Mari baca

Jun 16, 2013

Buku-Buku Tentang Sufi dan Tasauf

Filed under: Adab & Akhlak,Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 10:00 am

Tadi malam seorang sahabat yang mempunyai sebuah perpustakaan peribadi sebesar banglo meminta cadangan buku-buku tentang sufi dan tasawuf. Beliau memanjang permintaan dari kenalannya. Berikut petikan dari jawapan itu:

… Tasawuf dalam maksud adab membersihkan hati serta membaiki akhlak sesuai dengan ajaran al Qur’an dan Sunnah Nabi. Itu tasauf yang sahih.

Manakala tasawuf dan sufi yang mengajar orang tidak solat, bersuluk di tempat tertentu dengan ritual yang tidak diajar oleh Nabi itu adalah tasawuf yang sesat dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Wallahuaklam saya tidak pasti tasauf yang mana dimaksudkan. Dengan sangkaan baik maka saya rekomen beberapa judul berkaitan penyucian hati dan akhlak. Sebahagiannya saya sudah baca dan ambil faedah. Ada yang belum saya baca, namun saya rekomen berdasarkan penilaian orang lain yang sudah membacanya.

1. Tazkiyatun Nufus: Syaikh Salim Eid al Hilali. Pustaka Imam Asy Syafie.

Ini saya sudah baca dan huraian ringkas danterus kepada poin. Penulis ialah ulama’ hadith dari Jordan, anak murid kanan Syaikh al Albani rahimahullah. Di awal buku ini penulis bawakan kisah-kisah bagaimana para Nabi menyucikan hati mereka.

2: Buku Putih Ihya’ Ulumuddin Imam al Ghazali: Syaikh Jamaluddin al Qasimi. Penerbit Darul Falah.
3: Mukhtasar Minhajul Qasidin: Ibnu Qudamah al Maqdisiy.

Kedua naskah ini disarikan dari kitab monumental dalam bidang akhlak dan tasauf. Ihya’ Ulumuddin adalah magnum opus bagi Imam al Ghazali bahkan mungkin kitab yang paling dikenali dalam bidang tasawuf. Akan tetapi di dalamnya terkandung banyak kesalahan dan hadis2 yang tidak sabit dari Nabi. Dikatakan bahawa Imam as Subki mengira ada 923 hadis palsu di dalamnya.

Namun disebabkan kitab ini tersohor dan sangat banyak digunakan dalam masyarakat bukan sahaja hari ini, sejak dahulu lagi. Beberapa ulama telah melakukan saringan. Antara yang paling awal ialah Imam Al Iraqi, guru yang memberikan gelaran al Hafidz kepada anak muridnya Ibnu Hajar al Asqalani.

2 kitab yang saya rekomen di atas adalah ringkasan dan hasil saringan dari Ihya Ulumuddin. Karya Al Qasimi saya belum pernah baca. Yang saya tahu Syeikh al Qasimi seorang ulama hadith. Saya mendengar syarahan kitab beliau bertajuk Qowaidu Tahdith Min Fununi Mustalahul Hadith. Kuliah syarahan dibuat oleh Ust Abu Yahya Badrussalam (download di www.kajian.net).

Kitab al Maqdisy itu saya sempat semak beberapa bahagian sahaja belum habis baca lagi. Juga Ust Abu Yahya ada kuliahkan. Namun saya baru sempat dengar separuh. Dan Mukhtasar Minhajul Qasidin sarat dengan faedah. Dari situ saya belajar tentang anjuran memberi hadiah kepada orang kaya.

4. Bustan al Wa’izin, Suluh Penyucian Jiwa: Imam Ibnul Jauzi.

Belum dibaca. Yang saya ada dan pernah baca sebahagian ialah Talbis Iblis oleh Ibnu Jauzi. Beliau pakar dalam bab tipu daya syaitan terhadap manusia.

5: Raudatul Muhibbin, Taman Orang-orang yang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu: Ibnu Qayyim al Jauziyan.

Pernah belek namun belum pernah baca. Ibnu Qayyim ialah seorang ulama’ yang pakar dalam ilmu kejiwaan atau disebut sebagai psikologi. Saya katakan beliau ialah bapa psikolog Islam.

Bukan sahaja kandungannya bahkan bahasa yang digunakan puitis dan mengalir terus masuk ke dalam hati pembaca. Jika penterjemahnya bagus, kita akan dapat merasai keindahan bahasanya.

6: Zuhud Cahaya Kalbu: Imam Ahmad bin Hanbal.
7: Zuhud: Imam Ibnul Mubarak.

Lazimnya orang tasawuf dan sufi suka kepada zuhud. Maka dua buku ini menjelaskan hakikat zuhud yang sahih dari al Quran dan hadith.

Adalah salah memberi makna zuhud dengan meninggalkan kerja, beribadah di masjid semata dan kemudian mengharap belas ihsan orang lain untuk hidup. Ini makna zuhud di sisi sami Budha dan bukan di sisi orang Islam.

Sejarah mencatatkan bahawa para Imam yang zuhud seperti Ibnul Mubarak sendiri dan Imam Laits bin Saad adalah dari golongan yang kaya dan berharta.

Kedua kitab Zuhud ini saya belum baca dan termasuk dalam ‘wish list‘ saya.

Ini beberapa buku yang saya ketahui dan sempat semak. Mungkin ada lagi senarai lain yang saya tidak ketahui.

Juga saya mencadangkan 2 lagi judul tambahan. Dua judul ini adalah rod atau bantahan terhadap kesesatan sufi dan tasawuf. Dalam ertian tasauf yang sesat dan menyimpang dari ajaran Islam. Tasauf yang ada dan sahih dari ajaran Islam itu semuanya didasari dengan al Quran serta hadith yang sahih. Kedua nya itu harus difahami dan diamalkan sesuatu dengan petunjuk Nabi dan para sahabat.

2 buku itu ialah:

1. Darah Hitam Tasawuf: Dr. Ihsan Ilahi Zahir. Penulis ialah ulama’ hadtih dari Pakistan atau India.

Penulis adalah pakar yang banyak mengkaji tentang kesesatan tasawuf dan juga kesesatan Syiah. Ulama menyebut bahawa tasawuf dan tasawuf itu ialah saudara kandung.

Akibat dari keberanian dan ketajaman kritikan beliau terhadap Syiah dan tasawuf, dia dibom dalam sebuah siri ceramah nya di Pakistan. Dalam ceramah itu beberapa lagi ulama’ lain yang hadir turut sama maut. Beliau ketika itu cedera parah dan meninggal dunia dalam pesawat ketika penerbangan ke Arab Saudi. Ketika itu mufti Arab Saudi meminta agar beliau dikirim kesana untuk mendapatkan rawatan.

2: Dzikir ala Tasawuf: Dr. Arifin Badri.

Penulis ialah ilmuan dan pendakwah berasal dari Indonesia lulusan phd dari Univ Madinah. Buku ini saya belum pernah baca. Saya cuma sering mengikuti tulisan dan rakaman kuliah beliau dalam bidang muamalat dan bisnes. Wallahuallam.

Sekiranya ada tambaha saya akan maklumkan kemudian. Barokallahufik. Jazakumullahukhar.

Nota Akhir

- nota ini terdedah kepada pembaikan dan koreksi. Sila tambah atau koreksi di bahagian komen.

- semua judul diatas sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu Indonesia dan dijual diwww.atsar.ilmusunnah.com

About these ads

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Create a free website or blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: