Mari baca

Mei 14, 2009

Nasihat Luqman al-Hakim

Filed under: Keluarga,Pendidikan — Mohd Riduan Khairi @ 4:37 am

PTS_Menjadi_Ibu__49b02f1d4cdcbJudul : Menjadi Ibu Bapa Genius Berdasarkan Nasihat Luqman al-Hakim

Penulis : Syarif Hade Masyah

Ini sebuah buku bagaiamana menjadi ibu bapa yang baik. Tips yang diturunkan oleh Luqman sangat bernas dan berfaedah. Saya simpulkan 5 pesan utama luqman kepada anaknya.

1. Aqidah

2. Berbuat baik kepada ibu bapa

3. Ibadah

4. Ihsan

5. Akhlak

Dalam buku ini perbincangan dilanjutkan meliputi perbahasan asal-usul Luqman dan nasihat-nasihat yang lain. Kebanyakanya dikutip dari kitab tafsir dan kisah-kisah generasi terdahulu.

Namun, adalah lebih baik seandainya penulis memberi lebih perhatian kepada 5 prinsip yang disebut dalam Al-Qur’an berbanding perbincangan tentang asal-usul dan wasiat-wasiat lain.

Sesuai dengan kaedah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang memberi keutamaan kepada perkara-perkara yang disebutkan dal Al-Qur’an dan hadis. Justeru itu apa-apa yang tidak disebut dirasakan kurang penting.

Wasiat Luqman, selain dari intisari yang bermanfaat, juga memuatkan teknik dan pedagogi yang sangat bermanfaat.

Sebagai contoh Loqman membahasakan anaknya dengan istilah, ‘Wahai anak kesayanganku’ pada setiap seruan. Kemudian, Allah mengajar Luqman supaya memberikan sebab dan alasan pada setiap larangan dan suruhan. Sebagai contoh larangan mensyirikkan Allah kerana’syirik itu kezaliman yang besar’. Dan dalam ayat yang lain perintah berbakti kepada kedua ibu dan bapa adalah kerana ibu telah mengandungkan dan menyusukan anak.

Kajian terhadap wasiat Luqman seharusnya dilakukan dengan lebih banyak lagi supaya umat kita dapat mengambil manfaat.

Bacaan tambahan

1. Pendidikan Anak-Anak dalam Islam : Abdullah Nasih Ulwan

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: