.

Manakala fasa selepas beliau sembuh dari penyakitnya, lahir dari beliau karya-karya yang bersifat merenung ke dalam diri dan berunsur kerohanian. Antaranya Lamunan Puitis dan Mahabbah.

Saya secara peribadi lebih dekat dengan naskah-naskah Shahnon sebelum beliau terjun ke dalam dunia politik kepartian. Ranjanu Sepanjang Jalan, Seluang Menodak Baung dan Srengenge walaupun sudah sinis terhadap pihak berkuasa namun masih dapat dinikmati.

Sejak bermula dengan Shit yang memualkan, naskah beliau fasa selepas sembuh dari penyakit terasa sukar untuk dinikmati. Ia lebih merupakan monolog panjang seorang sasterawan terhadap dirinya sendiri.
Perjalanku Sejauh ini, walaupun sangat bermanfaat kepada peminat sastera khusunya Sasterawan ini, namun kualiti ‘editing’ nya sangat rendah. Dan seara tidak langsung mengganggu proses pembacaan.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: