Mari baca

Mei 13, 2009

Intisari Aqidah Ahlus Sunnah Wal-Jamaah

Filed under: Akidah & Manhaj — Mohd Riduan Khairi @ 5:56 am

Penulis : Abdullah bin Abdul Hamid al-Atsariscan0001

Penerbit : Pustaka Imam As-Syafi’i

Halaman : 276

“Dan sesungguhnya umat ini akan terpecah kepada 73 golongan, 72 masuk neraka dan satu golongan masuk Syurga, iaitu al-Jama’ah”

Hadith Shahih dari Sunan Abu Daud.

Seperti yang telah terjadi kepada umat Yahudi dan umat Nasrani (Kristian), umat Islam juga dikhabarkan kepada kita oleh Nabi Muhammad, akan berpecah.

Isunya ialah bagaimana mahu mengenal-pasti golongan yang dijanjikan masuk syurga. Ini kerana semua golongan dalam Islam mengaku mereka adalah golongan yang dijanjikan Syurga. Semua puak mengaku memperjuangkan Al-Qur’an dan Hadith.

Buku ini memberi penjelasan lanjut akan ciri-ciri ‘Al-Jama’ah’ yang dijamin masuk syurga itu.

Persoalan aqidah adalah persoalan pokok dalam agama. Ia menjadi syarat sah sesuatu amalan yang lain.

Di masjid dan surau yang giat menjalankan aktiviti pengajian ilmu agama, sangat sedikit darinya yang memberi lebih merit membincangkan persoalan akidah. Aqidah dianggap sangat asas (ini benar) namun sehingga ia dipandang mudah dan remeh. Justeru kelas-kelas pengajian aqidah selalunya sepi berbanding pengajian subjek lain, seperti ibadah, muamalat dan lebih-lebih lagi siasah (politik).

Benarkah aqidah itu seputar rukun Iman yang 6 itu sahaja?

Naskah ini menjawab persoalan sikap ahlus sunnah terhadap para sahabat dan sikap ahlus sunnah terhadap pemerintah.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: