Mari baca

Disember 13, 2010

10 Rintangan Dalam Menuntut Ilmu

Filed under: Adab & Akhlak,Tips membaca — Mohd Riduan Khairi @ 12:25 am

Kompilasi Tulisan :
Syaikh Dr Abdus Salam bin Barjas Ali Abdul Karim
Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab Al-Wushobi
Syaikh Abdurrahman bin Nasir As-Sa’di
Syaikh Muqbil bin Hadi al-Wadie

Penterjemah : Abu Muhammad Ibnu Hamzah
Pustaka al-Haura’, Jogyakarta (2004)

Manusia belajar atau menuntut ilmu dengan bermaca-macam tujuan @ niat.

Ada yang yang belajar untuk pandai. Ya, pandai. Pandai semata-mata. Kerana pandai merupakan satu kemegahan, kemuliaan dan kehormatan.

Tidak kurang juga manusia belajar untuk mendapat sijil dan gelar. Dengan sijil dan gelar itu, akan melayakkan seseorang itu untuk mendapat pekerjaan yang baik-baik(!), tetap, pendapatan lumayan dan konsisten.

Ramai juga yang belajar tinggi-tinggi, baca kitab banyak-banyak dan rajin hadiri majlis ilmu dengan tujuan untuk membantah orang lain yang berbeza jalur fikir.

Dan manusia belajar dan menuntut ilmu dengan macam-macam tujuan dan berbagai niat.

Meluruskan Niat Hanya Kerana Allah

Namun untuk menetapkan niat menuntut ilmu agar benar-benar ikhlas hanya kerana Allah, ia bukan satu perkara yang mudah.

Dalam satu hadith yang masyhur Amirul Mukminin Abu Hafsah Umar bin Al-Khattab melaporkan dari nabi,

“Sesungguhnya setiap amal itu bergantung pada niatnya. Dan Setiap orang itu mendapat sesuai dengan apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul, maka hijrahnya memang kerana Allah dan Rasul. Dan sesiapa yang berhijrah kerana mahu mendapatkan habuan dunia atau kerana ingin mendapatkan wanita untuk dinikahi, maka hijrahnya adalah untuk apa yang dia niatkan. ” (Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad menjelaskan Allah akan memberi ganjaran amal sesuai dengan tujuan dan niat ia dilakukan. Jika niatnya benar kerana Allah dan tentunya dengan cara yang betul, maka Allah akan memberi ganjaran sesuai amal yang dikerjakan. Sebaliknya, apabila sesuatu amal dilakukan kerana selain dari Allah, maka Allah akan membiarkan manusia menyelesaikan urusannya sendiri.

Ini sejajar dengan pesan nabi yang dilaporkan oleh sahabat Abdullah bin Umar,

“Sesiapa keinginannya satu iaitu akhirat, maka Allah akan mencukupkan keinginan-keinginan dunianya. Sebaliknya, sesiapa yang punya keinginan dunia yang banyak, maka Allah tidak akan peduli di lembah dunia mana dia akan binasa”. (Ibnu Majah & Al-Hakim)

Hadith niat yang dilaporkan oleh Umar al-Khattab menjadi sendi penting dalam agama Islam. Ramai para imam hadith meletakkan hadith ini sebagai pembukaan kitab susunan mereka. Antara mereka termasuklah Imam Bukhari dalam Kitab Sahihnya, Imam Nawawi dalam 3 kitab susunannya ; Al-Adzkar, Riyadus Solihin dan Hadith 40, dan beberapa imam lain.

10 Rintangan dalam Menuntut Ilmu

1. Menuntut Ilmu Untuk Selain Wajah Allah
2. Meninggalkan Amal
3. Bersandar kepada Kitab Bukan Ulama’
4. Mengambil Ilmu dari Orang Sighor (Muda)
5. Tidak Bertahap Dalam Menuntut Ilmu
6. Tertipu, Ujub (bangga diri), dan Kibr (sombong)
7. Terburu-buru Mendapatkan Hasil
8. Rendahnya Cita-Cita
9. Menunda-nunda
10. Panjang Angan-Angan

About these ads

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: