Mari baca

Januari 23, 2010

Bacaan yang berkhasiat

Filed under: Tips membaca — Mohd Riduan Khairi @ 1:50 pm

Membaca buku seperti makan juga. Sepertimana kita memilih makanan yang halal dan berkhasiat untuk tubuh badan kita, begitu juga kita memilih bahan bacaan yang halal dan berkualiti untuk otak dan minda yang sihat.

Lebih-lebih lagi apabila buku itu berkaitan kepercayaan (baca : agama). Untuk menulis dan menerbitkan sebuah buku, pada zaman moden ini, bukanlah suatu perkara yang sulit. Sesiapa sahaja boleh menulis, menerbit dan menjual buku mereka.

Begitu juga, untuk mendakwan mereka ustaz, kiai atau ulama’, belum ada undang-undang atau garis panduan memakai gelar ini. Bahkan professor dan doktor falsafah pun ‘mudah’ dibeli.

Saya menitipkan beberapa panduan umum yang saya guna pakai untuk mengenalpasti bahan bacaan yang berkualiti :

1. Melalui rekomendasi pembaca-pembaca yang lain. Biasanya saya akan tanya terus tanya orang yang sedang membaca. Satu cara lain ialah dengan membaca ulasan-ulasan buku di akhbar, majalah atau internet. Sudah ada banyak blog yang membuat ulasan buku.

2. Mengenal latar belakang penulis. Kita mudah mendapatkan maklumat latar belakang penulis, lebih-lebih lagi selepas munculnya laman wikipedia. Taip sahaja nama penulis, jika ia dikenali dan dipercayai ramai, kemungkinan besar biografinya ada. Atau buat carian di google atau yahoo. Sekiranya namanya tidak dikenali umum, makan kredibelitinya mungkin diragui. Saya cadangkan baca buku yang ditulis oleh penulis yang sudah dikenali umum aras ‘keboleh-percayaan’nya.

Antara nama-nama penulis buku agama yang selalu dan suka saya baca termasuklah :

Saya senaraikan sebahagian dari penulis ‘senarai baca’ milik saya. Manakala untuk tulisan sarjana-sarjana Islam dahulu yang sudah masyhur dan tersohor, saya fakir mereka tidak perlu diperkenalkan lagi. Antaranya seperti Imam mazhab yang empat, Imam Nawawi, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan 3 anak muridnya yang terkenal (Al-Hafiz Ibnu Kathir, Ibnul Qayyim, Imam Az-zahabi). Sekadar menyebutkan sebahagian sahaja.

3. Mengenal pasti penerbit yang mempunyai ‘dasar penerbitan yang jelas’ atau di Indonesia disebut sebagai ‘dasar pijak’. Perlu dicatatkan di sini, tidak semua penerbit mempunyai dasar penerbitan yang jelas. Ada penerbit yang menebitkan semua jenis bahan yang boleh dijual mengjangkaui buku agama hingga ke majalah separa lucah.

Sebaliknya, ada sebahagin penerbit menetapkan dasar yang jelas. Mereka berusaha memastikan setiap buku yang diterbitkan memberi maanfat kepada pembaca.

Sebagai contoh di Malaysia, Pts Publication secara jelas dan terang menetapkan moto menebitkan buku ‘memandaikan bangsa’. Dasar ini didokong prinsip ‘syariah compliant’ dan menggunakan bahasa Melayu tinggi.

Saya senaraikan beberapa penerbit yang sangat teliti menebitkan buku-buku agama.

  • Pts Publication
  • Karya Bestari
  • Pustaka Imam asy-Syafie (Indonesia)
  • Pustaka Imam Ibnu Kathir (Indonesia)
  • Pustaka at-Tibyan (Indonesia)
  • Daar an-Naba (Indonesia)
  • Media Hidayah (Indonesia)
  • Media Tarbiyah (Indonesia)
  • Pustaka Azzam (Indonesia)
  • Pustaka Ibnu Umar (Indonesia)

Kita mungkin tidak mampu mengenal senarai panjang penulis yang sentiasa bertambah. Namun dengan mengetahui penerbit yang dipercayai, proses menyaring buku menjadi lebih mudah.

4. Membaca buku yang menceritakan tentang buku. Dalam bahasa Inggeris disebut ‘book abaout books’. Saya pernah membaca rekomendasi Sa’id Hawwa dalam ‘Jundullah : Thaqofatan wa Akhloqan’. Kemudian saya menemu pula Yusuf Qaradhawi dengan judul ‘Pesan Buat Para Da’i. Dan tidak silap saya, A’idh Abdullah Al-Qarni juga ada menulis tentang buku-buku yang begus dibaca. Semua buku yang saya baca adalah dari terjemahan.

Ini sebahagian dari tips dan pengalaman membaca yang dapat saya titipkan. Ia lebih daripada ini. Namun proses pembalajaran itu berlaku sepanjang hayat seperti kata pepatah ‘dari buaian ke liang lahad’.

Ambil sahaja pengajaran dari kisah pengembaraan Salman Al-Farisi yang mengembara dari Farsi (sekarang Iram) merentas Iraq mencari hidaya sampai di Madinah. Beliau dijual, dijadikan hamba, diculik sepanjang perjalanan itu. Namun Allah menjanjikan orang-orang yang ikhlas mencari petunjuk akan beroleh petunjuk itu.

Begitu juga dengan pengalaman para sarjana Islam dahulu mengkaji ilmu. Ada yang sanggup ber’unta’ beribu batu hanya semata untuk belajar tentang satu hadith sahaja. Ada pula yang sanggup tidur hanya beberapa jam sahaja untuk membaca buku pada malam hari, kerana pada siangnya bekerja mencari nafkah.

Wallahua’lam.

About these ads

2 Komen »

  1. thumbs up for this article ^_^
    terima kasih berkongsi maklumat =)

    Komen oleh whitehijab — Januari 24, 2010 @ 7:18 am | Balas

    • Sama-sama.

      Semoga ia dapat memberi sedikit panduan kepapada pencinta ilmu di luar sana.

      Komen oleh Riduan Khairi — Januari 24, 2010 @ 6:06 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: