Sajidi Jais
Alaf 21, Kuala Lumpur (2010)
126 halaman
Ini bukan buku menilik masa depan dengan melihat tapak tangan. Kerana hal itu mengarut, mengandungi kebodohan dan lebih berbahaya dari itu ia suatu perkara syirik yang paling dimurkai oleh Tuhan Pencipta Alam, Allah.
Ini adalah buku pintar tentang kesihatan. ‘Buku pintar kesihatan’ ialah perkataan saya. Ia menjelaskan prinsip-prinsip kesihatan tubuh badan dalam bahasa yang mudah difahami oleh pembaca umum (seperti saya).
Tapak tangan
Bahagian pertama memberi penjelasan tentang analisis tapak tangan. Menurut penulis, banyak urat-urat di telapak tangan menjelaskan situasi organ-organ dalam tubuh badan kita. Antaranya ialah tompok-tompok putih pada tapak tangan menunjukkan banyak angin berada dalam tubuh baca. Telapak tangan pucat dan bewarna kuning menunjukkan ada masalah pada hati.
Sistem Imun
Namun yang lebih menarik pada saya ialah bahagian kedua, sistem imun tubuh. Menurut penulis, tubuh badan manusia memiliki sistem imun yang sangat canggih dan kompleks. Bermula dari derita mata, hidung, mulut sehingga ke hati dan ginggal, semuanya dilengkapi dengan sistem pelindung dari bakteria dan kuman pembawa penyakit.
Apa yang mengejutkan ialah beberapa hal yang melemahkan sistem imun. Kerana perubadan moden percaya ia baik untuk kesihatan, padahal sebaliknya yang berlaku. Buku ini menyenaraikan beberapa perkara yang melemahkan sistem imun tubuh manusia. Antaranya termasuk :
- Antibiotik. Antiotik bukan sahaja membunuh kuman yang membawa penyakit, bahkan ia membunuh semua bakteria lain yang diperlukan dalam badan. Terus saya teringat iklan ubat gigi Colgate dan sabun Dettol yang membunuh semua bakteria (termasuk bakteria baik juga). Salah satu penyumbang antibiotik ialah dari daging haiwan ternakan. (Jom makan ayam kampung!)
- X-ray. Sinar x membunuh sel-sel darah putih yang terkena sinaran. Sedangkan sel darah putih sangat penting untuk sistem imun.
- Kemoterapi. “Kajian mendapat pesakit kanser cenderung hidup lebih lama dan lebih baik jika tidak menjalani kemoterapi”.
- Vaksinasi.
- Alkohol dan rokok.
- Pembedahan tidk perlu
- Gula dan lemak
- Kosmetik dll.
Dapatan dari buku ini menguatkan lagi apa yang saya baca melalui kajian sebuah buku ‘Sejarah Pemikiran’. Buku ini ditulis oleh Dr Sulaiman Nordin, bekas professor madya di UKM. Beliau menyarankan bayi diberi susu ibu sepenuhnya dan tidak menerima sebarang suntikan imunisasi. Saya menemui beberapa keluarga yang sihat dan segar dengan tidak menerima suntikan imunisasi semasa bayi.


Terima kasih kerana memberikan saya pengetahuan melalui buku Diagnosis Tapak Tangan tulisan Sajidin Jais. Saya kini sudah semakin yakin pada diri sendiri dan sentiasa berhati-hati dalam menjaga kesihatan diri dan keluarga saya. Terima kasih.
Komen oleh ridzuan — Disember 30, 2010 @ 11:47 pm |
sila kirimkan info harga, no telepon dan alamat utuk tempahan buku ini. tkasih
Komen oleh rusdi — Mac 16, 2012 @ 2:45 am |
terimakasih ats info pengetahuannya,,,,
Komen oleh nasrumi — April 2, 2012 @ 4:47 am |
thanks info pengetahuannya,,,, wassalam.
Komen oleh nasrumi — April 2, 2012 @ 4:48 am |