Mari baca

Mei 26, 2009

Ziarah

Filed under: Sastera — Mohd Riduan Khairi @ 12:52 pm
Tags: , ,

Penulis : Iwan Simatupang untitled

Penerbit : Pustaka Antara 1979

Tebal : 128 muka surat

Iwan Simatupang tersohor dengan novel Merahnya Merah. Pak Samad ketika mengulas novel Ayat-ayat Cinta (Habiburrahman El-Syirazi) menyatakan bahawa, kejutan AAC terbit persis kejutan yang pernah dibuat oleh Atheis (Achadiat), Perburuan (Pram) dan Merahnya Merah (Iwan Simatupang). Saya perlu menambah di sini, Tetralogi Laskar Pelangi (Andrea Hirata) perlu dimasuksenaraikan.

Pengenalan

Nama panjangnya Iwan Martua Dongan Simatupang (1828-1970). Semasa hayatnya, beliau dikenali sebagai eseis, kritikus, dermawan mahupun sebagai penulis, cerpenis dan novelis. Belajar Antropologi Budaya di Leiden, Falsafah Barat di Universiti Sorbonne, drama di D’chle de L’Eroupe, Amsterdam dan mengikuti Full Course International Institute for Social Studies di Hugue. Pernah menjadi pemandu teksi dan pelayan restoran sewaktu berada di Perancis demi menyara keluarga. Iwan merupaka seorang sosio-invidualis, tetapi humanis.

Ini yang saya petik dari ‘blurb’ di belakang buku, walaupun ada beberapa perkataannya yang saya sendiri musykil akan maksudnya. H.B Yassin ketika mengulas Merahnya Merah : ‘Mempunyai gaya bahasa yang jernih cemerlang. Penuh ritme, dengan pendekatan falsafah mengenai hidup dan manusia.

Karya Iwan ini adalah gambaran manusia intelektual yang terlibat dalam mencari jawapan atas masalah-masalah kemanusiaan, cinta dan bahagia, di dunia maupun di akhirat’.

Ulasan

Ya! Novel ini memang sarat. Dan berat. Tapi kesan yang hebat. Lama masa saya perlukan untuk menyudahkan naskah nipis ini. Setiap jalinan perkataan yang diikat, walapun tidak berpintal dan berkerawang, membuat benak saya berhenti untuk merenung dan berfikir. Ayat-ayat jernihnya memaku perhatian saya untuk tidak berhenti membaca, dan tidak juga berhenti dari menelaah setiap ayat.

Tidak mahu ulas panjang. Saya salinkan di sini beberapa bahagian penting yang menari perhatian saya :

‘Menjelang benamnya matahari, dia berhenti bekerja, membenahkan alat-alatnya, menagih upahnya, pergi tenang sambil bersiul-siul ke kedai arak. Dan menurut berita orang-orang di situ, sedikitpun tingkah-lakunya tak menunjukkan keanehan apa-apa – yang sendiri sebenarnya sudah merupakan keanehan tersendiri !

Sebelum dia memborong pekerjaan mengapur tembok-tembok luar perkuburan itu, orang-orang di kedai sudah biasa dengan tingkah anehnya. Kini dia menjadi perhatian umum, perbincangan seluruh kota. Dengan was-was mereka mengamati tingkahnya yang sudah tidak aneh lagi itu. Seolah-olah ketidak anehan adalah sendiri keanehan!’

‘Demikianlah tiba saatnya, di mana pada satu hari tiap warga kota sekaligus merasa takut, curiga, dan bingung kepada sesama warga kota lainnya, dan tak kurangnya kepada diri sendiri!

Tak seorang mereka berani berdiri lama-lama di muka cermin. Takut, kalau-kalau yang mereka lihat di cermin itu adalah bukan diri mereka sendiri.’ ‘Tak lagi janji dapat diikat di kota itu. Percakapan-percakapan mulai kurang dilakukan. Sebab, kata-kata yang mereka akan jalin dalam kalimat-kalimat, menurut pendapat mereka sudah kehilangan ertinya yang semula’.

Menarik bukan. Ziarah. Agak-agak kalian tentang apa. Tentang ziarah-menziarahi ketika hari raya? Atau umrah dan ziarah? Atau ziarah bermaksud melancong? Tidak! Ziarah di sini ialah tentang ziarah perkuburan. Tentang seorang lelaki berbakat besar yang hilang arah dan punca setelah kematian isterinya. Isteri yang dikahwini secara tidak sengaja, tertimpa ketika cubaan membunuh diri. Menarik.

Silalah baca. 4 bintang. (kredit gambar : jiwarasa.blogspot.com)

1 Komen »

  1. Siapa bisa bantu, saya ingin mendapatkan novel-novel karya Iwan Simatupang. Saya Domisili di Tulungagung-Jawa Timur – Indonesia

    Komen oleh Roro — April 19, 2010 @ 3:45 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: