Mari baca

Januari 11, 2010

Yakjuj & Makjuj : Bencana di Sebalik Gunung

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah,Sejarah — Mohd Riduan Khairi @ 12:06 am
Tags: , , ,

Saya membaca buku ini dengan kaedah ‘baca pantas’. Dalam masa 2 jam saya mengimbas fakta dan rujukan. Buku ini menarik bukan sahaja perhatian saya, kerana ia sudah lebih 6 kali dicetak (dalam satu tahun, 2009).

Yakjuj & Makjuj 

Kandungan utama buku ini boleh disari secara ringkas melalui halaman ‘Prakata’ dan ‘Kesimpulan’. 

Secara ringkas, penulis membawakan kisah Al-Quran yang mengaitkan Yakjuj dan Makjuj dengan Iskandar Zulkarnain. Sebaliknya teks Yahudi dan yang lain memisahkan kisah-kisah Yakjuj dan Makjuj dengan Iskandar Zulkarnain.

Naskah ini menjadi tebal, kerana pengarang menyumbatkan perbahasan-perbahasan tentang sumber-sumber Yahudi dan Kristian tetang YM. Dalam teks Yahudi dan Kristian, YM dikatakan sebagai Gog Magog.

Saya fikir ini tesis. 

Pengarang juga memetik banyak dalil dari teks Yahudi dan Kristian. 

Tuduhan plagiat dari Taurat dan Injil 

Orang-orang Yahudi dan Kristian, termasuk juga sebilangan orientalis menuduh kisah YM dalam Al-Quran diplagiat dari kitab Taurat dan Injil. Persoalan ini dijawab secara panjang lebar dalam buku ini. Saya tidak fikir ia wajar dibincangkan secara panjang lebar dalam buku ini. Ia mengalih perhatian pembaca ke persoalan lain. 

Yakjuj Makjuj = Gog Magog = Scythia 

Pengarang juga cuba membuktikan bahawa yang dimaksudkan YM atau Gog Magog itu ialah golongan Asia Tengah atau dipanggil Scythia. Ia dinyatakan oleh Abdullah Yusuf Ali di dalam Terjemahan dan Komentari Al-Quran. Pandangan ini dikongsi bersama seorang lagi penulis tafsir Al-Quran, Syaikh Abdurrahman As-Sa’di. 

Apabila hipotesis ini benar, kemudian pengarang membawakan peristiwa kekejaman suku-suku Scytihia. Ada yang mengatakan Yakjuj itu bangsa Tartar dan Makjuj itu Mongol. Saya fikir perlu ada pembuktian yang lebih kukuh untuk tujuan itu. 

Ulasan saya seperti berikut

1. Beberapa hari yang lalu, melalui lama facebook, saya disapa oleh seorang kenalan. Perbualan demi perbualan, akhirnya membawa kepada satu perbincangan tentang ‘adakah benar Nabi Isa as akan turun sebelum kiamat?’. Kenalan saya itu memberikan satu rujukan pada sebuah laman web. Laman itu memuatkan satu artikel yang meragui tentang ‘turunnya Nabi Isa as’.

Saya tidak begitu arif dalam isu Nabi Isa. Lantas saya membuat semakan dalam beberapa laman dan mengepilkan artikel berkaitan pendirian Islam yang benar tentang turunnya Nabi Isa as.

Saya simpulkan begini :

a. Peristiwa turunnya Nabi Isa adalah perkara yang belum terjadi dan termasuk dalam hal-hal ghaib. Tidak ada sesiapa secara pasti adakah benar-benar Nabi Isa akan turun, bila dan di mana. Hanya Allah sahaja yang tahu perkara-perkara ghaib. Begitu juga Nabi Muhammad saw, beliau hanya tahu perkara ghaib yang diajarkan oleh Allah melalui Jibril.

b. Justeru itu, umat Islam Ahlusunnah wal Jamaah sepakat beriman dengan perkara ghaib sebatas apa yang dikhabarkan oleh Allah dan Rasulnya sahaja. Sebatas dalil ayat Quran dan hadith yang sabit, tidak lebih dari itu dan tidak pula kurang dari itu.

b. Sikap orang-orang yang beriman ialah cukup menerima khabar tentang alam ghaib melalui ayat Quran dan hadith yang sahih. Itu sahaja. Adapun kajian sejarah, khabar-khabar dari kitab-kita yang lain, tidak boleh dijadikan sandaran kepercayaan. Inilah jalan yang selamat.

2. Kisah Nabi Isa dan Yakjuj dan Makjuj, keduanya disebutkan dalam Al-Quran dan hadith.

- Keduanya termasuk dalam hal-hal ghaib iaitu perkara yang telah lalu dan akan datang. Akidah Ahlusunnah meyakini hal ghaib hanya diketahui oleh Allah. Tidak ada yang lain mengetahuinya melainkan diberitahu oleh Allah. Perkhabaran hal ghaib yang disebutkan oleh Rasul, itu diwahyukan oleh Allah.

3. Pun begitu Islam tidak menafikan kajian sejarah dan sains. Tidak sedikit dari sarjana Islam menulis kajian-kajian sejarah. Antaranya yang masyhur ialah Al-hafidz Ibnu Kathir yang menulis kitab sejarah bertajuk Bidayah wan Nihayah dan Qishashul Anbiya.

4. Pendirian orang Islam terhadap Yakjuj wa Makjuj.

Pada kita orang Islam, cukuplan kita percaya dan meyakini khabar Yakjuj Wa Makjuj menerusi ayat-ayat Allah dan kata-kata Nabi Muhammad saw. Selebihnya, tentang perincian dan pendetilan lain kita katakan ‘Allah lebih mengetahui’.

Sekiranya ia penting, tentu sahaja ia akan diceritakan dalam Kitab dan Sunnah. Ini kerana Kitab dan Sunnah sudah lengkap dan sempurna. Yang penting dan utama itu semuanya sudah disebutkan dalam Kitab dan Sunnah, tanpa meninggalkan satu pun.

Link untuk sebuah blog yang menulis ringkasan kajian Iskandar Zulkarnain dan Yakjuk Makjuj. Klik.

Penulis : Muhammad Alexander

Penerbit : Pts Islamika (200)

Halaman : 564 mukasurat

Harga : RM 31.50

About these ads

5 Komen »

  1. Ulasan tuan ini dapat mendorong orang mencari bukunya….

    Komen oleh Pn. Ainon Mohd. — Januari 11, 2010 @ 12:23 am | Balas

  2. saya setuju dengan Pn. Ainon. Riduan Khairi memang sangat hebat dalam membuat ulasan tentang buku-buku yang dibacanya sejak dulu lagi. Cuma baru sekarang dia aktif dalam membuat ulasan. Perasaan saya setiap kali membaca ulasan buku beliau sama seperti melihat iklan KFC di kaca TV.

    Komen oleh sahid bakar — April 16, 2010 @ 8:10 am | Balas

  3. kira kira bagaimana bentuk

    Komen oleh aldi — Julai 22, 2012 @ 4:37 am | Balas

  4. kira kira bagaimana bentuk yakjuj dan makjuj itu

    Komen oleh aldi — Julai 22, 2012 @ 4:38 am | Balas

  5. Alhamdulillah selepas Isyak malam tadi , akhirnya Puan Marimalbersama 3 orang anaknya ( 2 perempuan – 6thn & 4thn , 1 Lelaki – 1 tahun) kembali semula ke ISLAM dari agama Kristian. Ibu “Tinggal” (ditinggalkan suami). Beliau belum memilih nama Islam. Akan dibimbing untuk dapatkan nama yang baik maknanya. Beliau tertarik dgn Islam melalui pembacaan bhn2 Islam antaranya buku “Yakjuj dan Makjuj”. Bila Allah nak beri hidayah …tiada siapa yangg boleh menghalangnya. Marilah kita semua bersyukur dengan Nikmat. “IMAN DAN ISLAM.”
    cuba tengok
    http://i-madani.blogspot.com/2012/08/pengislaman-4-anak-beranak.html

    Komen oleh cik zaman — September 17, 2012 @ 3:27 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: