Mari baca

Mei 17, 2011

Biografi Ulama Sunnah India

Filed under: Tokoh — Mohd Riduan Khairi @ 4:45 am

Biografi Ulama Sunnah India
Penulis : Muhammad Abdullah Suradi (tamanulama.blogspot.com)
Penerbit : Jahabersa, Johor Bharu (2011)
127 halaman

Satu dari buku yang saya suka kumpul ialah biografi tokoh dan sarjana Islam. Membaca kisah-kisah mereka memberi inspirasi.

Benua India pernah dikenali pernah melahirkan sarjana hadis tersohor. Naskah kecil ini memuat biografi ringkas 8 sarjana dan intelektual hadis dari benua India.

1. Siddiq Hasan Khan
2. Maulana Muhammad Ilyas al-Kandahlawi
3. Maulana Muhammad Zakariya al-Kandahlawi
4. Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahlawi
5. Maulana Sayid Abul Hasan Ali An-Nadwi
6. Syeikh Badiuddin As-Sindi
7. Syeikh Dr. Ihsan Ilahi Zahir
8. Syaikh Syafiurrahman al-Mubarakfuri

Beberapa darinya dikenali seperti Sayid Abul Hasan Ali An-Nadwi. Karya beliau “Apa Kerugian Dunia Dengan Mundurnya Islam” yang fenomenal memperkenalkan beliau kepada dunia Islam. Banyak buku-buku beliau diterjemah dan diterbitkan dalam bahasa Melayu.

Yang baru saya kenal melalui buku ini ialah Syeikh Badiuddin As-Sindi. Yang mengujakan ialah beliau dikatakan menjadi guru kepada banyak sarjana sunnah kontemporari seperti Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wad’ie, Syeikh Dr Rabi’ bin Hadi al-Madkhali, Syeikh Salim Eid al-Hilali dan Syeikh Ali Hasan al-Halabi.

Saya masih belum ‘berkenalan’ dengan Syeikh Dr Ihsan Ilahi Zahir, sehingga saya membaca buku ini. Beliau bersama saudara kandungnya Dr Fadhl Ilahi merupakan anak murid sarjana hadis terkenal Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah.

Sesuatu yang sadis mengenai beliau ialah, beliau mati dibom ketika menghadiri satu seminar di Pakistan. Dilaporkan 18 orang ilmuwan yang hadir dalam majlis itu terbunuh angkara puak Syiah yang merasa terancam dengan dakwah ahli hadis.

Beliau menerima penghormatan dari Syaikh Abdul Aziz bin Baz yang sudi mengimamkan solat jenazahnya.

Manakala Maulana Ilyas, Maulana Zakaria dan Maulana Yusuf al-Kandahlawi sangat dikenali oleh orang-orang jemaah tabligh. Pun begitu adalah sangat perlu diberi catatan bahawa 3 tokoh ini bersama jemaah tabligh yang mereke pimpin menerima kritikan dan koreksi dari sarjana Islam yang lain. Bahkan Maulana Zakaria rahimahullah menitipkan tidak sedikit hadis yang tidak sahih bahkan palsu ke dalam kitab keramatnya (di sisi jemaah tabligh) Fadhail Amal.

Selain kitab Fadail Amal, Maulana Zakaria juga banyak mengarang kitab-kitab lain dalam disiplin hadis. Antaranya ialah Lami’a-Dirari ‘ala Jami’ al-Bkuhari dan Syarah Sahih Bukhari. Dari deretan judul kitab-kitab yang beliau tulis, tidak dinafikan beliau seorang ahli ilmu yang benar-benar menguasai ilmu terutama ilmu hadis. Namun sayangnya beliau akan mendahulukan pendapat mazhabnya dan tarikat sufi apabila bertembung dengan hadis yang sahih.

Syeikh Zakaria adalah seorang ulama hadith yang dikenali. Sama seperi Zahid al kauthari, Syeikh Abdul Fattah Abdul Guddah dan beberapa ulama lainnya; mereka memang dikenal sebagai orang yang alim.

Tetapi seperti yang disebutkan tadi, tetapi mereka terlencong dari dasar ilmu mereka apabila mereka berhadapan dengan mazhab mereka. Lihat kitab “Bahaya Mengingkari Sunnah”, Shalahuddin Maqbul Ahmad, Pustaka Azzam.

Ulama sunnah tidak pernah menafikan keilmuan Syeikh Zakariya dan ulama sunnah juga tidak dapat menutup kebid’ahan dan kekhurafatan yang ada dalam karangan dan jemaah beliau .

Baca lagi fatwa-fatwa ulama’ kibar (ulama’ besar) tentang Jemaah Tabligh di al-manhaj : http://almanhaj.or.id/?keyword=jamaah+tabligh

About these ads

7 Komen »

  1. Assalamualaikum.

    Sila kaji dan membaca tulisan-tulisan maulana muhammad zakariyya sebelum mengatakan terdapat perkara bid’ah dan khurafat yang ada dalam karangan dan jemaah beliau. Dalam Sumber Islam ada Al-quran, hadith, Qias dan ijmak ulama. Ini semua perlu diambil perhatian. Hadith tidak boleh difahami dengan meneliti matan hadith sahaja. Mengamalkan amalan tarikat yang masyhur serta mendapat pimpinan daripada guru-guru tarikat yang bersifat murabbi dan jejas keilmuannya adalah sangat penting kerana ia dapat membawa kepada hakikat penerapan Islam dalam kehidupan. Ilmu tauhid diibaratkan seperti akar. Ilmu fekah diibaratkan seperti ranting-ranting. ilmu tasawwuf+amalan tarikat diibaratkan seperti daun dan bunga. Kita boleh solat dengan keyakinan kepada Allah (Ilmu Tauhid) melalui rukun-rukun solat yang dilaksanakan (ilmu fekah) tetapi jika tidak ada keikhlasan, ada sifat riak, ujub, sombong dan sebagainya (Ilmu tasawwuf+tarikat), amalan solat tidak akan diterima oleh Allah. Cuba renungkan…….

    Komen oleh hamba Allah — Ogos 3, 2011 @ 2:04 am | Balas

  2. benar kata saudara……saya kagum dgn jemaah tabligh…cra mrka melakukan sesuatu ibadah sgt bersungguh..namun apa yang sya katakan mengapakah kitab fadhail amal 2 yang slalu mrka baca….mengapa bkn al-quran,kitab hadis sahih bukhari n muslim yg sepatutnya d bca….malah sya ada lihat kat fb jemaah tabligh yg kitab fadhail amal adalah kitab utama mreka selepas al-quran….bkn kah lbih baek kitab sahih bukhari n muslim yg sepatutnya d jdkan pegangan selepas al-quran kerana kitab 2 mengandungi hadis2 yang sahih yg xbleh d pertikaikan kesahihannya…sya sokong jemaah tabligh sekiranya mrka ajak org laen ke masjid dan menajarkan ilmu agama….tp apa sya nampak sgt berbeza mrka cba menajak org2 kluar tanpa di ajar cra solat yg btul n ilmu agama yg laen….yg pelik nya kebanyakkan ahli tabligh yg berdakwah ini x byk berilmu…byk kelemahan dlm jemaah tabligh tidak menyerupai sunnah nabi berdakwah dan para shbt…malah maen ikt sja kuar….trus trg sya ktakan berdakwah perlu berilmu yg mantap…..dan belajarlah dgn guru yg muktabar……..terutama ttg akidah yg btul……………ingtlah nabi tidak menyuruh shbtnya berdakwah melaenkan yg berilmu tinggi…..sekadar dri kta ne cukuplah kta menajak org 2 solat…terplg lah mrka maw ikt or x….yg pnting kta dh menajaknya…mohon maaf saudara…………

    Komen oleh hamba allah — Ogos 4, 2011 @ 7:46 am | Balas

  3. salam..maaf,bila saya baca komen saudara ( mari baca ) jelas kelihatan tuan lebih kepada wahabi.. rasanya tuan tahu dan faham apa yang saya maksudkan..Maulana Zakariyya rah.a adalah seorang muhaddithin dan murabbi tarikat chistiyyah yang terkenal..bukan semua hadith sohih beliau akan rujuk dengan mazhab mereka.. saudara kita dari mazhab maliki ada diantara mereka mengatakan “kami menyangka syeikh zakaria seorang maliki tetapi rupa2nya seorang hanafi lantaran syarah Awjazul Masaalik syarah Al-Muatto’ iautu syarah terlengkap dalam mazhab maliki beliau”

    saya juga pernah mendengar dari syeikh saya ( syeikh Abdul Raof Al-Bahanji dari pondok tampin ) bahawa para ulamak di syiria lebih cenderung menggunakan kitad Bazlul Majhud syarah Sunan Abu Daud dalam rujukan mereka karangan Al-allamah Al-Arif billah wal Roisul Muhaddihthin fi Hind Maulana Khalil Ahmad Sahaharanpuri rah.a yang di tulis oleh anak murid kesayangan beliau iaitu Maulana Zakariyya rah.a. Untuk lain2 pertanyaan tuan boleh merujuk kepada ustaz-ustaz di Madrasah Miftahul Uloom Sri Petaling,Madrasah Kubang Bujuk Kuala Terengganu, Madrasah Penanti ( milik Tn.Guru Hj. Saleh Penanti-beliau pernah berjumpa Maulana Zakaria & Maulana Yusuf ), dan juga Syeikh Nuruddin Al-Banjari untuk rujukan tuan..

    Yang tuan komen ke-2.. rasanya tuan salah berpendapat demikian.. setahu saya jemaah tabligh tidak pernah mengangkat Kitab Fadhail Amal sebagai kitab ke-2 selepas al-quran.. Kitab Fadhail Amal hanyalah kitab yang menerangkan nilai-nilai mulia dalam amalan agama dan dan jugak apa kerugian jika meninggalkan nya ( tidak mengamalkan )..saya cadangkan tuan beli kitab tersebut dan baca dengan kerendahan hati kemudian tuan boleh baca rujukan pada kitab itu disebelah belakang.. jangan main bubuh @cakap sekiranya kita tak tahu betul ke tidak…hanya mendengar adalah tidak mencukupi.. kata orang tua-tua TAK SAMA ORANG YANG MERASA DENGAN ORANG YANG TIDAK MERASA..

    .

    Komen oleh aliff taman jasmin senawang — Oktober 18, 2011 @ 7:25 am | Balas

    • good knowlge,,, tak sama orang yg merasah dngn yg tidak merasah,,, tuan kena join tblgh,, baru bole tau,,, lau x joint cm ne nak tau,, mf sya org yg ctek ilmu ,,, dngan asbap jemaah tabligh la bole jga semayg, bole mmbca AL QURAN,n amal doa2 masnun,, semoga ALLAH S.W.T pilih sya lagi n lagi tok joint jemaah ne,,

      Komen oleh zang — Oktober 16, 2012 @ 1:57 pm | Balas

  4. Jika Anda bertemu dan mengenal Maulana Zakaryya .melihat betapa dia dengan keilmuanya.warak nya sang maulana,ubudiyah beliau tentulah anda tidak akan mengeluarkan kata2 yang tidak Elok untuk beliau..dibanding dengan beliau anda2 yang yg suka menghujad dan mencaci para Ulama tentulah belum ada apa2 nya.remember seburuk2 tempat kembali adalah Neraka Jahanam.Allahu alaam

    Komen oleh Zasky — Oktober 27, 2012 @ 3:54 am | Balas

  5. semua di jemput beri komen di http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/01/membongkar-kesalahan-tabligh.html

    Komen oleh hamas — Januari 9, 2013 @ 8:53 am | Balas

  6. Tapi kenapa ramai jemaah tabligh yg tidak mengamalkan tarikat….

    Komen oleh az — September 21, 2013 @ 6:22 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Create a free website or blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: