Mari baca

Disember 19, 2009

Di Bawah Lindungan Kaabah

Filed under: Sastera — Mohd Riduan Khairi @ 7:46 am

Penulis : Hamka

Penerbit : Pustaka Dini

Buku ini sebuah karya kecil Hamka (dari segi saiz) akan tetapi tidak kecil jiwa di dalamnya. Pada saya ini bukan karya Hamka akan tetapi sekadar catatan. Pun begitu jiwa dan nilainya tetap besar.

Kali pertama saya beli sebagai hadiah hari lahir seorang kenalan. Kali kedua saya beli baru milik saya. Kepingin sekali saya nak khatam dan hadam karya-karya tulisan Bung Hamka yang lain.

Novel ini merupakan kisah yang diceritakan semula. Kisah pengalaman hidup seorang pemuda yang bercerita kepada penulis. Seorang anak muda yang dibiaya oleh seorang hartawan hingga keperingkat universiti. Akhirnya jatuh cinta dengan anak hartawan tersebut. Namun takdir menentukan gadis yang selama ini terasa seperti darah daging sendiri, bukan jodohnya.

Kisah cinta yang dilakarkan dalam novel ini mengingatkan saya kepada sebuah lagi karya bung hamka ; Tenggelamnya Kapa E Van Der Wicjk. Karya bung hamka lain yang sempat saya khatamkan ialah Kenang-Kenangan Hidup dan Dari Lembah Kehidupan. Pada saya karya Bung Hamka kaya dengan filsafat.

About these ads

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Create a free website or blog at WordPress.com.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: