Mari baca

April 22, 2009

Qur’anic Law of Attraction

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah — Mohd Riduan Khairi @ 10:44 am
Tags:

Saya sedang menyudahi bacaan buku ini selepas menghadam Law of Attractio.

Apa yang saya obses sangat dengan buku-buku motivasi atau pengurusan yang dipelopori oleh orang-orang barat.

Teman-teman seangkatan saya agak pesimis dengan hal ini. Saya menghadiri beberapa seminar dan kursus yang dianjurkan oleh badan-badan ngo berkaitan teknik dan teori pengurusan dan morivasi barat.

Mesej terbahagi kepada dua. Pertama kandungan. Keduanya ialah teknik sesuatu mesej itu disampaikan. Amat mudah bagi kita orang Islam mendapatkan mesej atau konten kepada penyampaian kita. Sudah ada ramai ilmuan Islam menggali dan menyusun ilmu tentang hal-hal yang diperitahkan oleh Allah dan Rasul.

Namun, bahagian kedua itu khazanah ilmu Islam di negara kita masih agak ketinggalan. Masih sangat kurang bahan-bahan ilmu yang memberi penekanan kepada sudut teknik dan method. Padahal Al-Quran dan Hadith yang kita iktiraf lengkap dan relevan sepanjang zaman itu, memuat begitu banyak khazanah berkaitan method dan teknik yang diperlukan. Hanya saja ia seperti dilepas-pandang oleh ilmuwan Islam kita pada hari ini.

Teknik-teknik psikologi dan prinsip-prinsip pengurusan begitu banyak sekali dititipkan dalam Qur’an dan hadith.

Justeru itu saya mengambil pendekatan mendapatkan kemahiran ini dari sumber-sumber lain, baik dari barat, eropah mahupun negara lain. Dan saya akan cuba menyunatkan teori dan prinsip ini gar menjadi Islam.

‘Law of Attraction’ merupakan topik yang sangat menarik. Akan saya kupas selepas menghadam naskah ini. Insya Allah. Buku terbitan Pts Millenia.

quranic-law-of-attraction2

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: