Berita tentang kedai buku ini mula-mula saya dengar dari Tuan Zamri Mohamad, seorang penulis ‘berstseller’ yang sungguh rajin menulisn buku.
Saya sempat melawat kedai buku ini. Benar, sungguh kedai buku ini memaper begitu banyak buku-buku bahasa Inggeris untuk dilelong. Ada yang dijual serendah harga RM 9.90.
Namun saya melarang diri dari memberli buku-buku lelong ini. Saya khuatir kandungannya itu juga setaraf lelong. Makan makanan yang hampir basi mudharatnya mungkin beberapa hari. Namun memasukkan bahan bacaan yang tidak diketahui mudharatnya panjang.
Buku-buku Pts
Buku-buku bahasa Melayu khususnya buku Pts sangat banyak disini. Saya kira jauh lebih banyak dari kedai buku MPH atau Popular. Menjadi dasar MPH dan Popular (sebilangan besar cawangannya) menjual buku-buku yang ‘boleh laris’. Justeru agak sukar menemui buku-buku akademik.
Saya sempat beli beberapa naskah antaranya Mendorong Kreativiti Kanak-kanak oleh Ainon Mohd dan Abdullah Hassan.

Assalamualaikum,
Ya, kedai buku ini seringkali menjadi alternatif saya mencari buku pilihan apabila buku yang dicari tiada di kedai lain termasuklah MPH di tingkat bawah itu. Kecewa dengan MPH Mahkota Parade yang tidak begitu banyak buku-buku Melayu. *Opss..*
Komen oleh Aina — September 2, 2010 @ 3:51 pm |
Salam sejahtera..,
Saya sekeluarga peminat buku-buku bercorak islami…mana kedai buku yang kami tak kunjungi..khasnya di Melaka. Segulung tahniah kepada Thai Kuang MP Parade Melaka..kerana dapat menyediakan penerbit buku dalam satu tempat…tahniah..tahniah..jadi apabila kami berkehendakan membeli sesuatu buku..siap penerbitnya..kami akan teringatkan Thai Kuang..semuanya ada ..
Zakaria
Masjid Tanah
Melaka
Komen oleh zakaria yusof — April 2, 2011 @ 6:35 am |