Mari baca

September 22, 2009

Menyingkap Mukjizat Surah Al-Waqiah : Koreksi

Judul : Menyingkap Nukjizat Surah Al-Waqiah : Kunci Memperoleh Kejayaan dan Limpahan Rezeki Dunia dan Akhirat

Penulis : Muhammad Mokhtar

Penerbit : Pts Millenia (2009)

Halaman : 116 mukasurat

Al-Quran merupakan mukjizat. Dari membaca,memahami dan mengamalkannya, semua itu mendapat ganjaran dan fadhilat yang besar.

Membaca Al-Quran merupakan terapi jiwa. Di dalamnya penuh kisah dan pengajaran. Begitulah Allah menurunkan kisah Yusuf ketika Nabi Muhammad berduka atas kematian Khadijah dan Abi Thalib.

Ulasan

Buku ini menyingkap beberapa pengajaran dari Surah Al-Waqiah. Secara umumnya surah ini berkisah tentang iman dan akidah. Ia menjelaskan tentang hari akhirat, gambaran syurga dan neraka juga perihal orang yang melakuakn kezaliman dan keingkaran.

Waqiah membawa maksud hari kiamat. Kisah golongan kanan yang diberi syurga yang sungguh nikmat. Perincian tentang makan, minuman dan suasana syurga amat menakjubkan. Namun hanya orang-orang yang diberi hidayah sahaja dapat membayangkan nikmat itu. Sedang orang-orang yang kufur tetap dengan kekufuran.

Bagi golongan kiri yang diduniaasyik mengerjakan maksiat mengikut hawa nafsu Allah memberi gambaran azab yang sangat pedih.

Surah Al-Waqiah dan murah rezeki

Hanya sahaja premis utama naska ini mengaitkan surah Al-Waqiah secara khusus mempunyai sedikit masalah. Ini kerana hadis yang disandarkan itu diragui kesahihannya.

Saya titipkan disini :

‘مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْوَاقِعَةِ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فَاقَةٌ أَبَدًا

Penilaian muhaddithin/muhaqqiqin:

Daruqutni, alMuta’allif (3/1476), status: dha’if
Al-Baihaqi, dha’if kerana perawi syuja’ bin ‘Athiyah
azZahabi, mizan al-I’tidal (4/536) dha’if
al-Iraqi, Takhriij al-Ihyaa’, 1/450, dha’if
Ibn Hajar asqolani, dha’if , nataij alafkaar (3/262)
Syaukani, fawaid majmuu’ah (311), palsu
Al-Albani, silsilah dha’ifah (289) dha’if

Rujukan : Al-Fikrah.net dan Kolehsi Soal jawab Quran Hadis

Namun Islam mengajarkan beberapa tips untuk murah rezeki. Saya sarankan dua buah buku ini. Panduan Mencari Rezeki Halal oleh Al-Qarni dan Pembuka 10 Kunci Mudah Kaya oleh Abdullah Al-Qari Salleh. Hujah dan bukti dari 2 buku ini lebih jelasdan kukuh. Berdasarkan ayat Quran dan hadis yang sahih.

Asal usul hadis dhoif dan plasu mengenai kelebihan surah-surah Al-Quran

Antara pereka hadis yang paling banyak mereka hadis tentang kelebihan surah Al-Quran ialah Nuh bin Abi Maryam atau dikenali sebagai Nuh al-Jami’. Gelaran al-jami’ membawa maksud dalam dirinya tershimpun semua kebaikan. Nuh bin Abi Maryam seorang yang banyak melakukan amal ibadah. Boleh dikatakan semua kebaikan ada pada dirinya kecuali kebenaran. Ini kerana dia dengan sewenang-wenang menyandarkan sesuatu perkara atas nabi.

Asalnya, pada zaman itu umat Islam begitu ghairah membaca kitab sejarah karangan Ibnu Hisyam sehingga mengabaikan membaca Al-Quran. Untuk tujuan itu, Nuh bin Abi Maryam mencari helah untuk menggalakkan umat Islam kembali membaca Al-Quran. Lalu dia mula mereka kelebihan hadis kelebihan surah-surah dari Al-Quran.

Walaupun secara dasar perbuatan ini nampak baik, namun ia diingkari oleh kaum Muslimin. Nabi secara jelas melarang perbuatan ini, dan pembuatnya diancam neraka berdasarkan hadis mutawatir oleh Imam Bukhari, Muslim dan lainnya.

Manakala perbincangan tentang pegangan terhadap hadis dhoif saya tautkan di sini.

Rujukan sumber Syiah

Halaman 43, memetik Ayatullah Khomenei dalam Hukumah Islamiyyah. Walaupun ianya sangat sensitif, terutama kepada pemuja Iran dan secara diam (taqiyah) beriman dengan Aliran Syiah. Namun penyebaran ajaran Syiah dengan apa juga bentuk jelas melanggar Perlembagaan Malaysia dan fatwa Majlis fatwa Kebangsaan pada tahun 1996.

Sikap ini bertepatan dengan sikap ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Dalam pengajian Islam, para ulama memberi kelonggaran untuk mengutip pandangan dari ilmuan Muktazilah dan puak yang lain. Seperti mempelajari kitab Tafsir Al-Kasyaf oleh Zamakhsyari.

Namun tidak pada aliran Syiah atas alasan yang kukuh. Satu darinya puak Syiah sepanjang sejarah Islam tidak pernah jujur terhadap Ahlus Sunnah. Sehingga hari ini ulama’ Syiah belum lagi menarik balik fatwa yang menghalalkan darah Ahli Sunnah. Lagi kajian tentang Syiah.

Itu sebahagian ulasasaya terhadap buku ini. Mana yang kurang boleh diperbaiki. Saya sedia meralat fakta atau hujah yang tidak tepat.

About these ads

4 Komen »

  1. salam,

    ustaz boleh saya tahu dimana saya boleh download audio surah-surah al-quran?

    Komen oleh Shasha Shephard — Februari 22, 2010 @ 3:43 pm | Balas

    • Wa alaykumussalam,

      Banyak lamab web memuat mp3 Al-Quran. Tuan boleh search sahaja di Google. Antaranya :

      http://www.al-quran.ca/en_index.html

      Semoga beroleh pahala, dari mendengarkan ayat-ayat Al-Quran.

      Komen oleh Riduan Khairi — Februari 23, 2010 @ 11:25 am | Balas

  2. Asmlkum,
    Ustaz..
    Adakah semua hadith2 tentang kelebihan surah al-Waqiah, surah2 lain+ayat2 dlm al-Quran semua hadith dhaif dan semuanya datang menerusi Nuh bin Abi Maryam.

    Apakah buku yg berkaitan beramal dgn hadith dhaif?

    syukran

    Komen oleh wahibah — Mei 8, 2010 @ 11:15 pm | Balas

    • Wa alaykumussalam warahmatullah,

      Terima kasih kerana prihatin dengan perbincangan yang dibawakan. Namun saya mohon maaf, kerana tidak dapat memberi jawapan tuntas dan rujukan ilmiah kepada persoalan di atas buat masa ini. Cik puan boleh mengajukan persoalan di atas kepada orang yang lebih ahli dalam bidang hadith.

      Namun saya kepilkan beberapa bacaan tambahan tentang hadith dhaif

      1. Kapten Hafidz Firdaus
      2. Artikel Ustaz Hasrizal (Saifulislam) tentang Nuh bin Abi Maryam. Link.
      3. Hadith Dhaif menjadi sandaran hukum. Link.

      Komen oleh Riduan Khairi — Mei 9, 2010 @ 1:39 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: