Mari baca

Mei 25, 2009

Berbakti Kepada Orang Tua

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah,Keluarga,Pendidikan — Mohd Riduan Khairi @ 2:13 pm

Penulis : Muhammad Al-Fahham

Penterjemah : Ahmad Hotib

Penerbit : Irsyad Baitus Salam

scan0009

Berbuat baik kepada ibu bapa bukan perkara kecil. Ia juga bukan perkara besar. Sebaliknya berbakti kepada ibu bapa adalah antara perkara terbesar dalam hidup manusia. Duduknya dalam Kitab dan Sunnah sangat tinggi mengatasi tanggungjawab-tanggungjawab yang lain.

Berbakti kepada orang tua dalam banyak ayat duduk selepas mengesakan Allah. Perintah kedua selepas larangan mensyirikkan Allah.

Bagaimana berbakti kepada kedua orang tua?

Sebagian besar dari kita cukup merasakan dengan mengiring wang belanja ratusan ringgit ke kampung. Sebahagian yang lain meraikan Hari Ibu sekali dalam setahun dengan majlis makan-makan atau membawa orang tua melancong.

Namun adakah itu tuntutan sebenar berbakti kepada kedua ibu bapa. Di bawah telapak kaki mereka itu ada syurga.

Kata nabi, “Celaka, celaka, celaka”, kemudian sahabat mencelah, “Siapa yang celaka wahai nabi?”

Jawab beliau, “Orang yang mempunyai ibu bapa yang sudah tua, namun mati tetap masuk ke dalam neraka”.

Hadith ini menunjukkan, pada berbakti kepada orang tua itu nilai pahalanya sangat besar. Nilaian menyuap makan dan minum orang tua itu lebih besar nilainya dari berjuang di medan perang.

Naskah ini sangat bagus kandungan dan kupasannya. Pengarang mengutip kisah dari dalam Al-Qur’an, hadith dan para sahabat. Buku ini bakal menjawab bagaiman sepatutnya yang dimaksudkan dengan berbakti kepada orang tua.

Saya menjadi sangat insaf, kerana merasakan apa yang telah saya lakukan selama ini sangat sedikit nilainya dari yang patut.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: