Mari baca

Julai 13, 2013

Kedai Buku: Bushra Perak

Filed under: Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 7:33 am
Tags: , , ,

1000701_10200938519917866_1162013934_n

Harga Menuntut Ilmu

Al Qur’an merakamkan kisah Nabi Musa Alaihisalam mencari Khidr untuk menuntut ilmu. Firman Allah maksudnya,

“Dan ketika Musa berkata kepada muridnya: ‘Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan, atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun.” (surah al-Kahfi, ayat 60)

Demikian juga antutias para sahabat Nabi untuk mendengar al Qur’an dan hadith.

Imam Ahmad menukilkan di dalam kitab Musnadnya, Dari Abdullah bin Muhammad bin ‘Aqil, dia berkata bahwasanya dia mendengar Jabir bin Abdillah radhiallahu ‘anhu bercerita: “Telah sampai kepadaku sebuah hadits dari seseorang yang langsung mendengarnya dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Lalu aku membeli sebuah unta, kemudian kupersiapkan bekalku, lalu aku berangkat pergi untuk menemuinya selama satu bulan perjalanan hingga sampailah aku ke negeri Syam. Ternyata orang tersebut adalah Abdullah bin Unais.

Untuk catatan jarak antara Madinah dan Syam kira-kira 1000 km.

Itu belum lagi segugus kisah para ulama’  berkelana dari satu kota ke satu kota mengunjungi guru mereka untuk belajar hadith.

Ilmu tidak pernah murah, dan untuk mendapatkannya harus ada usaha dan pengorbanan.

Syukur kepada Allah Alhamdulillah dan terima kasih kepada pengusaha Bushra Perak atas kesudian membuka cawangan pustaka mereka di Ipoh. Maka tidak lah perlu kita berletih-letih berjalan kaki sampai haus selipar seperti Nabi Musa atau menaiki kuda selama satu bulan untuk mendengar satu hadith.

Kalau sebelum ini saya terpaksa ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan kitab yang saya mahukan. 2 jam juga perjalanan menaiki bas.

Bushra Perak

Perniagaan Bushra menawarkan buku-buku agama pelbagai judul dan variasi dari tulisan ulama’  klasik dan ilmuan mutakhir.

Saya belum sempat jengah Busha di Ipoh, namun sudah pernah ke cawangan utama di Klang. Antara judul yang ditawarkan termasuk:

1. Terjemahan Tafsir Ibnu Kathir

2. Terjemahan Fathul Bari Syarah Sahih al Bukhari

3. Terjemahan Tafsir Adhwa’ul Bayan Syaikh Amin Syinqiti

dan variasi buku-buku panduan asas agama Islam.

Luangkan masa untuk singgah ke sana dan berkenalan dengan pengurusnya Tuan Ahmad Humaizi yang budiman lagi baik hati.

Bushra Perak

No. 13, Jalan Kamaruddin Isa,

TamanFairPark,

31400 Ipoh Perak.

Pengurus Ahmad Humaizi: 013-471 9722

 

https://www.facebook.com/BushraPerak

Ogos 8, 2012

Kedai buku di Kota Kinabalu

Filed under: Kedai buku,Tips membaca — Mohd Riduan Khairi @ 10:10 am
Tags: , , , , , ,

Selain jumlah institus pengajian tinggi dan sekolah, kedai buku juga memberi sedikit klu atau gambaran aras intelektual masyarakat di sesebuah tempat.

Persepsi saya terhadap Sabah khususnya Kota Kinabalu beralih hampir 180 darjah mengenai hal ini. Sebuah kota yang tidak begitu masyhur di dalam negara sebenarnya sangat diminati untuk dikunjungi pelancong dari luar negara. Benar kata orang, ‘grass always greener ther other side“.

Lupakan rumput, kambing New Zealand dan lembu. Kembali kepada topik buku.

Di Kota Kinabalu ada banyak kedai buku. Yang besar-besar seperti Times di Plaza Warisan, Popular di Centre Square. Times menawarkan bacaan bahasa Inggeris yang variasi dengan majalah dan koleksi buku bacaan kelas antarabangsa.

Manakala Popular pula menawarkan buku bacaan tempatan yang subhanallah banyak judulnya. Bahkan koleksi buku Melayu di Popular Kota Kinabalu menandingi kebanyakan cawangan popular di Semenanjung. Bahkan Johor Bahru yang beberapa tahun dahulu jualannya paling baik di Malaysia tidak memiliki judul bahasa Melayu sebanyak di KK.

Kedai-kedai buku indie juga tidak kalah banyak. Kebanyakannya menawarkan buku-buku agama. Tentunya bisnes ini milik mamak, siapa lagi.

Antaranya termasuk Iqra’ Islamic Centre di Wawasan Plaza, Neezadee berdepan Centre Point, Islamic House dan paling besar ialah dua buku kedai buku agama di Wisma Muis.

Insya Allah kami akan rebiu sedikit detil datu demi satu nanti.

 

November 16, 2009

Al-Fayyadh Enterprise, Kluang

Filed under: Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 3:48 am
Tags: , ,

Kluang. Sebuah banday yang agak terpencil. Namun aktiviti ekonominya nampak rancak.

Jika diukur dari jumlah banyaknya sahaja saya kira jumlahnya mengkagumkan. Maybank sahaja ada 2 cawangan, tidak termasuk Busines Centre dan Auto Finance Centre. Selain bank-bank utama, terdapat juga OSK Inverstment Bank, OCBC dan Alliance Bank. Tentu banyak duit yang bertaburan di Kluang sehingga banyak bank berkerumun di sini.

Saya masih membuat pemerhatian dan kajian.

1Selain Kedai Buku Popular di Kluang Mall (yang sungguh tidak mesra buku Melayu, dihujung sudut kedai. Bahkan majalah Korea dan Jepun diletak di depan pintu.), ada kedai buku City Bookworm dan Al-fayyadh Enterprise.

Al-Fayyadh

Al-Fayyadh menjual banyak buku-buku agama tradisional. Saya sebut tradisional kerana buku-buku dari penerbit moden seperti Pts belum banyak 9atau tidak ada langsung). Juga buku-buku agama dari penerbit Indoesia juga hampir tidak ada. Yang ada beberapa judul dari Penerbit Imam As-Syafie dan tulian Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawwas.

Manakal judul-judul lain mewah. Lihat sFoto 0056ahaja susun aturnya mengalahkan perpustakaan.

Naskah-naskah besar juga banyak terdapat di sini seperti Al-Umm (Imam Syafie), Nailul Authar (As-syaukani) dan kitab-kitab himpunan hadis.

Namun satu kekurangan kedai buku ini ialah kawal-selia yang agak lemah.

Kedai bukunya tidak ber’air corn’. Justeru itu buku-buku yang dipamer berhabuk. Walaupun buku baru, apabila berhabuk maka daya tariknya pudar.

Saya tak beli apa-apa dari kedai ini melainkan sebuah buku oleh Ustaz Hakim Abdat. Namun saya syak buku ini dicetak rompak, kerana nama penerbitnya meragukan. Halaman dalam ditulis Pustaka Imam Syafie, manakala halaman pertamanya tertulis Pustaka An-Noor. Dan kualiti kulitnya berbeza dari buku-buku Pustaka Imam As-Syafie yang lainnya.

 

November 14, 2009

Kedai Buku Thai Kuang, Melaka

Filed under: Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 3:46 am
Tags: , , , , ,

Foto 0049Berita tentang kedai buku ini mula-mula saya dengar dari Tuan Zamri Mohamad, seorang penulis ‘berstseller’ yang sungguh rajin menulisn buku.

Saya sempat melawat kedai buku ini. Benar, sungguh kedai buku ini memaper begitu banyak buku-buku bahasa Inggeris untuk dilelong. Ada yang dijual serendah harga RM 9.90.

Namun saya melarang diri dari memberli buku-buku lelong ini. Saya khuatir kandungannya itu juga setaraf lelong. Makan makanan yang hampir basi mudharatnya mungkin beberapa hari. Namun memasukkan bahan bacaan yang tidak diketahui mudharatnya panjang.

Buku-buku Pts

Buku-buku bahasa Melayu khususnya buku Pts sangat banyak disini. Saya kira jauh lebih banyak dari kedai buku MPH atau Popular. Menjadi dasar MPH dan Popular (sebilangan besar cawangannya) menjual buku-buku yang ‘boleh laris’. Justeru agak sukar menemui buku-buku akademik.

Saya sempat beli beberapa naskah antaranya Mendorong Kreativiti Kanak-kanak oleh Ainon Mohd dan Abdullah Hassan.

November 4, 2009

Pustaka Muda, Ipoh

Filed under: Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 4:00 pm
Tags: , ,

pustaka-muda-slice_19Bonda saya minta belikan buku Mastika Hadis. Hasil carian saya di internet, akhirnya saya bertemu dengan Pustaka Muda di Ipoh. Selain kedai buku MPH di Kinta City dan Kedai Buku Popular (Kinta City dan Ipoh Parade), banyak juga kedai-kedai buku indie lain yang ada di bandaraya Ipoh.

Salah satu darinya ialah Pustaka Muda, sebuah kedai buku agama tradisional. Ia mula beroperasi sejak tahun 60-an. Saya mendapat maklumat juga, selain menjual buku Pustaka Muda juga mencetak buku-buku agama sendiri.

Koleksi

Banyak buku-buku agama dipamer di kedai ini. Bayangkan dua pintu lot rumah kedai, dari ruang hadapan hingga ke ruang hujung belakang, semuanya memuat buku-buku untuk dijual.

Hanya sahaja susun-atur kedai buku ini agak mengelirukan. Ada yang disusun mengikut subjek seperti akidah, doa dan fikih. Ada pula yang bercampur-campur. Kebanyakan judul adalah dari penerbit lama seperti Pustaka Nasional. Dan dek kerana senggaraan yang kurang bagus, sebahagian bukunya kusam dan berhabuk.

Buku-buku sufi dan tarikat

Lpulaubesar1ama saya belek dan perhatikan. Kecenderungan pemilik buku ini memamer buku-buku kearah sufi dan tarikat. Tidak sedikit malahan banyak. Antara yang buku tentang Tariqat Naqsyabandy dan Rahsia Pulau Besar. Ini mengejutkan saya kerana tariqat Naqsyabandi sudah diwartakan haram.

Manakala Rahsia Pulau Besar memuat perkara syirik yang sangat ditegah oleh Islam. Pulau Besar memuat kubur yang dikatakan milik wali dan individu yang (konon)nya punya karamah. Bahkan telah diketahui umum, Pulau Besar adalah kubu amalam syirik dan khurafat.

Justeru itu, adalah amat tidak wajar buku ini dijual dalam kedai milik orang Islam.

Saya sempat berbicara sedikt dengan juruwang tentang buku ini. Mudah-mudahan ia akan segera dikeluarkan dari rak.

Lokasi

Hadapan kompleks Mahkamah Syariah Ipoh

No. 16 & 16A Jalan Tun Abdul Razak,

Ipoh 30200, Perak

p: 605-5274079  f: 605-5274079

 

Oktober 28, 2009

Pustaka Asma, Segamat

Filed under: Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 2:00 am
Tags: , ,

DSCN2534Pustaka Asma terletak berselebah Dataran Segamat, lot kedai bumiputra.

Saiz kedainya kecil dalam 15 kaki persegi sahaja, atau mungkin kurang.

Namun jangan terkejut, seluruh sudut dan dinding kedai ini dipenuhi dengan buku dari lantai ke siling.

Saya percaya kedai ini sudah lama beroperasi kerana sebahagian koleksi buku yang dipamerkan adalah dari terbitan lama.

Antara buku yang dipamerkan termasuk dari penerbit Hidayah, Pustaka Imam As-Syafi’i, Telaga Biru dan Jasmin Enterprise. Selain memamer buku agama berjilid besar seperti Tafsri Jalalain, Tafsir di Bawan Naungan al-Quran, Pustaka Asma juga menjual akhbar, majalah dan n0vel-novel cinta Islami.

Walaupun kecil, kedai buku ini sepertinya sudah dikenali ramai. Ketika saya melawat, terdapat beberapa orang pelanggan sedang membelek-belek dan berunding dengan peniaga. Lagak gayanga seperti ustazah, bertanyakan buku itu dan buku ini. Sehinggakan saya terpaksa menunggu giliran untuk memilih kerana kecilnya ruang pejalan kaki.

Maka bolehlah kita gagaskan satu pepatah baru. Kalau sebelum ini kita katakan ‘dimana ada gula disitu ada semut’. Maka kini, ‘dimana ada kedai buku, maka disitu ada ulat buku’.

Selamat membeli buku.

Oktober 21, 2009

Kedai Buku Freedom, Parit Raja

Filed under: Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 3:14 pm
Tags: , , ,

DSCN2529

Sebuah kedai buku yang memaperkan judul bahasa melayu yang lumayan. Siri novel sejarah dan pahlawan Islam Pak Latip hampir lengkap. Begitu juga novel-novel Pts yang lain.

Buku-buku agama dari penerbit Telaga Biru juga tidak ketinggalan.

Namun yang paling mengujakan saya ialah koleksi buku-buku agama berjilid besar dari penerbit Pustaka Imam As-Syafie. Antara yang sempat saya belek ialah Ensklopedia Larangan oleh Sheikh Salim Al-Hilali dan Ensklopedia Salat. Kedua-duanya naskah tebal.

Mengapa agaknya kerap saya merujuk kepada Pustaka Imam As-syafie. Bukan semata-mata kerana saya bermazhab syafie.

Pustaka Imam syafie mempunyaii dasar pijak yang sangat jelas tentang kualiti penerbitannya. Semuan buku-bukunya patuh padah syariat, atas mazhab ahlus sunnah wal jama’ah faham salaf.

Selain dasar itu, kualiti fizikal buku-bukunya antara yang terbaik.

Lokasi : Berhadapan pintu masuk UTHM kampus bandar.

No. 2 & 4, Jalan Cempaka 1, Taman Kristal, 86400 Parit Raja

Oktober 12, 2009

City Bookworm, Kluang

Filed under: Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 4:01 am
Tags: ,

Semasa berjalan menuju ke kedai buku Popular di BP Mall saya kata, “Seronok dapat masuk kedai buku, terasa seperti iman bertambah“, kepada teman saya Tajuddin.

Ilmu, iman, baca, tulis dan buku ibarat buku lima. Setiap satu melengkapkan yang lain. Patah satu jari, buku lima hilang bisa.

Ilmu adalah asas iman. Ilmu tidak dapat dipisahkan dengan buku.

Saya berada di Kluang untuk urusan kerja. Sempat juga melapangkan masa berziarah ke sebuha kedai buku indie di pekan (atau baca bandar) Kluang. City Bookworm memamerkan sebilangan judul buku dalam bahasa Melayu.

Secara perbandingan dengan kedai buku Perintis di Batu Pahat atau Kedai Buku Nur di Parit Raja, ruang pameran di Bookworm agak kecil. Namun begitu susun atur di kedai ini kemas. Buku-buku logodisusun mengikut kategori. Ada rak khusus untuk novel yang kebanyakannya dari penerbit Alaf 21. Ada rak buku-buku agama penebit tempatan seperti Darul Nu’man. Dan yang lebih menarik ialah koleksi buku-buku agama dari penebit Indonesia. Sebahagian judul adalah dari penerbit Aqwam. Namun buku-buku dari Indonesia lazimnya lebih mahal dari buku tempatan.

Selesa sekali membelek buku lama-lama di City Bookworm. Hanya sahaja judulnya perlu di tambah. Saya mencadangkan kepada petugas supaya mendapatkan buku-buku dari penerbit Imam As-Syafi’i. Ini kerana konten dan tulian dari penerbit ini punyai piawai yang tinggi mengikut Islam.

HanDSCN2531ya sahaja saya tidak sempat untuk buka mulut tentang buku-buku dari penerbit Pts Publication. Hampir tidak ada judul dari Pts di kedai ini.

City Bookworm telah beroperasi lebih 3 tahun. Kedainya nampak kemas, bersih seperti baru beroperasi. Manakala petugas kaunternya ramah dan cekap berurusan.

Maklumat lanjut :

Pengarah Urusan : Abd Majid b Sawab.

City Bookworm, No. 6, Jalan Ciku, Taman Dato’ Haji Manan, 86000 Kluang Johor.

Emel : city.bookworm@yahoo.com.my

Oktober 8, 2009

Kedai Buku Perintis, Batu Pahat

Filed under: Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 5:40 pm
Tags: ,

DSCN2524Saya jumpa kedai buku Perintis di dua lokasi. Pasaraya Besar Carefour Batu Pahat dan Kompleks Beli-belah The Summit, Batu Pahat.

Perintis menjual buku rujukan, buku umum dan alat tulis sebagaimana tradisi kedai buku tradisional.

Namun Perintis lebih sedikit dari sudut susun atur kedai. Buku-buku umum diletakkan betul-betul di depan pintu masuk kedai.

Koleksi buku berbahasa Melayu juga lumayan. Terutama dari penerbit Pts dan Penerbit Sinergi.

Satu yang menarik tentang kedai indi begini ialah koleksi bukunya berbeza dengan kedai buku Popular atau MPH. Rangkaian kedai buku popular lazimnya hanya memuat buku-buku dari koleksi ‘bestseller’ dan terkini sahaja.

Hanya kedai buku indie sahaja yang memamer judul dan koleksi yang jarang di dengar. Mungkin isu tidak laku atau kelemahan pemilik kedai mengenal-pasti judul yang laris dan terkini. Ini memberi kesempatan kepada pembeli untuk mendapatkan judul yang sukar ditemui di kedai lain. Pro kepada pembeli, namun agak merugikan kepada pemilik bisnes.

Saya akan terus berjalan-jalan mencari buku dan kedai buku. Selamat membeli dan membaca.

Oktober 7, 2009

Kedai Buku Nur, Parit Raja

Filed under: Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 11:35 pm
Tags: , ,

12Petang semalam saya sempat singgah di sebuah kedai buku di pekan Parit Raja, Batu Pahat. Walaupun pekan ini tidak sebesar bandar Batu Pahat, namun aktiviti ekonominya tidak kurang rancak. Memandangkan terdapat beberapa institus pengajian tinggi di kawasan ini. Antaranya  UTTHO, Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan Koleh Jururawat Masyarakat.

Justeru, pasaran untuk buku-buku agak luas. Kedai Buku Nur memamerkan buku-buku dalam Bahasa Melayu. 1/4 dari ruangan kedainya adalah ruang untuk buku-buku umum. Manakala 1/4 yang lain untuk buku rujukan dan sekolah. Dan 1/2 ruangan lain adalah untuk alat tulis.

Oleh yang demikian ruangan kedai menjadi sempit. Laluan untuk memilih buku sangat tidak selesa, dan tidak boleh berselisih. Walaupun ada banyak juga judul buku umum yang menarik, namun saya kurang selesa untuk memilih. ditambah pula susun atur buku yang tidak mesra pembeli.

1Lokasi

Kedai buku ini terletak berhampiran dengan lampu isyarat utama pekan Parit Raja. Dari arah selatan ia terletak sebelum lampu isyarat di sebelah kiri. Satu baris dengan Public Bank.

Koleksi buku

Antara koleksi buku yang dijual termasuk dari penerbit PTS, AnBakri Publication (buku karangan TG Nik Aziz dan TG Abdul Hadi Awang), Penerbit As-Shafa.

Tidak ketinggalan juga beberapa judul baru termasuk Tips Penulis Bestseller dari Zamri Mohamad, Travelog Haji oleh Prof Kamil dan Hikayat Amir Hamzah.

Laman Berikutnya »

The Rubric Theme. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.