Mari baca

Mei 3, 2010

Bacaan (i) Tafsir Al-Quran

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah,Kedai buku,Tips membaca,Tokoh — Mohd Riduan Khairi @ 3:23 am

Buku ini membahaskan dan mencadangkan senarai bacaan buat penuntut dan pencita ilmu Islam. Walaupun ia tidak diedit dengan kemas dan baik (seperti kebanyakan buku-buku pengarang yang lain). Namun saya percaya senarai cadangan ini dapat membantu meluruskan jenis-jenis buku yang patut di baca.

Sebelum ini saya sudah menemui beberapa buah buku yang memberi rekomendasi senarai bacaan yang baik. Iaitu oleh Sa’id Hawwa, tokoh dari pergerakan Ikhwanul Muslimin dan Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Namun kerana begitu banyak catatan dan komentar terhadap pemikiran kedua tokoh ini, maka saya tidak fikir ia baik untuk dipanjangkan.

Kemudian saya menemui buku ini oleh Dr A’idh Abdullah Al-Qarni.

Saya hampir menyalin semua ayat yang disebutkan oleh pengarang. Selain senarai panjang buku yang perlu dimiliki dan dibaca, beliau juga mengutip komentar sarjana dan intelektual Islam berkaian buku yang dibicarakan.

Oleh kerana senarainya agak panjang, maka saya memutuskan untuk memangkas entri ini kepada beberapa bahagian.

A. TAFSIR

Antara ilmu asas yang perlu dikuasai oleh seorang penuntut ilmu ialah ilmu Al-Quran dan tafsirnya. Al-Qarni membawakan contoh beberapa tafsir yang bermanfaat untuk dibaca. Antara karya tafsir yang dikomentar oleh Al-Qarni termasuklah :

  1. Tafsir Jamiul Bayan : Ibn Jarir At-Tobari (224 – 310H) sudah diterjemahkan Pustaka Azzam, Indonesia
  2. Tafsir Ibn Kathir (701 – 774H) diterjemahkan Pustaka Imam Syafie, Indonesia. Baca lagi di sini.
  3. Mukhtasarat Tafsir Ibn Kathir : Nasib ar-Rifa’i
  4. Tafsir Al-Qurtubi (671H), sudah diterjemahkan Pustaka Azzam, Indonesia
  5. Tafsir Al-Kasysyaf : Zamakhsyari (467 – 538H)
  6. Tafsir Mafatihul Ghaib : Fakhruddin Ar-Razi (545 – 606H)
  7. Fathul Qadir : As-Syaukani( 1173 – 1250 H)
  8. Tafsir Adhwa al Bayan : Muhammad al-Amin al-Syanqhaiti. Baca lagi di sini.

Tidak ada gading yang tidak retak. Saya pinjam kata dari naskah ini, Al-Qarni menyebutkan juga kritikan para ulama’ terhadap karya-karya mereka. Membaca karya-karya ini perlu dengan catatan.

Namun tafsir yang paling direkomen ialah Tafsir Ibnu Katsir. Walaupun terdapat beberapa riwayat hadith yang lemah dan cerita-cerita Israiliyat, sudah ada sarjana yang mentahkiknya. Salah seorang darinya ialah Muhammad Nasiruddin AlAlbani.

Sebahagian dari kitab tafsir ini sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu / Indonedia.

Tafsir Ibnu Katsir terbitan Pustaka Imam Syafi’i adalah edisi susunan Dr Abdullah bin Muhammad bin Abdurrahman bin Ishak ALu Syaikh.

Manakala edisi Pustaka Ibnu Katsir diteliti oleh Syaikh Sofiurrahman Mubarakfuri.

Proses menyusun semula ini dilakukan dengan menyemak kedudukan hadith yang dibawa oleh Ibnu Katsir di dalam kitabanya. Sebahagian hadith yang dhoif  dan kisah-kisah Israiliyat telah diedit dari naskah asal.

Beberapa tafsir kontemporari dan komentar sarjana Islam

Saya bawakan beberapa tafsir Al-Quran kontemporari dan catatan sarjana Islam terhadapnya. Saya menyebutkan beberapa contoh yang sempat saya semak sahaja.

1. Taisir al-Karim ar-Rahman Fi Tafsir Kalam al-Mannan : Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di (1307 – 1376H). Baca lagi di sini. Komentar Syaikh Muhammad bin Shalih al-Uthaimin.

“kitab ini sebaik-baik tafsir, kerana keistimewaannya banyak ; di antaranya adalah gaya bahasanya yang sederhana dan jelas. Ia dapat difahami oleh orang yang berilmu mahupun orang awam. Selain itu ia menghindari huraian yang panjang-lebar dan perbincangan tentang perselisihan pendapat, kecuali perselisihan yang mendasar”.

2. Dibawah Naungan Al-Quran : Syed Qutb, kitab ini antara tafsri moden yang paling banyak dibaca dan diambil manfaat oleh aktivis Islam.Di Malaysia ia mula diperkenal oleh Ustaz Yusoff  Zaky Yaacob pada awal tahun 70-an (setakat yang saya maklum, jika ada fakta yang menyatakan lebih awal dari itu, boleh beritahu kepada saya). Ia dimuatkan secara bersiri di dalam beberapa majalah ketika itu. Kemudian lewat tahun 90-an, siri terjemahan itu dikumpulkan semula dan di cetak dengan lebih kemas dari biaya Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.

Berkaitan tafsir ini telah berlaku polemik panjang. Ada yang bermati-matian pertahankan kitab ini, manakala di sisi yang lain ada yang sebaliknya. Saya cuba meloloskan diri dari pertikaian ini. Cuma saya tampilkan beberapa buku, yang melakukanredaksi terhadap tafsir ini.

Saya sisipkan laman yang memuat komentar sarjana Islam kontemporari tentang tafsir ini.

  • Syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin,

“As for the tafsir of Sayyid Qutb – may Allaah have mercy upon him – then it contains great calamities, however we hope that Allaah pardons him. It contains great calamities”. Link.

  • Syaikah Abdul Muhsin al-Abbad

“The book “Zilaalul-Qur’aan” or “Fi Zilal il-Qur’aan” of Shaikh Sayyid Qutb – rahimahullaah – is one of modern tafseers based upon the opinion and not narrations and reports; and it is known that the people of opinion (ra’i) and those who speak from their opinions, and speak in their own style – then both error and correctness will be seen from them; they will be correct (sometimes) and mistaken (sometimes).” Link.

Antara Koreksi Tafsri Fi Dzilalil Qur’an oleh Syaikh Abdullah bin Muhammad ad-Duwais (terbitan Darul Qolam, Indonesia). Boleh beli di Galeriniaga.

3. Tafsir Al-Munir : Dr. Wahbah az-Zuhaily, telah diterjemah oleh Persatuan Ulama’ Malaysia. Saya masih belum menemui komentar atau catatan sarjana Islam tentang tafsir ini. Hanya sahaja Ustaz Zainal Abidin Syamsuddin dalam satu kuliahnya pernah menyebutkan bahawa tafsir ada pengaruh Asya’irah yang kuat.

4. Tafsir Muyassar : Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni. Terjemahan dibuat oleh Qisthi Press, Indonesia. Saya sangat teruja untuk memiliki dan membacanya, namun saya tangguhkah kepuasa saya dahulu untuk menguli Tafsir Ibnu Katsir dan sementara menanti saranan dan komnetra sarjana Ialam yang lain.

Beberapa Tafsir alam Melayu

1. Tafsir Al-Azhar : Prof HAMKA
2. Tafsir Al-Qur’an : Sonhadji
3. Tafsri Al-Furqan : Dr Abdullah Yassin, tafsir ini baru siap sebahagian sahaja. Dan ia dikuliahkan oleh pengarang sendiri di beberapa majlis di sekiar Kuala Lumpur.

Beli kitab tafsir secara online di sini. Galeriniaga.

Bacaan tambahan

  • Tafsir Ibnu Katsir Jilid 1 (terjemahan), Dr ABdullah bin Muhammad, Pustaka Imam Asy-Syafi’i 2008
  • Tafsir Al-Qur’an Jilid 1 (terjemahan), Syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di, Pustaka Sahifa 2007
  • Tazkirah Para Pendakwah (terjemahan), Prof Dr Yusuf A-Qaradhawi, Hidayah Publisher 2000
About these ads

4 Komen »

  1. [...] Mereka mewariskan ilmu tafsir kepada sejumlah generasi tabi’in seperti Mujahid, Ikrimah maula Ibnu Abbas, Atha’ bin Abi Robah, Thawus bin Kaisan dan beberapa nama lain lagi. Beberapa kitab tafsir mukatabar yang direkomen oleh sarjana Islam, klik. [...]

    Ping balik oleh Risalah-risalah Liberal « Mari baca — Julai 7, 2010 @ 6:51 am | Balas

  2. mcm mane nk dapt buku2 tafsir ni.

    Komen oleh muhammad — Oktober 6, 2010 @ 3:50 pm | Balas

    • Tuan yang saya hormati,

      Insya Allah, di kedai-kedai buku agama indie sudah ada banyak pilihan kitab-kitab tafsir. Buat masa ini di kedai-kedai buku besar seperti MPH,Popular atau Borders, saya belum jumpa lagi.

      Juga di kedai-kedai buku online.

      Saya cadangkan kedai buku online milik sahabat saya galeriniaga.blogspot.com. Dan saya sendiri sedang menyiapkan sebuah blog khusus untuk membicarakan tentang tafsir al-qur’an dan kitab-kitabnya. Alamatnya sudah ada, di kitabtafseer.wordpress.com. Insya Allah, dalam beberapa ketika kandungannya akan dimuat naik.

      Komen oleh Riduan Khairi — Oktober 7, 2010 @ 12:47 am | Balas

  3. [...] Baca lagi di encikbaca. [...]

    Ping balik oleh Bacaan Tafsir Oleh A’idh Abdullah Al-Qarni « Kitab Tafsir Muktabar — Oktober 7, 2010 @ 4:25 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Create a free website or blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: