Tafsir Ilmiy (tafsir bil ra’yi)
Secara ringkasnya tafsir ilmiy mengungkapkan makna ayat-ayat Al-Quran dengan penjelasan saintifik.
Ia boleh dikelaskan dalam tafsir bil ra’yu.
Buku setebal 100 halaman ini memuatkan dua sikap ulama terhadap tafsir ilmiy.
Satu kelompok membenarkan. Satu yang lain menolak metod ini. Antara yang disebutkan menolak metos ini termasuk Ash-Shatibi dan Syaikh Rashid Ridha.
Nota : Tafsir Ilmi
Tafsir bil ma’thur
Manakala tafsir bil ma’thur menetapkan beberapa kaedah untuk mentafsirkan Al-Quran.
1. Mentafsirkan Al-Quran dengan ayat Al-Quran yang lain.
2. Mentafsirkan Al-Quran dengan hadith.
3. Mentafsirkan Al-Quran dengan perkataan sahabat. Antara sahabat yang didoakan nabi untuk pandai dalam tafsir Al-Quran ialah Abdullah Ibnu Abbas. Murid-murid beliau banyak melaporkan tafsiran beliau termasuk Mujahid dan Ata’.
4. Mentafsir Al-Quran dengan kaedah bahasa Arab.
Tafsir yang benar dan selamat
Memahami ilmu tafsir bukan sekadar untuk belajar mentafsirkan Al-Quran.
Menguasai asas-asas dalam ilmu tafsir penting untuk memahami Al-Quran dengan lebih baik.
Ini kerana, ramai orang dan banyak pihak menyeru untuk kembali kepada AL-Quran dan hadith. Hatta Syiah dan liberalis juga mengangkat panji yang sama. Sebahagian dari mereka mentafsirkan Al-Quran dengan nafsu dan ilmu yang sedikit.
Antara kitab tafsir yang disarankan oleh para ulama termasuk :
1. Tafsir Ibnu Kathir
2. Tafsir Abdurrahman As-Sa’di
Saya kepilkan juga link audio kuliah berkaitan metode tafsir. Ia disampaikan dengan baik oleh Ustaz Zainal Abidin Syamsuddin. Link. Beliau membahaskan satu lagi cabang tafsir bil raiyu iaitu tafsirĀ bathiniyah yang dipegang oleh sebahagian tarekat kesufian dan golongan Syiah.


apakah penerbit buku-buku yang dinayatakan di atas ?
Komen oleh samsiah — Februari 28, 2012 @ 3:29 am |
Tafsir As-Sa’di boleh disemak di sini : http://galeriniaga.blogspot.com/2011/04/417-ringkasan-tafsir-as-sadi.html
Tafsir Ibnu Katsir : http://galeriniaga.blogspot.com/2010/01/218-tafsir-ibnu-katsir-edisi-ekonomi-10.html
Komen oleh Mohd Riduan Khairi — Februari 28, 2012 @ 10:37 am |