Mari baca

November 4, 2009

Pustaka Muda, Ipoh

Filed under: Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 4:00 pm
Tags: , ,

pustaka-muda-slice_19Bonda saya minta belikan buku Mastika Hadis. Hasil carian saya di internet, akhirnya saya bertemu dengan Pustaka Muda di Ipoh. Selain kedai buku MPH di Kinta City dan Kedai Buku Popular (Kinta City dan Ipoh Parade), banyak juga kedai-kedai buku indie lain yang ada di bandaraya Ipoh.

Salah satu darinya ialah Pustaka Muda, sebuah kedai buku agama tradisional. Ia mula beroperasi sejak tahun 60-an. Saya mendapat maklumat juga, selain menjual buku Pustaka Muda juga mencetak buku-buku agama sendiri.

Koleksi

Banyak buku-buku agama dipamer di kedai ini. Bayangkan dua pintu lot rumah kedai, dari ruang hadapan hingga ke ruang hujung belakang, semuanya memuat buku-buku untuk dijual.

Hanya sahaja susun-atur kedai buku ini agak mengelirukan. Ada yang disusun mengikut subjek seperti akidah, doa dan fikih. Ada pula yang bercampur-campur. Kebanyakan judul adalah dari penerbit lama seperti Pustaka Nasional. Dan dek kerana senggaraan yang kurang bagus, sebahagian bukunya kusam dan berhabuk.

Buku-buku sufi dan tarikat

Lpulaubesar1ama saya belek dan perhatikan. Kecenderungan pemilik buku ini memamer buku-buku kearah sufi dan tarikat. Tidak sedikit malahan banyak. Antara yang buku tentang Tariqat Naqsyabandy dan Rahsia Pulau Besar. Ini mengejutkan saya kerana tariqat Naqsyabandi sudah diwartakan haram.

Manakala Rahsia Pulau Besar memuat perkara syirik yang sangat ditegah oleh Islam. Pulau Besar memuat kubur yang dikatakan milik wali dan individu yang (konon)nya punya karamah. Bahkan telah diketahui umum, Pulau Besar adalah kubu amalam syirik dan khurafat.

Justeru itu, adalah amat tidak wajar buku ini dijual dalam kedai milik orang Islam.

Saya sempat berbicara sedikt dengan juruwang tentang buku ini. Mudah-mudahan ia akan segera dikeluarkan dari rak.

Lokasi

Hadapan kompleks Mahkamah Syariah Ipoh

No. 16 & 16A Jalan Tun Abdul Razak,

Ipoh 30200, Perak

p: 605-5274079  f: 605-5274079

 

About these ads

6 Komen »

  1. Salam,
    Saya nak bertanya amalan tarikat ni sesat ka?Tapi kenapa ada diantara mufti katMsia ni beramalan dgn Tarikat.Malah mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah juga beramal dgn Tarikat?Awak pernah belajar Tarikat ka atau dengar orang cerita?baca dlm surat khabar?

    Komen oleh hamzah fansuri — Februari 7, 2010 @ 3:17 pm | Balas

    • Wa alaikumusalam.

      Jazakallah atas sokongan tuan dan soalan yang diberikan.

      Saya hanya seorang pengkaji. Justeru bukan bidang dan kepakaran saya untuk menghukum sesuatu perkara itu sesat atau tidak.

      Berkaitan Tarikat Naqsyabandy, ia telah difatwakan sesat oleh Jakim sendiri. Tuan boleh rujuk lama yang saya linkkan sekiranya saya silap.

      Terdapat banyak lagi tarikat-tarikat yang diharamkan oleh Jakim.

      Saya juga pernah mengikuti seminar khusus Menilai Tarikat dan Sufi dengan Al-Quran dan Hadith. Ia diadakan beberapa tahu yang lalu di Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara pembentang termasuk Dr Fauzi Deraman (pensyarah APIUM), Dr Mohd Asri Zainal Abidin (pensyarah USM) dan beberapa pakar lain.

      Antara kesimpulan yang saya dapat dari seminar ini ialah :

      1. Banyak tarikat sudah difatwakan sesat oleh Jakim.
      2. Angka ini mewakili sebilangan besar tarikat.
      3. Jalan selamat ialah mengikut amalan, zikir atau wirid yang diajarkan dalam Al-Quran dan hadith yang dilaporkan secara sahih.
      4. Ahli panel menasihatkan untuk tidak melibatkan diri dengan sebarang tarikat yang diragui sumbernya.

      Berkaitan sebahagian pembesar agama yang melibatkan diri dengan tarikat tertentu, wallahuaklam. Itu saya tidak dapat memberi ulasan. Hanya sahaja manusia itu tidak ada yang maksum melainkan Muhammad (selawat dan salam buat beliau). Selain dari beliau boleh jadi betul, boleh jadi salah. Ukurannya benar salah itu bukan pada jawatan, taraf pendidikan atau gelaran. Ukuran kebenaran itu ialah Al-Quran dan hadith mengikut tafsiran sahabat dan genetrasi awal.

      Sekali lagi saya mohon maaf sekiranya jawapan saya ini punya banyak kekurangan. Saya hanya menukilkan .Semoga Allah ampunkan dosa kita atas kesilapan dan kekurangan.

      Wallahuaklam.

      Saya kepilkan juga link artikel tentang tarekat dan sufi

      http://www.almanhaj.or.id/content/1437/slash/0

      Komen oleh Riduan Khairi — Februari 7, 2010 @ 5:31 pm | Balas

  2. Salam,
    Jika benar anda ini hendak mengkaji tentang tarekat saya harap bertanyalah kepada ahlinya.Kemudian baru lah anda akan nampak kebenaran dan kesesatannya.Nama2 individu yang anda sebutkan adalah bukan ahli didalam bidang tasauf dan tarekat.Mereka ini hanya ini mahu membentangkan tentang sesatnya amalan tarekat sahaja.Jauh sekali mencari kebenaran dan kebaikan tarekat.Saya akui wujud aliran tarekat yang sesat tapi jangan dihukum semua tarekat sesat.Sekali lagi saya berpesan belajar dan bertanyalah kepada ahlinya.

    Komen oleh Hamzah Fansuri — Mei 24, 2010 @ 2:44 pm | Balas

  3. assalammualaikum…
    pustaka muda memang ada buat laman blog sendiri ke… di atas ada menyatakan membuat pencetakkan sendiri ke…

    Komen oleh hasni — Jun 6, 2011 @ 12:29 pm | Balas

  4. Salam,
    hanya jauhari mengenal manikam, kalam ini telah lama kita dengar, tetapi adakah ianya memberi sebarang makna kepada kita. Kita sering menyatakan yang itu sesat, yang ini sesat, tapi yang tak sesat, tak diterangkan dengan nyata. kalau sekadar solat kita dah jadi kekasih, maka pasti lah kekasih yang digelar kekasih tidak solat malam sehingga bengkak kaki, adakah solat kita yang berterbangan merata sewaktu takbir itu dikira yang terbaik. Ramai yang pandai berkata, tetapi sebenarnya mereka kosong tanpa ilmu, bila dikatakan suatu masa dahulu, besi akan terapung, semua akan meraguinya, tetapi bila telh berada dilautan, semua melihat kehairanan, namun kita tidak merasa semua itu, kerana, kita dilahir dikurun ini. Apa pun saya tahu tuan orang yang berakal, saya sekadar ingin bertanya mengapa didalam satu kelas, diajar oleh cikgu yang sama, tetapi penerimaan murid berbeza beza?, adakah kerana murid itu ada yang bodoh dan ada yang pandai, atau itu kehendak yang maha kuasa?.

    Komen oleh tercarimencari — September 28, 2011 @ 12:13 pm | Balas

    • Panjang kalam tuan, namun atas kelemahan diri saya mencerap makna tidak ada apa poin, dalil atau argumen yang dapat saya ambil dari kenyataan tuan.

      Tanda orang yang bijak ialah singkat kata-katanya. Wallahuaklam.

      Komen oleh Mohd Riduan Khairi — September 29, 2011 @ 12:21 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Create a free website or blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: