Mari baca

Mei 23, 2009

Gramedia masuk Malaysia

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah,Sastera — Mohd Riduan Khairi @ 8:02 am

Terduduk penerbit dan taukeh kedai buku Malaysia. Ini dia, gergasi besar industri buku dari Indonesia sudah masuk kampung. Saya baru sahaja pulang dari Kedai Buku Gramedia, cawangan Tesco Seberang Jaya. Baru seminggu dibuka.

Saya sempat membelek buku-buku Pram yang 40% lebih murah dari harga pasaran luar. Siri Tetralogi Laskar Pelangi dijual dengan harga bawah RM 20. Begitu juga dengan buku-buku karya Emha Ainon Najib, Habiburrahman El-Syirazi dan juga buku Ayu Utami dijual dengan harga bawah RM20 juga !

Saya sempat capai beberapa 3 buah buku. Sekian lama membelek sambil menyeluk saku, membuat perbandingan wayng saya saya miliki pada akhir bulan dan gejolak berahi melihat buku seperli melihat wanita telanjang. Saya pejam mata capai 3 naskah ini dan meluru ke kaunter pembayaran.

dahsyatnya sedekahmukjizatsedekah703521cc99544d2c611321b33b8022fb

Klik gambar untuk lihat keterangan. Ketiga-tiga buku ini semua berharga RM 32.00

Ulasan menanti kemudian.

18 Komen »

  1. Terima Kasih atas kunjunga encik Ke Toko Buku Gramedia Tesco Seberang Prai. bila ada masa Encik Datang Ke Gramedia, boleh lah kita berjumpa dan bersembang. saya memang teramat ingin bertukar pikiran dan menambah wawasan mengesai buku2 di malaysia. sekali lagi terima kasih banyak atas kunjungan encik.

    hormat saya
    Rangga Ferdiansyah
    Head Store Gramedia Seberang Prai
    P : +60 – 4 3997833/3998733

    Komen oleh rangga ferdiansyah — Jun 12, 2009 @ 1:54 pm | Balas

  2. memang tekejut saya melihat harga buku yang murah ,dan isi kandugannya .tapi saya masih menanti buku dari pustaka hidayah indonesia ..minggu lepas saya masih tercari-cari cetakan dari pustaka hidayah ..dan saya menanya staff disana masih belum ada lagi ..

    Komen oleh khairul — Jun 21, 2009 @ 7:22 am | Balas

  3. Salam ziarah,

    Sebuah blog yang menarik perihal membicarakan dunia perbukuan. Terima kasih atas kelahiran blog ini yang banyak memberikan input yang berguna untuk saya mengenali lebih banyak buku yang terbaik di pasaran. Atas minat yang sama, saya mengambil kesempatan untuk bertanya dimanakah agaknya kedai-kedai buku di sekitar KL yang menjual karya-karya Pramoedya Ananta Toer dengan mudah untuk diperolehi? Sebab saya berkeinginan untuk mengenali karya-karya hebat miliknya.

    Encikbaca : Buku-buku penulis Indonesia boleh didapati di Pustaka Indonesia, di Jalan Masjid India. Begitu juga dengan cawangan Kedai Buku Gramedia di Lembah Klang. Setahu saya Gramedia ada cawangan di Tesco Shah Alam.

    Komen oleh mesejabdul — Julai 19, 2009 @ 5:26 am | Balas

  4. Hai kalau ada apa2 pertanyaan tentang apa2 buku yang ada dijual di gramedia tesco seberang perai boleh letakan notice/pertanyaan disini –> http://wallwisher.com/wall/gramedia. Jika ada masa saya boleh tolong tengokkan dan carikan buku tersebut.TQ.

    Faizal

    Komen oleh Faizal — Julai 25, 2009 @ 9:09 am | Balas

  5. Tahniah! Akhirnya Gramedia bertapak di sini. Ipoh dan Seberang Prai agak jauh juga (>100km).

    Biasanya toko-toko buku bypass Perak – saya kurang pasti kenapa. Sedangkan di Perak mempunyai paling kurang 6 kampus universiti – Universiti Teknologi MARA (6,000 students), Universiti Teknologi Petronas, Universiti Kuala Lumpur, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Universiti Tunku Abdul Rahman dan banyak lagi Kolej dan Politeknik.

    Saya sedang mencari “Negeri 5 Menara – oleh Ahmad Fuadi” kalau-kalau masih ada.

    Komen oleh Idris Ismail Talu — September 28, 2009 @ 2:19 am | Balas

  6. saya tinggal di gombak kl, saya juga sedang mencari novel “negeri 5 menara” terbitan gramedia. kalau ada yang tahu dimana saya bisa dapatkannya tolong infonya. tanx

    Komen oleh fauzi — Disember 26, 2009 @ 9:28 am | Balas

  7. saya mencari gramedia di shah alam, tdi saya dah ke kedua2 tesco di shah alam. tak jumpa pn gramedia. boleh ditunjukkan lokasi dgn lebih rinci.tq

    Komen oleh Hafiz — Ogos 25, 2010 @ 10:10 am | Balas

    • Pembetulan.

      Gramedia ada di Mines. Bukan di Tesco Shah Alam.

      Komen oleh Riduan Khairi — Ogos 25, 2010 @ 11:04 am | Balas

      • gramedia memang pernah ada di Tesco Setia Alam ,Shah Alam .Sebeluym berpindah di mines dalam tahun 2010 ini.

        Komen oleh kast — September 22, 2010 @ 2:19 pm

      • aah….sudah berpindah ke mines….jadi satu hal aku kena naik motor jauh jauh cari kedai buku…cis!

        Komen oleh rdze — Oktober 15, 2010 @ 1:57 pm

  8. saya mencari buku2 karangan penulis Indonesia iaitu MIra W, Marga T dan S. Mara Gd..Dimana boleh saya dapatkan buku2 itu?

    Komen oleh asnur irfah — Januari 26, 2011 @ 6:56 am | Balas

    • Terima kasih kerana mengunjungi blog encikbaca. Setahu saya buku-buku terbitan Indonesia banyak dijual di Pustaka Indonesia di Jalan Masjid India.

      Selain dari itu mungkin di cawangan keda buku Gramedia di Seberang Perai atau di Mines.

      Komen oleh Mohd Riduan Khairi — Januari 26, 2011 @ 8:06 am | Balas

  9. saya peminat penulis Indonesia..

    Komen oleh asnur irfah — Januari 26, 2011 @ 7:15 am | Balas

  10. saya sedang mencari buku fotografi tulisan johntepon,…adakah di gramedia sebrang perai terdapat buku tersebut,..

    Komen oleh samsul — Januari 28, 2011 @ 2:13 am | Balas

  11. di sini ada jual buku-buku karya Ippho Santosa? dimana saya boleh dapatkan?

    Komen oleh Hj Muhammad Yazid — Januari 5, 2012 @ 5:33 am | Balas

  12. Bolehkan saya membuat tempahan buku-buku dari Indonesia melalui gramedia di malaysia khas di The Mines

    Komen oleh YueElmo — Februari 22, 2012 @ 11:14 am | Balas

  13. gramedia the mines sudah gulung tikar balik kampung awal awal 2012 kerna tidak boleh bersaing dengan kedia-kedai buku di malaysia.

    Komen oleh benggong — Mac 28, 2012 @ 11:42 pm | Balas

  14. Hello, saya berpikir bahwa saya melihat Anda mengunjungi saya blog
    sehingga saya datang untuk “membalas budi” saya .
    Mencoba untuk ke meningkatkan website saya situs Web saya kira ok
    untuk menggunakan beberapa ide-ide Anda !! !
    }

    Komen oleh dian pelangi store — Oktober 7, 2014 @ 9:54 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: