Mari baca

September 19, 2009

Sihir dan Gangguan Syaitan

Ilmu sihir merupakan ujian Allah kepada hambanya. Berasal dari dua malaikat yang diutus Allah mengajarkan sihir kepada manusia.  Namun dua malaikat ini (Harut dan Marut) mengingatkan bahawa ilmu yang mereka ajarkan adalah ujian dari Allah semata-mata.

Sihir dan mayarakat moden

Masyarakat moden mengambil beberapa sikap terhadap sihir dan gangguan jin-syaitan.

Pertama, menerimanya bulat-bulat. Golongan ini percaya sihir, jin dan syaitan boleh memberikan manfaat dan mudharat. Justeru tidak pelik apabila ada manusia yang moden fizikal dan pakaiannya, namun menjadi sangat mundur dan terkebelakang dalam hal ghaib. Buktinya, tidak sedikit orang kota dan orang bandar (yang mengaku maju dan cosmopolitan) mengunjungi bomoh dan pawing untuk berubat.

Kedua, menolaknya bulat-bulat. Pada mereka jin, syaitan dan sihir hanya gangguan psikologi. Syaitan mewakili sifat jahat yang wujud dalam diri manusia. Sihir pula hanyalah kesan cara berfikir yang serong mengakibatkan tindakan yang pelik dan ganjil.

Kedua-dua sikap ini ditolak dalam Islam.

Sikap Islam

Sihir, jin dan syaitan disebut dengan jelas dalam Quran dan hadits. Antaranya kisah nabiMusa dalam surah Yunus 81-82. Justeru mengingkari wujudnya perkara ini bertentangan dengan akidah orang beriman.

Namun yang dilarang ialah mempercayai sihir mempunyai kuasa untuk member manfaat dan mudharat kepada manusia. Termasuk dalam satu asas keyakinan orang Islam ialah yakin segala sesuatu itu berlaku hanya dengan izin dan kehendak Allah.

Saya membaca dua buah buku tentang sihir dan cara pengobatannya menurut Islam.

scan0006Judul : Sihir dan Guna-guna serta Tata Cara Mengobatinya Menurut Quran dan Sunnah
Penulis : Wahid bin ‘Abdissalam Baali
Penerbit : Pustaka Imam asy-Syafi’i (2004)
Penterjemah : M. Abdul Ghoffar
Halaman : 214

scan0004Judul : Terapi Ruqyah : Pendinding Gangguan Sihir, Jin dan Syaitan
Penulis : Rohidzir Rais
Penerbit : Pts Islamika (2009)
Halaman : 91

Sihir menjadi satu perbicangan yang sangat penting dalam Islam. Ini kerana ia melibatkan keyakinan dan kepercayaan (iman). Mempercayai adanya suatu kuasa ghaib yang berupaya member manfaat atau mudharaat adalah perbuatan syirik. Syirik adalah dosa yang paling besar dan paling dimurkai oleh Allah.

Sihir pada hari ini

Bomoh, pawing atau dukun adalah agen sihir. Walaupun sihir tidak menjadi institusi seperti pada zaman Nabi, namun saki-baki perbuatan syirik ini masih wujud dan mengakar dalam masyarakat.

Antara kategori sihir yang masih wujud termasuk :

1.    Guna-guna
2.    Santau
3.    Pengasih
4.    Pelaris
5.    Pendinding
6.    Ilmu kebal

Benar, sihir dengan izin Allah boleh member mudharat kepada manusia. Untuk itu Islam menggariskan beberapa kaedah untuk menghindari dan mengubati sihir.

Pendinding

Antara yang disebut ialah beriman dengan sungguh-sungguh kepada Allah. Dan membersihkan akidah dari sebarang bentuk perkara syirik.
Menunaikan tuntutan fardu seperti tetap menunaikan solat 5 waktu dan menjaga aurat.

Antara yang disebut dalam hadits nabi juga ialah beberapa amalanzikir :
1.    Membaca ayat Kursi  dan surah 3 qul pada setiap kali sebelum tidur.
2.    Mengamalkan memakan kurma ajwah 7 biji setiap pagi.

Kedua naskah ini sangat baik untuk dibaca. Keduanya-duanya didasari hujjah Al-Quran dan Sunnah yang sahih.

About these ads

4 Komen »

  1. sampai bla laa..owg2 kita nie nk mngamalkan ilmu2 yang mcm ny????

    Komen oleh syahida fatiha bt shamsaadal sholeh — Januari 20, 2010 @ 9:46 am | Balas

  2. saya ingin tahu di mana saya boleh dapatkan buku.buku ini
    saya sangat berharap pihak tuan dapat bagi alamat atau beli cara online
    sekian terima

    saya Omar Hj Hashim: Email :adam601123@gmail.com

    Komen oleh Omar Bin Hashim — Februari 8, 2010 @ 4:49 pm | Balas

    • Tuan Omar yang dihormati,

      1. Buku Terapi Ruqyah terbitan Pts boleh didapati di rangkaian kedai buku Popular dan MPH. Untuk ruqyah asas, buku ini sudah memadai.

      2. Manakala untuk buku tulisan Wahid Abdul Salim Balik ia diterbitkan penerbit Indonesia. Agar sukar untuk menemui buku terbitan Indonesia di sini. Saya cuba survey untuk tuan.

      Komen oleh Riduan Khairi — Februari 9, 2010 @ 1:13 am | Balas

    • Sebahagian buku-buku terbitan Pustaka Imam Syafie sudah di bawa masuk oleh Penerbit Telaga Biru. Tuan boleh cuba lihat di MPH Mid Valley. Semoga berjumpa.

      Komen oleh Riduan Khairi — Februari 9, 2010 @ 1:16 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme Blog di WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: