Mari baca

April 2, 2014

Benarkah Imam Ahmad bin Hanbal mengarang kitab Ar-Rad ala al-Jahmiyah wa al-Zanadiqah (Bantahan terhadap Jahmiyah dan para Zindiq)?

Filed under: Akidah & Manhaj,Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 10:00 am

Benarkah Imam Ahmad bin Hanbal mengarang kitab Ar-Rad ala al-Jahmiyah wa al-Zanadiqah (Bantahan terhadap Jahmiyah dan para Zindiq)?

Syaikh Abdul Aziz As-Sadhan (anak murid Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah) menulis:

Buku ini dicetak lengkap dengan tahqiq, ta’liq serta muqaddimah dalam ilmu kalam dan mazhab-mazhab penghancur ilmu kalam oleh Dr. Abdurrahman Umairah. Dia menyebutkan dalam mukaddimah, bahawa sebahagian ulama’ ragu tentang penisbatan kitab ini kepada Imam Ahmad bib Hanbal. Hujjah mereka ialah perkataan Abdullah bin Ahmad kepada ayahnya, “Mengapa kamu tidak mengarang buku, padahal kamu menyusun al-Musnad?” Maka dijawab, “Aku menyusun buku ini agar ia menjadi petunjuk (dalil) apabila orang-orang berselisih dalam sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam maka ia akan merujuk kepadanya.”

Oleh kerana itu mereka berkata, “Bahawa Imam Ahmad tidak menulis buku kecuali al-Musnad.”

Yang benar bahawa Imam Ahmad menulis buku selain al-Musnad dan orang-orang menggunakannya dan ditetapkan penisbatan buku itu kepadanya dengan dalil yang pasti. Adapun buku ‘Rad Ala Jahmiyah…’ maka Abu Bakar al-Khilal berkata tentangnya, “aku menulis dari tulisan Abdullah dan Abdullah menulisnya dari tulisan ayahnya.”

Al-Qadhi Abu Ya’la berhujjah dengan beberapa kutipan dalam bukunya ‘Ibtal at-Takwil’ dan dia menyebutkan dalam buku ‘Manhaj al-Ahmad fi Tarajim Ashab al-Imam Ahmad’ dan Ibn Qayyim menyebutkannya dalam buku ‘Ijtima’ al-Juyusy al-Islamiyah’ dan dia menetapkan penisbatannya.

Faedah dari “Kitabun, Akhbarun, Rijalun, Ahadith Tahtal Mijhar” oleh Syaikh Abdul Aziz As-Sadhan. Terj oleh Ibnu Ali. Pustaka as-Sunnah 2005.

#ImamAhmad #RebiuBuku #Buku #Kitab #AhmadbinHanbal#Jahmiyah #Radd #Rudud

Mac 19, 2014

3 Kitab Akidah Terbaik: Syaikh Hammad Al-Ansari

Filed under: Akidah & Manhaj,Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 10:00 am
Tags: , , ,

Syaikh Al-Allamah Hammad Al-Ansari rahimahullah mencadangkan beberapa judul buku yang bagus untuk dibaca kepada para pemuda penuntut ilmu. Ia dipetik dari rakaman mp3 yang syaikh sampaikan berkaitan kepentingan membaca buku-buku yang bermanfaat.

Judul tersebut ialah:

1. Kitab As-Sunnah: Imam Ahmad bin Hanbal

2. Kitab As-Sunnah: Abdullah bin Ahmad bin Hanbal

3. Kitab Tauheed: Imam Ibnu Khuzaimah

Rahimahumullah

Sumber: http://aloloomenglish.net/vb/showthread.php?548-The-books-that-Al-Allamah-Hammad-al-Ansaree-suggested-for-the-youth

 

Mac 18, 2014

Manhaj Salaf, Sebuah Buku dan Seorang Petani

Filed under: Akidah & Manhaj,Dakwah,Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 10:00 am

Menemui Manhaj Salaf dari Seorang Petani

Abdul Awal bin Hamad al-Ansari menceritakan dari ayahnya,

“Suatu hari aku menemui Syaikh Hamid Faqeeh dan berkata kepadanya: Berpegang kepada manhaj salaf amat jarang ditemui di Mesir, dan engkau pula berpegang kepada manhaj salaf! Bagaimana engkau menemui manhaj salaf?

Dia bercerita: Aku graduasi dari Universiti Kaherah atau Azhar. Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, aku melewati sebuah ladang dan melintasi seorang lelaki tua sedang duduk di situ. Lalu aku memberi salam kepadanya. Ketika itu aku sedang memegang sijil kelulusan universiti, lalu lelaki itu bertanya: Apa yang yang engkau pegang itu? Aku menjawab: Ini ialah sijil graduasi.

Di sebelah lelaki tua itu ialah Kitab Tauhid dengan penjelasan Fathul Majid. Lelaki tua itu bangun seketika dan pergi menguruskan beberapa perkara. Aku membelek-belek buku tersebut dan kemudian lelaki tua itu datang semula. Aku bertanya kepada lelaki itu tentang buku tersebut lalu aku nyatakan kekaguman aku terhadap buku tersebut. Maka lelaki itu pun mula menjelaskan ‘akidah salaf’ kepadaku.

Dia berkata: “Wahai anakku! Sekarang terserah kepada kamu untuk menyebarkan dakwah tauhid dan akidah salaf, kerana sesungguhnya kamu tidak mempelajari hal ini dari universiti yang kamu pelajari sebelum ini.”

Maka sejak detik itu, aku mula terpanggil kepada akidah salaf.

Dipetik dari ‘‘al-Majmoo’ Fee Tarjama al-Allama al-Muhaddith ash-Shaykh Hamad bin Muhammad al-Ansaari -Rahimullaah- wa Seeratahi wa Aqwaalihi wa Rihlatihi’ oleh Abdul Awal bin Hammad al-Ansari.

Sumber: http://followingthesunnah.wordpress.com/2012/09/13/a-brief-biography-of-shaykh-allaama-al-muhaddith-hamad-al-ansaari/

#ManhajSalaf #Tauhid #AhliHadith #HammadAnsari #Hidayah

Februari 7, 2013

Buku-buku yang dipuji dan disarankan oleh Syaikh Abdul Muhsin Abbad al-Badr

Filed under: Akidah & Manhaj,Al-Qur'an & As-Sunnah,Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 12:22 pm

Buku-buku yang dipuji dan disarankan oleh Syaikh Abdul Muhsin Abbad al-Badr

1. Bidang hadis

• Ujaalatul Imla’ karyan An-Naaji, buku yang sangat bermanfaat sekali. Nama penuh pengarangnya al-Hafidz Burhanuddin an-Naji.
• Buku-buku karya Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah dalam bidang hadis.
• Musnad ad Darimi dan Sunan ad Darimi, keduanya ini hakikatnya adalah satu buku yang sama.
• Tahzibu as Sunan karya Ibnu Qayyim rahimahullah.
• Al Lu’ Lu’ wal Marjan fi ma ittafaqa ‘alaihi asy Syaikhan karya Muhammad Fu’ad ‘Abdul Baqi’. Buku yang sangat bagus. Sanad-sanadnya dihilangkan agar ringkas dan jumlah hadisnya adalah 1906.

2. ‘Aqidah

• Tat hiru al Iktiqad karya ash Shan’ani.
• Syarh ash Shudur fi Tahrimi Raf’il Quburi karya asy Syaukani.
“Syaikh Abdul Musin berkata, “Keduanya adalah dua buku yang mulia. Aku banyak mengambil faedah dari keduanya terutama di dalam bantahanku terhadap Hasan al Maliki.”
• Usul Thalathah karya Syaikhul Islam Ibnul Abdil Wahhab.

3. Bantahan

• At Tankil fi Raddil ‘alal Kauthari karya Mu’alimi al Yamani. Kitab yang baik dan di dalamnya sarat dengan faedah.
• Dahrul Iftira’aat Ahli Zaigh wal Irtiyab ‘an Da;wait al Imam Muhammad bin Abdil Wahhab. Buku yang lurus dan sangat bermanfaat.
• Buku Syaikh Abdul Aziz ar Rayyis di dalam membantah Hasan al Maliki. Buku yang ringkas namun bermanfaat.
• Madarikun Nazhar fis Siyasah.

4. Fiqh

• Kitab Fiqh yang paling luas pembahasannya adalah al Mughni karya Ibnu Qudamah, al Majmu’ karya an Nawawi dan al Istidzkar karya Ibnul Abdil Barr.
• Ahkamul Jana’iz wal Bid’auha karya Syaikh al Albani. Syaikh Abdul Muhsin berkata, “Aku tidak tahu, ada buku yang lebih memadai daripada Ahkamul Janaiz dan buku ini adalah yang paling utama yang pernah ditulis.”
• I’lamul Muwaqqi’in karya Ibnu Qayyim al Jawziyah. Buku agung yang Syaikh menasihatkan para pelajar untuk mempelajarinya dan mengambil faedah darinya. Buku ini mencakup hukum-hukum syar’ie dan penjelasan akan hikmah-hikmahnya.

5. Tafsir
• Tafsir Ibnu Kathir karya al Hafidz Ibnu Kathir. Buku tafsir yang paling bermanfaat.
• Tafsir as Sa’di, buku yang paling cocok bagi para pelajar dan ulama sekalipun.

Dipetik dari:

Syarah Hadits Arbain an Nawawi Plus 8 Hadits Ibnu Rajab; Penjelasan Hadits-hadits Pilihan yang Mencakup Pokok-pokok Ajaran Islam.
Penulis: Syaikh Abdul Muhsin al Abbad, Ulama Ahli Hadis Kota Madinah al Munawwarah.
Penterjemah: Abu Habib Sofyan Saladin
Penerbit: Darul Ilmi Publishing

Ogos 25, 2012

Ringkasan Kitab Aqidah yang Paling Bagus

Apakah kitab aqidah yang paling ringkas dan bagus dalam masalah aqidah?

Syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin: 

Menurutku kitab ringkasan yang paling bagus adalah kitab Aqiidah al-Waasitiyah. Kerana semua pembahasannya dibangun berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah. Semuanya berupa ayat-ayat al hadis.

Adapun kitab Aqidah Tahawiyah (oleh Imam Abu Jaafar Tahawy), juga bagus. Namun masih mempunyai banyak pengulangan dan disamping itu ada pemisahan dalam sesuatu tema.

Seperti misalan engkau mendapatkan pembahasan tentang iradah terletak di awal dan di akhir bab. Maka aku sarankan, untuk belajar kitab Aqidah Wasitiyah yang ditulis oleh Syaikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah, sebelum belajar kitab apa sahaja dalam bab aqidah ini.

Sumber; Ensiklopedia Fatwa Syaikh Uthaimin disusun oleh Syaikh Sholah Mahmud As-Said. Terbitan Pustaka as-Sunnah.

Beli di sini: http://galeriniaga.blogspot.com/2010/03/229-ensiklopedi-fatwa-syaikh-utsaimin.html

Disember 9, 2011

Kitab Tauhid dan Syarahnya oleh Ustaz Muhammad Fashan

Filed under: Akidah & Manhaj — Mohd Riduan Khairi @ 1:23 am

keseluruhan entri ini merupakan salinan dari blog Ustaz Muhammad Fashan.

Pujian Ulama` terhadap Kitab Tauhid Dan Menyebut Kitab Syarah yang Masyhur bagi Kitab Tauhid

Kitab Tauhid merupakan Kitab yang agung dan merupakan antara hasil karya Imam Dakwah Muhammad bin Bin `Abdul Wahhab bin Sulaiman At-Tamimi-rahimahullah-(wafat 1026H) ianya merupakan kitab yang paling baik dalam menjelaskan masalah-masalah berkenaan Tauhid Uluhiyyah atau Tauhid `Ibadah juga dikenali sebagai Tauhid Al-Qasdu wa At-Tholab,juga sebagai Kitab yang paling jitu dalam menjelaskan syubhat-syubhat kaum musyrikin dan ahli bid`ah.Kitab ini diterima dengan baik oleh seluruh kaum muslimin ahli tauhid dan terus menerus dihafal,disyarah diajar,dipelajari dirujuki dan dipegangi oleh ahli tauhid sehinggalah hari ini.

Manhaj Al-Imam Muhammad bin `Abdul Wahhab-rahimahullah-dalam penyusunan dan penulisan kitab ini sebenarnya sama seperti apa yang telah ditempuh oleh salafnya iaitulah Al-Imam Muhammad bin Ismai`l Al-Bukhari-rahimahullah-dalam karyanya Shahih Al-Bukhari begitu juga Imam-Imam Ahli Sunnah yang lain dalam kitab-kitab mereka,hal ini jelas dapat dilihat melalui susunan tertib bab,dan turjumah(munasah bab) yang diletakkan oleh kedua-dua Imam ini dalam Kitab mereka,begitu juga teknik istidlal (penghujahan) yang menggunakan bab dan meletakkan nas berupa ayat-ayat Al-Quran,hadith-hadith Nabi sallallahu`alaihiwasallam serta athar-athar salaf sebagai penjelas kepada tajuk bab,ianya juga bertindak sebagai penguat dan pentafsir kepada apa yang ingin disampaikan oleh penulis.

Pujian Para Ulama` ke atas Kitab Tauhid Imam Muhammad bin `Abdul Wahhab-rahimahullah-.

Kata Syeikh Sulaiman bin `Abdul Wahhab bin Muhammad bin `Abdul Wahhab-rahimahullah-( wafat 1233H) berkenaan Kitab Tauhid dalam ” Taysir Al-`Aziz Al-Hamid” hlm 24 : ” Ianya Kitab yang unik dalam bidangnya,tidak didahului oleh pendahulu,dan tidak akan disusuli dengan penyusul”.

Syeikh `Abdul Rahman bin Hassan bin Muhammad bin `Abdul Wahhab-rahimahullah-( wafat 1285H): ” Beliau telah mengumpul dengan ringkasnya dan mempunyai kebaikan yang sangat banyak,ianya mengandungi dalil-dalil Tauhid dan apa yang sudah mencukupi bagi sesiapa yang diberi taufiq oleh Allah,dan menjelaskan dalamnya dalil-dalil pada menjelaskan syirik yang ianya tidak akan diampunkan oleh Allah.”

Syeikh Al-`Allamah Al-Muarrikh Ibnu Basyar-rahimahullah-(wafat 1290H) dalam “`Unwan Al-Majd”: ” Tidak ada para penulis yang menulis dalam bidangnya yang lebih baik darinya,kerana sesungguhnya ianya sangat baik padanya dan beliau telah menyusunnya dengan penuh teliti,dan telah mencapai tahap kemuncak dan objektif”.

Syeikh `Abdul Latif bin `Abul Rahman bin Hassan Aalu Syeikh-rahimahullah-( wafat tahun 1293H) dalam “Ad-Durar As-Saniah 1/377″
” Beliau telah menulis kitabnya yang masyhur dalam masalah Tauhid,dan dia meingisytiharkan dakwah kepada jalan Al`Aziz Al-Hamid,dan dibaca kepadanya Kitab yang sangat berfaedah ini,dan telah mendengar darinya ramai di kalangan mereka yang mempunyai murid dan mustafid(pengajar),dan telah tersebarnya naskhah di pelbagai Negara,telah tersebar penyebutannya baik di tanah yang rendah dan tanah tinggi,dan berjayalah orang yang bersahabat dengannya(kitab tauhid) dan orang yang mengambil faedah(darinya),sesiapa yang yang menunggalkan tujuan(semata kerana Allah) maka selamatlah dia daripada orang yang sangat jahat,pelampau dan kerosakan,dan makin ramai-segala puji bagi Allah- pencintanya dan tentera-tenteranya..-selesai perkataan beliau-

Dan Para Ulama sering mewasiatkan agar menghafal “Kitab Tauhid” antara mereka ialah Syeikh Abdul Rahman bin Nasir As-Sa`di-rahimahullah-( wafat 1376H) sebagaimana disebutkan dalam “Al-Fatawa As-Sa`diah hlm 38″

Diantara para ulama yang juga mewasiatkan agar mempelajarinya dan mengajarkannya iaitu Syeikh Muhammad bin Ibrahim Aalu Syeikh-rahimahullah-(wafat 1389H),beliau menyebut dalam suratnya kepada salah seorang Qadi dalam “Majmu` Fatawanya 13/205 “: ” Hendaklah kamu-dengan sifat kamu sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap apa yang telah Allah lantik kamu( sebagai Qadi) iaitu dengan kamu memilih satu waktu daripada waktu-waktu kamu,kamu duduk dalam waktu tersebut di pasar dibaca kepada kamu “Kitab Tauhid” dan kamu berbicara dengan apa yang mudah….”

Syeikh Abdul Rahman bin Muhammad bin Qasim-rahimahullah-(wafat 1392H)- Dalam Hasyiahnya atas Kitab Tauhid hlm 7,berkata: Kitab Tauhid yang ianya ditulis oleh Syeikhul Islam Muhammad bin `Abdul Wahhab-moga Allah mengurniakan kepadanya ganjaran dan pahala- tidak ada tandingan dalam kewujudannya,sesungguhnya dia telah menjelaskan di dalamnya Tauhid yang Allah telah mewajibkannya ke atas hamba-hambaNya dan penciptaan mereka adalah disebabkan olehnya,dan disebabkannya(tauhid) Dia telah mengutuskan rasul-rasulNya,dan menurunkan kitab-kitabNya,dan beliau menyebutkan apa yang menafikan tauhid daripada syirik akbar atau yang menafikan kesempurnaanya yang wajib daripada syirik asghar(kecil) dan bid`ah dan apa yang boleh mendekatkan daripada hal tersebut atau yang boleh menyampaikan kepadanya,disebabkan itu ianya menjadi sesuatu yang mengagumkan dalam bidangnya yang tidak pernah didahului oleh para pendahulu,ianya menjadi tanda bagi ahli tauhid,dan hujjah ke atas mulhidin(para musyrikin) dan ianya menjadi masyhur,dan para penuntut ilmu menumpukan diri untuk mempelajarinya,dan sehinggalah menjadi kebiasaan orang menghafalnya daripada hati,dan telah meliputi manfaat dengannya.

Syeikh Sulaiman bin Hamdan-rahimahullah-(wafat 1397H) dalam Muqaddimahnya dalam Kitabnya ” Ad-Dur An-Nadhid Syarh Kitab Tauhid hlm 5″ : “Kitab Tauhid penyusunannya sangat mengagumkan,sangat besar manfaatnya,aku tidak pernah melihat sesiapa pun yang mendahuluinya hinggalah yang semisalnya,ataupun yang mengarang dalam bidang ini,maka setiap bab daripadanya terdapat kaedah daripada kaedah-kaedah yang dibina di atasnya faedah-faedah yang banyak,dan paling ramai manusia pada zamannya sungguh telah terjebak dalam syirik akbar dan asghar,dan mereka ber`itikad(meyakini) hal (kesyirikan) tersebut sebagai agama,mereka tidak bertaubat daripadanya dan tidak juga memohon keampunan,maka beliau pun mengarangnya berdasarkan pengalaman dan penyaksiannya terhadap realiti,maka ketika itu kitab tersebut merupakan ubat sebagamana ubat-ubat yang bermanfaat.”

Syeikh `Abdul Rahman Al-Jutaili-rahimahullah-(wafat 1404H) berkata: ” Kitab Tauhid yang merupakan hak Allah ke atas para hamba merupakan daripada kitab-kitab yang paling besar manfaatnya dalam mengenali Tauhid dan pembahagiannya,dan tahzir(peringatan) daripada syirik dan jenis-jenisnya,dan sebagai penutup bagi jalan-jalan(sebab-sebab) yang boleh membawa kepadanya(syirik) dan penjelasan tentang perkara-perkara yang samar dan apa yang mendekatkan daripadanya”

Syeikh `Abdul `Aziz bin Baz-rahimahullah-( wafat 1420H) menggalakkan agar para penuntut ilmu menghafalnya dan memberi perhatian dengannya,beliau berkata: ” Aku mewasiatkan saudara-saudaraku para penuntut ilmu agar memberi perhatian dengan Al-Quran dan As-Sunnah dengan perhatian yang sangat sempurna juga dengan kitab-kitab Akidah dan menghafal apa yang dipermudahkan daripadanya,kerana sesungguhnya ianay adalah asas dan ringkasan daripada ilmu-ilmu Al-Kitab dan As-Sunnah seperti “Kitab Tauhid” oleh Syeikhul Islam Muhammad bin `Abdul Wahhab-rahimahullah-”.

Syeikh `Abdullah Al-Bassam-rahimahullah-(wafat 1423H) dalam “Ulama` Najd 1/149,tentang “Kitab Tauhid”,beliau berkata: ” Ianya merupakan kitab-kitab yang paling berharga,dan tidak ada yang pernah menulis semisalnya”.

Syeikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi`i-rahimahullah-(wafat 1422H) dalam kitabnya ” Al-Muqtarih Fi Ajwibah Ba`dhi As`ilah Al-Mustalah hlm 138 : ” Dan daripada kitab-kitab yang berharga yang tidak dapat tidak perlu ada bagi seorang muslim,Kitab “Fathul Majid Syarh Kitab Tauhid”, “Kitab Tauhid” oleh Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahhab-rahimahullah ta`ala- beliau berkata lagi: ” Ianya merupakan daripada karya teragung daripada tulisan-tulisan Al-Imam Al-Mujaddid Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahhab.”

Syeikh Soleh Al-Fauzan-hafizahullah- dalam kitabnya ” `Ianatul Mustafid Syarh Kitab Tauhid 1/18, berkata:” Kitab ini merupakan daripada kitab-kitab yang paling berharga yang pernah ditulis dalam bab tauhid kerana ianya berasaskan Al-Kitab dan As-Sunnah”.

Dan banyak lagi para ulama` yang memuji dan menasihatkan agar mempelajari Kitab Tauhid memberi perhatian terhadapnya.Dan ianya mempunyai pelbagai makhtutat(tulisan tangan) dan matbu`ah(yang dicetak) dan diulang cetak oleh pelbagai  percetakan dan ianya ditahqiq dan disyarah oleh hampir ratusan ulama` yang hanya Allah mengetahui bilangan mereka.

Antara Kitab-Kitab Syarah bagi Kitab Tauhid

1 . Taysir Al-`Aziz Al-Hamid Fi Syarh Kitab Tauhid oleh cucu penulis,Syeikh Muhaddith Al-Faqih Sulaiman bin `Abdullah bin Muhammad bin `Abdul Wahhab-rahimahullah-(wafat 1233H).

Ianya merupakan syarah Kitab Tauhid yang paling awal dan yang paling panjang,tetapi ianya tidak sempat disempurnakan oleh penulis kerana beliau dibunuh oleh Raja Mesir ketika itu iaitu Ali Pasya.

2. Tahqiq At-Tajrid Fi Syarh Kitab Tauhid oleh Syeikh Abdul Hadi bin Muhammad bin `Abdul Hadi Al-Bakri Al-`Ujaili-rahimahullah-(wafat 1262H).

3. Fathul Majid Syarh Kitab Tauhid oleh Syeikh Al-`Allamah Al-Muhaqqiq `Abdul Rahman bin Hasan bin Muhammad bin `Abdul Wahhab-rahimahullah-(wafat 1285H) -Beliau-rahimahullah-meringkaskan syarahan daripada Kitab Taysir Al-`Aziz Al-Hamid,dan menambah dengan kalam-kalam ulama`.Ianya diulang cetak beberapa kali,antara cetakan yang masyhur:

  • a. Cetakan Pertama dicetak oleh Al Matba`ah Al-Ansariah di Delhi(India) pada tahun 1311 Hijrah . Cetakan Kedua dicetak oleh Al-Matba`ah As-Salafiyyah di Mesir pada tahun 1347 Hijrah. Cetakan Ketiga dicetak oleh Matba`ah Ansar As-Sunnah Al-Muhammadiah pada tahun 1357 Hijriah dengan tahqiq serta ta`liq Syeikh Muhammad Hamid Al-Faqi rahimahullah.Cetakan keempat dicetak oleh percetakan yang sama pada tahun 1362 Hijriah.

Cetakan itu terus menerus hinggalah hari ini,dan menurut Syeikhuna Dr Su`ud bin `Abdul `Aziz Ad-Da`jan-hafizahullah- tahqiq bagi Fathul Majid Syarh Kitab Tauhid yang terbaik adalah tahqiq oleh Syeikh Dr Al-Walid bin `Abdul Rahman bin Muhammad Aaali Faryan-hafizahullah- kerana ianya berdasarkan tiga naskhah makhtutah(tulisan tangan) dan dua naskhah matbuah(yang telah dicetak).

4.Qurratu `Uyun Al-Muwahhidin Fi Tahqiq Da`wah Al-Anbiya` wal Mursalin oleh Syeikh Abdul Rahman bin Hassan bin Muhammad bin `Abdul Wahhab-rahimahullah(pengarang Fathul Majid) ianya merupakan hasyiah(catatan kaki) beliau ke atas Kitab Tauhid.

5. Fathul Hamid Al-Majid fi Syarh Kitab Tauhid oleh Syeikh Hamid bin Muhammad bin Hassan bin Muhsin-rahimahullah- pertama kali dicetak di Percetakan Al-Quran Wa As-Sunnah di India pada tahun 1317 Hijrah dengan bilangan 161 muka surat, kemudian dicetak dan disebarkan oleh Darul Muayyad di Riyadh pada tahun 1417 Hijrah dalam satu jilid dengan tahqiq dan ta`liq Syeikh Bakr bin `Abdullah Abu Zaid.

6. Ibtal At-Tandid bi Ikhtisar Syarh Tauhid oleh Syeikh `Alim Al-`Allamah Hamd bin `Ali bin `Atiq-rahimahullah-(wafat 1301H)

7. Al-Qaul As-Sadid fi Maqasid At-Tauhid oleh Syeikh `Abdul Rahman bin Nasir As-Sa`di-rahimahullah-(Pengarang Tafsir As-Sa`di) (wafat 1376H)-

8.Ad-Dur An-Nadhid `Ala Abwabi At-Tauhid oleh Syeikh Sulaiman bin `Abdul Rahman Al-Hamdan-rahimahullah- (wafat 1397H)

9. Hasyiah Kitab Tauhid oleh Syeikh `Abdul Rahman bin Muhammad bin Qasim Al-`Ashimi An-Najdi Al-Hanbali –rahimahullah-(wafat 1392H).

10. Al-Jadid Fi Syarh Kitab Tauhid oleh Syeikh Muhammad bin`Abdul `Aziz As-Sulaiman Al-Qar`awi–

11. Al-Jami` Al-Farid Lil As`ilah wal Ajwibah Fi `Ilmi Tauhid oleh Syeikh `Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim Al-Jaarullah –rahimahullah-(wafat 1414H)

12. Ifadatul Mustafid bi Syarh Kitab Tauhid oleh Syeikh `Abdul Rahman bin Hamd bin Ahmad bin Muhammad Al-Jutaili-rahimahullah- (wafat 1406H)

13. At-Ta`liq Al-Mufid `Ala Kitab Tauhid oleh Syeikh Abdul `Aziz bin Abdullah bin Baz-rahimahullah- (wafat 1420H)

14. Al-Qaul Al-Mufid `Ala Kitab Tauhid oleh Syeikh Muhammad bin Soleh Al-`Uthaimin-rahimahullah-

15. `Ianatul Mustafid Syarh Kitab Tauhid oleh Syeikh Soleh bin Fauzan Al-Fauzan-hafizahullah-

16. At-Tamhid Syarh Kitab Tauhid oleh Syeikh Soleh bin `Abdul `Aziz Aalu Syeikh-hafizahullah-

Dan banyak lagi Kitab Syarah,ta`liq ,rakaman suara syarah kepada Kitab Tauhid yang disyarahkan oleh para ulama` dan masyaikh. Semoga kita dapat memepelajari dan menguasai Kitab Tauhid mengamalkannya serta menyebarkannya agar ianya dapat memberi manfaat kepada kaum muslimin.

Disediakan oleh:
Abul Hussein Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi
Kuliah Dakwah dan Usuluddin
Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah
14 Muharam 1432H
_________________________________________________________________________

Makhtutat( Tulisan Tangan) naskhah Kitab Fathul Majid karya Syeikh `Abdul Rahman bin Hassan-rahimahullah- mengandungi seratus lapan puluh lima muka surat,dimiliki oleh`Abdullah bin `Ali Aaalu Hammad  ditulis pada tahun 1308 Hijrah dengan tulisan `Abdul Rahman bin Daud bin Sulaiman bin Turki Aaali Dhuhayyan.

Sebahagian daripada naskhah makhtutat Hasyiah,Ikhtisar atau Syarah bagi Kitab    Tauhid oleh para Ulama`antaranya Kitab Ibtal An-Nadhid bi Ikhtisar Syarh At-Tauhid oleh Syeikh `Alim Al-`Allamah Hamd bin `Ali bin `Atiq-rahimahullah-(wafat 1301H)

November 9, 2011

Dasar-Dasar yang Berfaedah Dalam Tauhid, Fiqh dan Akidah

Filed under: Akidah & Manhaj — Mohd Riduan Khairi @ 5:34 am

Judul Asal: al-Mabadiu al-Mufidah fi at-Tauhid wa al-Fiqh wa al-Aqidah

Penulis : Syaikh Al-Allamah Al-Muhaddith Abu Abdurrahman Yahya bin Ali Al-Hajuri Hafidzahullah

Penterjemah : Abu Ayyub Muhammad Fashan bin Ahmad Zaidi

Penerbit : Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (2011)

Halaman : 100 mukasurat

Beli di galeriniaga.

Syaikh Yahya bin Ali Al-Hajuri adalah anak murid terpilih Syaikh Abu Abdurrahman Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullah, seorang ulama’ salaf yang paling terkenal di Yaman. Beliau mengajar di Darul Hadith Dammaj, Yaman, sebuah pusat pengajian ilmu Islam khususnya hadits yang dihadiri sejumlah 5000 orang penuntut ilmu dari seluruh dunia. Setelah Syaikh Muqbil meninggal, Syeikh al-Hajuri telah mengambil alih pengurusan Darul Hadith tersebut hingga ke hari ini.

Manakala penterjemahnya pula, Ustaz Muhammad Fashan merupakan lulusan Darul Hadith Dammaj dan kini sedang melajutkan pengajian di Universiti Islam Madinah.

Takdirnya, ketika menamatkan bacaan naskah ini, kami mendapat berita bahawa ikhwah (baca : saudara-saudara) kita di Dammaj sedang bertempur dengan puak Syiah Rafidhah yang sudah mengepung mereka sejak beberapa minggu. Semoga Allah menguatkan hati dan kaki mereka atas manhaj yang benar dan mengalahkan musuh-musuh Islam.

Rebiu

Saya paling terkesan membacakan prakata yang dibawakan oleh penulis. Syaikh memulakan naskah ini dengan membawakan sebuah ayat al-Qur’an dan sebuha hadis yang sangat signifikan.

Di dalam Surah al-Baqarah, ayat ke 133, Allah berkata yang maksudnya,

 “Adakah kamu hadir ketika Ya’kub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya : Apa yang kamu akan sembah setelah kematianku? Mereka menjawab : Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishak, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya.”

Kemudian beliau membawakan sebuah hadis sahih oleh Imam Tirmidnzi yang dilaporkan oleh sahabat Abdullah bin Abbas,

“Suatu hari saya pernah di belakang Nabi Shallahu ‘Alaihi wa Sallam , kemudian beliau bersabda kepadaku: Hai anak, sesungguhnya aku (akan) mengajarkan kepadamu beberapa kalimat: Jagalah (hak) Allah, niscaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, niscaya engkau dapati Dia ada dihadapanmu. Apabila engkau memohon, maka moholah kepada Allah. Dan apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan kepada Allah. Dan ketahuilah, bahwa umat, seandainya mereka berkumpul (bersepakat) untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan (bisa) memberimu suatu manfaatpun melainkan (sebatas) telah ditakdirkan oleh Allah bagimu, dan apabila mereka berkumpul (bersepakat) untuk menimpakan bahaya kepadamu dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan (bisa) menimpakan suatu bahaya apapun kepadamu melainkan dengan sesuatu yang telah ditakdirkan Allah atasmu. Pena-pena telah diangkat dan lembar-lembar (tulisan takdir) telah kering.”

Syaikh menunjuk dan membuktikan bahawa pendidikan yang paling asas, utama dan penting bagi seorang anak manusia ialah akidah. Ia bermula sedari anak sekecil Abdullah bin Abbas (ketika Nabi wafat beliau hanya berusia 10 tahun sahaj) sehinggalah sang ayah itu sendiri yang wafat. Lihat apa yang dipesankan oleh Nabi Ya’kub kepada anak-anaknya, walhal anak-anaknya tentu sudah dewasa. Tentu sahaj sebagai Nabi beliau sudah menanamkan didikan akidah sejak anaknya masih kecil. Bahkan ada dari kalangan anaknya diangkat menjadi Nabi seperti Nabi Yusuf dan sebahagian orang mengatakan Bunyamin juga adalah Nabi. Namun Ya’kub tetap memesankan kata-kata azimat tentang penyembahan dan pengabdian kepada Allah.

Dasar-Dasar Akidah

Naskah ini disarikan dalam bentuk termudah yakni dalam bentuk tanya jawab. Bermula dari soalan

 

1.“Siapakah yang menciptakanmu?”

11. “Apakah hukum melukis gambar makhluk bernyawa?”

13. “Apakah maksud ibadah?”

14. “Di mana Allah?”

47. “Apakah hukum demokrasi?”

49. “Apakah hukum hizbiyah (berkelompok-kelompok)?”

Semua soalan-soalan ini dijawab ringkas namun tetap disertai dengan dalil. Bukan seperti buku Ustaz Azhar Idrus yang diterbitkan oleh Pts. Ianya ringkas, namun rakyu semata tanpa dalil. Bahkan jika disemak semula jawapannya itu sebahagiannya bahkan menyalahi dalil al-Kitab dan as-Sunnah, hanya akal-akalan semata-mata. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada pengarang dan penerbit tersebut untuk kembali kepada manhaj yang hak yakni manhaj para salafussoleh.

Selepas membahaskan akidah, Syaikh menjelaskan pula dasar-dasar fiqh bermula dari wudu hingga ke bab solat, zikir-zikir dan terakhir ialah nama Allah Yang Indah serta dalil yang mendasarinya.

November 2, 2011

34 Benteng Penangkal Syaitan

Filed under: Akidah & Manhaj — Mohd Riduan Khairi @ 12:58 pm

Judul Asal : Al-Hishn al-Hashiin Min Asy-Syaitaan Ar-Rajiim

Penulis : Abdul Hadi bin Hasan Wahbi

Penterjemah : Abu Khansa Suharlan Madi, Lc

Penerbit : Pustaka Darul Ilmi, Bogor 2009

Harga : RM 30, beli di galeriniaga.

Buku ini saya capai untuk mendapatkan pemahaman dan bahan untuk memberi respon kepada isu cerita hantu yang ‘panas’ akhir-akhir ini.  Ia bukan isu baharu dan ‘semasa yang akan luput ditelan masa’. Sebaliknya ia isu yang akan selalu berulang dan berulang sehingga hari kiamat. Kerana ia berkaitan dengan urusan agama dan termasuk dalam bahagian yang mendasar dan paling penting iaitu akidah ; keyakinan dan kepercayaan terhadap perkara ghaib.

Naskah ini menghimpukan usaha-usaha syaitan untuk mengganggu anak-cucu Adam alaihissalam dan juga kaedah-kaedah mengatasinya. Semuanya disari berdalilkan Al-Qur’an dan as-Sunnah. Ini sesuai dengan manhaj salafussoleh ketika membicarakan tentang hal-hal yang ghaib seperti syaitan dan gangguan-gangguannya. Tidak ada sesiapun yang mengetahui akan hal mereka melainkan apa yang dikhabarkan oleh Allah dan RasulNya.

Saya berminat untuk memetik beberapa hadis yang agak jarang kita dengar dan ketahui maksudnya, tentang syaitan.

Tempat Duduk Syaitan

Diriwayatkan dari seorang lelaki dari kalangan sahabat-sahabat Nabi selawat dan salam buat beliau, bahawasanya Nabi melarang menduduki (tempat) yang ada di antara sinar matahari dan bayangan. Beliau berkata, “(Itu adalah) tempat duduk syaitan.”

(HR Ahmad, statusnya hasan)

Bagaimana Merobek Rahang Syaitan?

Diriwayatkan oleh sahahat Buraidah, semoga Allah redha kepadanya bahawa Nabi Muhammad, selawat dan salam buatnya berkata,

“Tidaklah seorang lelaki mengeluarkan sedikit dari sedekahnya melainkan dengan sedekah itu dia merobek dua rahang tujuh puluh syaitan.”

(HR. Al-Hakim : 1/417. no 1521 dipersetujui oleh Imam Adz-Dzahabi)

Kasut atau Sandal Syaitan

Diriwayatkan dari Abu Hurairah semoga Allah redha kepadanya, bahasa Nabi pernah berkata,

“Sesungguhnya syaitan itu berjalan dengan memakai sebelah sandal.”

(HR At-Tahawy dalam Musykil Al-Atsar, dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani)

Beberapa Benteng dan Penangkal Syaitan yang Jarang Kita Ketahui

1. Solat Menghadap Sutrah

Dari sahabat Sahl bin Abu Hatsmah semoga Allah redha kepadanya, Nabi berkata,

“Apabila salah seorang dari kalian solat menghadap sutrah, maka hendaklah dia mendekati sutrah itu, agar syaitan tidak dapat membatalkan solatnya.”

(HR Abu Dawud, dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani) 

2. Berjemaah dalam Safar (mengadakan perjalanan jauh)

Dari sahabat Abdullah bin Umar semoga Allah redha kepadanya, Nabi berkata,

“Satu musafir adalah syaitan, dua musafir adalah syaitan, sedangkan tiga musafir adalam para musafir.”

(HR Abu Dawud, dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani)

3. Melurus dan Merapatkan Saf  Solat

Dari sahabat Anas bin Malik semoga Allah redha kepadanya, dari Nabi,

“Rapatkanlah barisan-barisan solat kalian, saling mendekatlah di antaranya, dan sejajarkanlah dengan leher-leher. Demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya sesungguhnya aku benar-benar melihat syaitan masuk di celah-celah barisan seakan-akan dia dalah al-Hadzaf (kambing kecil berwarna hitam).”

(HR Abu Dawud, dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani)

4.  Mohon ‘Ta’awudz’ (Mohon Berlindung Dengan Allah) Ketika Mendengar Nyalakan Anjing dan Ringkikan Keldai

Dari Jabir bin Abdillah, Nabi berkata,

“Apabila kalian mendengar nyalakan anjing dan ringkikan keldai pada waktu malam, maka belindunglah kalian kepada Allah dari syaitan. Sesungguhnya mereka melihat apa yang kalian tidak lihat.”

(HR Ahmad, Bukhari dalam Adabul Mufrad dan Abu Dawud, dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani)

Demikian beberapa petikan dari hadis-hadis Nabi yang mulia tentang syaitan, sifat-sifatnya dan beberapa kaedah menghindarinya. Semoga beroleh manfaat.

Oktober 31, 2011

Syarah Kasyfu Syubhat

Filed under: Akidah & Manhaj — Mohd Riduan Khairi @ 7:57 am
Title: Syarah Kasyfu Syubuhat dilengkapi Syarah Ushulus Sittah Membongkar Akar Kesyirikan
Judul Asli: Kasyfu Syubuhat/Syarah Ushulus Sittah
Author: Syaikh Muhammad B. Soleh al-’Utsaimin
Karya asal oleh Syaikh Muhammad B. ‘Abdil Wahhab
Publisher: Media HidayahPrice:  RM18 (beli di galeriniaga)
Weight:300g
Kitab ini khusus di karang dan disusun untuk membuat bantahan terhadap syubhat-syubhat yang dikemukakan oleh ahli bid’ah. Terutama yang berkaitan isu akidah dan amalam-amalan syirik.
Catatan : syubhat ialah keraguan-keraguan berkaitan urusan agama. Para ulama membahagikan fitnah atau ujian kepada umat Islam terbahagi kepada dua. Pertama ialah ujian atau godaan syahwat yakni nafsu seperti harta, wanita, pangkat dan sebagainya. Kedua ialah fitnah syubuhat, yakni keraguan-keraguan di dalam hati. Kedua-duanya merbahaya kepada agama. Namun para ulama menyebutkan fitnah syubhat jauh lebih berbahaya berbanding fitnah syubhat.
Secara umum, format naskah ini ialah mengemukakan syubhat yang muncul dalam maysrakat dan kemudian baharulah pengarang rahimahullah mengemukakan bantahan. Dan ia disyarahkan (penjelasan dan keterangan) oleh ulama semasa yang sangat disegani yakni Syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin. Beliau diberi jolokan Faqiihuz Zaman.

Kaedah mengemukakan keraguan dan bantahan ini bukanlah asing. Buktinya sebahagian bahkan kebanyakan penghujahan yang dikemukakan oleh pengarang berasal dari Al-Qur’an sendiri. Beliau hanya menukil dan menjelaskan semula.

Pada awal naskah penulis menyatakan,

Saya akan menuturkan kepada anda beberapa hal([1]) yang sudah disebut oleh Allah dalam kitab-Nya sebagai jawaban terhadap suatu ucapan yang dipakai hujjah oleh orang-orang musyrik pada zaman kami(yang ditujukan) kepada kami. Maka, kami akan katakan: Jawaban untuk para pengikut kebatilan itu ada dua cara:

1-Mujmal (secara global)

2-Mufashshal (secara terperinci).

Jawaban secara mujmal itu merupakan sesuatu yang agung dan merupakan pelajaran yang besar bagi orang-orang yang mau memikirkannya. Hal itu adalah firman Allah I:

هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ مِنۡهُ ءَايَـٰتٌ۬ مُّحۡكَمَـٰتٌ هُنَّ أُمُّ ٱلۡكِتَـٰبِ وَأُخَرُ مُتَشَـٰبِهَـٰتٌ۬‌ۖ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِمۡ زَيۡغٌ۬ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَـٰبَهَ مِنۡهُ ٱبۡتِغَآءَ ٱلۡفِتۡنَةِ وَٱبۡتِغَآءَ تَأۡوِيلِهِۦ‌ۗ وَمَا يَعۡلَمُ تَأۡوِيلَهُ ۥۤ إِلَّا ٱللَّهُ‌ۗ وَٱلرَّٲسِخُونَ فِى ٱلۡعِلۡمِ يَقُولُونَ ءَامَنَّا بِهِۦ كُلٌّ۬ مِّنۡ عِندِ رَبِّنَا‌ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

“Dialah yang menurunkan Al-Kitab (Al-Qur’an) kepada kamu, diantara (isi)nya ada ayat-ayat yang muhkamat, itulah pokok-pokok isi Al-Qur’an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan , maka mereka mengikuti ayat-ayat mutasyabihat dari padanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari takwilnya”(QS. Ali Imran:7).

Sebuah hadits shahih (dalam shahih Bukhari dan muslim) dari ‘Asyiah radhiyallahu ‘anha, bahwasanya Rasulullah e bersabda:

(( إِذَا رَأَيْتُمْ الَّذِيْنَ يَتَّبِعُوْنَ مَاتَشَابَهَ مِنْهُ فَأُولَئِكَ الَّذِيْنَ سَمَّى الله فَاحْذَرْهُمْ ))

“Jika kalian melihat orang-orang yang mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihat, maka mereka itulah orang-orang yang disebut oleh Allah: (dengan sebutan “fi qulubihim zaigh”), maka waspadalah kalian terhadap mereka.”

Boleh baca nukilan penuh kitab ini di sini.

Saya sangat puas hati membaca naskah ini. Dan berharap dapat menekuni lagi (seandainya ada) syarah dari ulama’ lain tentang kitab ini. Seakan tidak puas membaca syarah Syaikh Ibn Uthaimin, agak ringkas pada sebilangan bab.

Ia memberi pencerahan pada banyak isu yang bermunculan akhir-akhir ini berkaitan isu akidah. Ia merupakan teks yang wajib bagi penuntut ilmu, dan berupaya menjadi benteng akidah yang mapan dari perbuatan syirik. Wallahuaklam.

Mac 31, 2011

Telah Datang Zamannya

Judul : Telah Datang Zamannya

Penulis : Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat

Penerbit : Pustaka Muawiyah bin ABi Suffyan

Sahabat Ali bin BI Thalib (semoga Allah redha kepadanya) menceritakan, “Apabila aku memberitahu kalian tentang hadis dari Rasulullah (selawat dan salam buat beliau), maka sesungguhnya kalau aku tersungkur dari langit lebih aku sukai daripada aku berdusta atas nama beliau. Dan apabila aku menceritakan kepada kalian apa yang terjadi antara aku dan kalian, maka sesungguhnya peperangan itu tipu daya. Aku pernah mendengar Rasulullah berkata,

“Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu golongan yang terdiri daripada orang-orang muda dan lemah akalnya (bodoh). Mereka mengucapkan dari perkataan sebaik-baik makhluk (yakni Rasulullah iaitu firman Allah, Al-Qur’an). Mereka telah daripada Islam saperti anak panah yang keluar dari busurnya. Iman mereka tidak lepas dari kerongkongan mereka sahaja. Dimana sahaja kamu dapat menjumpai mereka, maka bunuhlah mereka itu. Siapa yang membunuh mereka, kelak akan mendapat pahala dihari kiamat”.

(Hadis Rekod Bukhari & Muslim)

Hadis ini merupakan satu dari 35 hadis tentang zaman akhir. Ia dipilih, disaji dan dijelaskan oleh seorang sarjana hadis terkemuka dari Indonesia. Beliau, Ustaz Abdul Hakim Amir Abdat.

Pengarang

Tidak kenal makanya tidak cinta. Saya lebih biasa (membaca dan mendengar rakaman) dari ustaz dan pendakwah lain dari Indonesia berbanding Ustaz Hakim, walaupun dari sudut senioriti dan ilmu beliau menyerlah terutama dalam bidang hadis. Ini dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah bahasa Melayu ustaz Hakim sedikit lebih pekat Indonesianya berbanding ustaz-ustaz yang lain seperti Ustaz Yazid (buku-buku beliau sangat cemerlang bahasa dan editingnya) dan Ustaz Armen Halim Naro rahimahullah (sementelahan beliau orang Sumatra). Di tambah kualiti rakaman di majlis kuliah beliau kurang memuaskan.

Namun persepsi terhadap pengarang ini berubah selepas saya menghadiri secara langsung majlis pengajian kitab Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari di Jakarta baru-baru ini. Di tambah lagi selepas selesai membaca naskah buku yang sedang kita bicarakan ini.

Rebiu

Akhir zaman, umat Islam dan umat manusia dilanda berbagai situas dan situasi yang meresahkan. Dengan menolak ketepi isu alam sekitar,perubahan iklim dan struktur geografi ; manusia sahaja sudah berevolusi. Macam-macam kerenah dan musibah melanda peradaban manusia. Dari kepelikan tingkah-laku bersoasial, sehinggalah keanehan dan beragamnya cara manusia beragama.

Dalam Islam sendiri muncul golongan yang menolak hadis hanya menerima Al-Qur’an sebagai hukum agama. Kemudian ada yang mengaku menjadi Nabi. Ada yang bercakaran sesama umat Islam menyalahkan kamu salah dan kami benar. Walaupun keduanya solat dan berimej Islam.

Naskah kecil ini menghimpunkan hadis-hadis tentang akhir zaman. Ia memberi jawapan kepada banyak persoalan yang timbul. Antara hadis yang dibicarakan termasuk :

1. Orang Islam Belajar Dari Ahli Bid’ah
10. Datang Zaman Pemerintah Umat Islam Bodoh
12. Orang Mengingkari Sunnah Nabi
27. Berpegang Dengan Agama Seperti Menggenggam Bara Api
28. Banyaknya Penceramag Namun sedikitnya Ulama’
29. Pembaca Al-Qur’an Dibayar dan Meminta Bayaran

Dan banyak lagi kajian yang menarik.

Ikuti kajian bedah buku untuk naskah ini :

Laman Berikutnya »

The Rubric Theme. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.