Mari baca

April 21, 2011

Imam Syafi’i dan Mazhab Syafi’i

Filed under: Akidah dan Manhaj,Fikah & Usul Fikah,Tokoh — Mohd Riduan Khairi @ 12:06 am

Pengasasan dan Pengembangan Mazhab Syafie
Penulis : Muhammad Abu Zahrah
Penterjemah : Dr Kassim Mat Salleh
Penerbit : Yayasan Islam Terengganu (1997)
Halaman : 379 halaman

Sejarah dan Keagungan Mazhab Syafi’i
Penulis : KH Sirajuddin Abbas
Penerbit : Pustaka Aman Press (1985)
Halaman : 343 halaman

Dua buah buku ini mewakili kem penyokong kuat mazhab Syafi’i. Sebelum itu perlu diluruskan, bahawa pendiri mazhab yakni Imam Asy-Syafi’i dan mazhab yang disandarkan kepada beliau merupakan dua entiti yang berbeza. Tidak sedikit amalan yang disandarkan kepada mazhab Syafi’i, namun Imam Asy-Syafi’i rahimahullah sendiri berlepas diri darinya.

Justeru membaca dan mengkaji dua naskah ini dapat memberi penjelasan tentang pola berfikir mazhab Syafi’i. Sekali lagi memahami pola berfikir mazhab Syafi’i, dan tidak semestinya ia bertepatan dengan apa yang dimaksudkan oleh Imam Syafi’i. Untuk memahami secara tepat dan lurus susuk tubuh Imam Syafi’i dan pola pemikirannya, tentu cara yang paling benar ialah mengkaji buku-buku tulisan beliau seperti Al-Umm, Ar-Risalah dan yang lain. Atau setidak-tidaknya mengkaji karya anak-anak muridnya yang utama seperti Imam al-Humaidi, al-Muzani, al-Buwaiti dan tidak terlepas juga ialah ulama yang paling menonjol dalam mazhab Syafi’i, yakni Imam Nawawi rahimahullah.

Buku yang kedua karangan KH Sirajuddin Abbas yang penuh kontroversi akan serangan beliau terhadap kelompoh ahlus sunnah dan tokohnya seperti Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah (dalam bukunya Akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah : baca penjelasan).

Baca lagi

Judul bukunya sahaja sudah menampakkan sikap berlebihan dan fatanik terhadap tokoh dan mazhab tertentu. Dan sikap ini sangat jelas bersalahan dengan sikap Imam Asy-Syafi’i sendiri. Bahkan beliau, Imam Syafi’i melarang pengikut-pengikutnya bertaklid buta terhadapnya. Pesan beliau yang paling utama ialah tetap berpegang teguh dengan Kitab dan Sunnah sehingga diberi gelaran Nashir Sunnah.

Februari 16, 2011

Penulisan Fiqh Al-Shafi’i

Filed under: Fikah & Usul Fikah — Mohd Riduan Khairi @ 4:32 pm

Judul : Penulisan Fiqh Al-Shafi’i ; Pertumbuhan dan Perkembangannya

Penulis : Prof. Madya Dr. Mat Sa’ad Abd Rahman

Penerbit : Penerbitan Hizbi (1986)

Halaman : 81 mukasurat

Bab 1 : Sejarah Hidup

Bab 2 : Al-Shafi’i dan Penulisannya

Bab 3 : Fiqh Al-Shafi’i, Perkembangan dan Penulisannya Sesudah Beliau Wafat

Bab 4 : An-Nawawi dan Penulisan Kitab Minhaj al-Talibin

Naksah ini merupakan perbincangan ringkas berkaitan Imam As-Syafi’i salah seorang imam besar ahlus sunnah wal jama’ah.

Fokus utama buku ini ialah membicarakan pertumbuhan, perkembangan dan proses penulisan mazhab Syafi’i.

Dalam bab akhir, penulis membawakan perbincangan kepada Imam Nawawi, salah seorang imam besar dalam mazhab Syafi’i.

Naskah ini antara naskah awal dalam bahasa Melayu yang saya jumpa.

Theme: Rubric. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.