Mari baca

Ogos 12, 2009

Meraih Pahala Besar dengan Amalan Ringan (2009)

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah,Fiqh & Syariat — Mohd Riduan Khairi @ 8:02 am
Tags: , , , ,

scan0002“Lelaki ini telah melakukan amalan kecil, namun diberi pahala yang besar”. (Hadis Rekod Imam Muslim)

Secara kalkulatifnya sungguh senang untuk kita beroleh pahala lantas menerima syurga sebagai ganjaran. Begitu banyak amalan ringan dan mudah dilaksanakan untuk beroleh pahala yang sangat besar disis Allah. Ianya sabit dari lidah Rasululllah saw.

Naskah seteban 80 halaman ini memuat amalan-amalan ringan yang dijanjikan ganjaran pahala yang sangat besar. Ada 6 bahagian.

1. Ibadah

2. Zikir dan doa

3. Sedekah dan infak

4. Jihad

5. Muamalat dan akhlaq

Penulis, Muhammad Khair Yusuf mengutip hadis-hadis sahih dengan komentar yang ringkas. Kata penulis lagi, pembaca akan kaget dan terhenyak dengan paparan yang dibawanya. Alangkah sungguh besar kerugian orang yang tidak membaca dan terus mengamalkan pesan Rasul ini.

Saya ingin memetik beberapa hadis dari makalh ini untuk dikongsikan bersama.

1. “Dua kalimah yang ringan pada lisan, namun berat dalm timbangan mizan, dan disukai oleh Ar-Rahman : Subhanallahil ‘azim, Subhanallahi wa bihamdihi” – Rekod Bukhari dan Muslim.

2. “Sesiapa menyaksikan jenazah sampai mensalatkannya, maka dia mendapat pahala satu qirath. Dan sesiapa menyaksikan jenazah samai dikebumikan maka dia mendapat pahala dua qirath. Dikatakan : Dan apakah dua¬† qirath itu? Beliau menjawab, seperti dua buah gunung yang besar” – Rekod Bukhari.

Mahasuci Allah, Yang Maha Pemurah. Tidak ada dalam dunia ini yang setanding dengannya menaburkan rahmat dan pahalanya.

Semoga kita dapat beramal dengan pesan Rasulullah ini. Begitu Allah dan Rasul mahu setiap umat manusia beroleh pahala dan syurga.

About these ads

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

The Rubric Theme. Create a free website or blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: